Selamat Datang

Blog ini memberikan khidmat nasihat kesihatan dan penjelasan secara saintifik meliputi masalah kesihatan fizikal, mental, emosi dan spiritual terutamanya penyakit yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh. Setiap pertanyaan amat dihargai dan semoga tulisan dalam blog ini bisa membantu meringankan penderitaan anda. Untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya melalui borang yang disediakan di bawah

Sila masukkan kata kunci sesuatu perkataan atau penyakit di sini
Silahkan ketik nama penyakit atau perkataaan seumpamanya di sini

Wawancara Majalah iSihat Disember 2011

Sila ikuti wawancara saya bersama malajah iSihat keluaran Disember 2011 berkenaan Penyakit Genetik

Muka hadapan iSihat Disember 2011

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi saya. Terima kasih.

Prof. Dr. Hj. Ariffaizal Bin Hj. Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy

No 91 Jalan Raja Musa Mahadi, Taman Hillview,
31350 Ipoh, Perak
ariffaizal_mail
hubungi_saya
Tel: +6016-3315761

Penyakit Genetik

Kerisauan mengenai penyakit genetik tidak perlu ada sekiranya kita memahami punca dan cara mengetasi masalah ini.

Semua peristiwa yang berlaku pada seseorang akan tercatat dalam memori kehidupan yang tersimpan di dalam data DNA. Peristiwa tersebut termasuk;

1. Penyakit dan kecederaan
2. Personaliti, karaktor dan tabiat hidup
3. Kecenderungan pemikiran atau gaya berfikir
4. Kekuatan atau kelemahan spiritual (seperti sihir, saka atau tumpangan makhluk halus)

Kesempurnaan DNA merakam segala maklumat kehidupan seseorang menjadikan segala maklumat berkenaan sifat fizikal, sifat personaliti dan sejarah peyakit boleh dijejaki melalui DNA.

Sebagai makhluk yang berkembang biak, maklumat ini boleh diwariskan daripada induk (ibu bapa) kepada generasi seterusnya. Dengan warisan yang ditinggalkan, akan lahir generasi yang bertambah baik (sekiranya maklumat DNA tersebut baik) dan sebaliknya akan melahirkan generasi yang turut mewarisi sesuatu maklumat negatif (karektor ata penyakit).

Perlukah Risau Dengan Penyakit Genetik?

Tidak dapat dielakkan bahawa setiap anak akan mewarisi setiap malumat yang terakam dalam DNA ibu bapanya.

Cuma terletak pada kemampuan diri anak tersebut sama ada dapat mengatasinya atau menambah mudaratkan lagi kelemahan yang telah tersedia.

Misalnya penyakit kencing manis atau diabetis, ibu atau bapa atau keduaduanya yang menghidap penyakit ini boleh mewariskan penyakit ini kepada anak. Keadaan ini menjadikan anak tersebut berpotensi mendapat penyakit diabetis juga. Tetapi sekiranya anak tersebut menjaga amalan kesihatan yang baik, maka potensi tersebut menjadi kurang atau kemungkinan ia tidak berlaku. Malah jika punca kepada potensi dieabetis ini dirawat dan dikuatkan (iaitu dengan menguatkan tenaga dan potensi fungsi pankreas, buah pinggang dan sistem penghadaman yang lain), maka penyakit ini dihapuskan daripada terakam di dalam DNA anak tersebut.

Ini bermaksud anak tersebut berpotensi mendapat penyakit seperti induknya (ibu bapanya) tetapi jika keadaan kesihatan merosot, penyakit akan muncul. Sekiranya dirawat, penyakit akan dipendam dan terhapus dan tidak dapat diwariskan kepada generasi seterusnya. Manakala sekiranya penyakit tersebut dibiarkan (walaupun tidak dalam keadaan kronik), ia masih boleh diwarikan lagi.

Rajah Potensi Penyakit Genetik

Adakah Semua Penyakit Kronik Berpunca Daripada Genetik?

Setiap yang diwarisi melalui genetik bukan sahaja penyakit biasa (akut) malah penyakit kronik juga. Tetapi bukan semua penyakit kronik berpunca daripada genetik. Terdapat juga penyakit kronik yang boleh diwujudkan sendiri. Mewarisi genetik hanya faktor potensi penyakit sahaja.

Ibu bapa dan asal keturunan tidak boleh disalahkan, kerana kita yang bertanggung jawab menjaga kesihatan dan memajukan diri sendiri.

Sila rujuk post terdahulu bertajuk Falsafah punca penyakit atau klik butang link ini

Semoga anda berpuas hati dan bergembira dengan maklumat ringkas ini. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi saya

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Atttitude Therapy

No 91 Jalan Raja Musa Mahad, Taman Hillview,
31350 Ipoh, Perak

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
hubungi_saya
Tel / SMS: 016-3315761

Detoksifikasi

Salah satu punca berlakunya penyakit ialah kehadiran benda asing dalam tubuh yang tidak diperlukan. Ia boleh bersifat menghakis tisu sel, melemahkan fungsi sel, menyahmangkinkan enzim, mengganggu koordinasi impuls saraf dan merencatkan pertumbuhan sel baru. Bahan ini berasal dari makanan yang dan boleh juga merubahan bahan kumuhan sel. Apabila kehadirannya terlalu banyak dalam sistem pencernaan, ia digelar sebagai racun atau toksik. Masalah toksik ini boleh diatasi melalui proses pembuangnnya atau digelar de-toksik (Detox)

Kegagalan kaedah perubatan konvensional (a.k.a. rawatan allopati a.k.a rawatan klasik a.k.a rawatan hospital) untuk mengambil kira kaedah pembuangan toksik sebagai faktor penyembuhan adalah punca kebuntuan perubatan tersebut dalam menyelesaikan dan mengatasi masalah sesuatu penyakit.

Pembentukan Toksik

Toksik terjadi akibat kegagalan sesuatu organ pencernaan untuk menghurai dan mencerna makanan secara optimum. Makanan yang pada dasarnya berkhasiat boleh bertukar menjadi racun atau toksik setiap kali ia dimakan sekiranya ia gagal dihurai melalui penghasilan enzim yang tepat dengan kuantiti nutrient yang diambil.

Kehadiran toksik ini memerlukan proses penghuraian dan peneutralan yang memerlukan usaha yang berganda daripada sesuatu organ terutama usus. Sekiranya ia tidak sempat dineutralkan, ia akhirnya akan terhadam dan masuk ke dalam sistem darah hingga mendatang lebih banyak kemudaratan

Antara sebab sesuatu organ pencernaan gagal menghadam makanan ialah kerana fungsi dan tenga organ penghadam itu dialihkan ke sesuatu masalah seperti:

 

  1. 1. Berfikir tentang kerja ketika makan
  2. 2. Memikirkan masalah kehidupan ketika makan
  3. 3. Berada dalam keadaan masalah tidak puas hati, marah, kecewa atau sebarang pemikiran negatif ketika makan.

Aktiviti ketika makan adalah bermula dari makanan pertama masuk ke mulut hingga kira-kira empat jam iaitu tempoh makanan selesai dicerna dan dihadam.

Gambar rajah di bawah adalah gambaran bagaimana keadaan struktur penghadaman, rembesan enzim bagi tujuan pencernaan dan keadaan pembentukan toksik akibat kegagalan enzim dirembeskan.

Sistem Penghadaman

Gambar rajah di atas menunjukkan struktur sistem penghadam yang digambarkan melalui bentuk yang mudah

GIF Penghadaman

Gambar rajah di atas menunjukkan keadaan sistem penghadaman yang tenang menghasilkan enzim yang resonan dengan nutrien yang diambil

GIF Toxic

Gambar rajah di atas menunjukkan makanan bertukar menjadi toksik akibat kegagalan ia dicernakan dengan sempurna

Kemudaratan Toksik

Toksik yang terhasil dalam jumlah yang sedikit boleh dinyahkan melalui rektum, tetapi jika jumlahnya berlebihan, ia turut akan diserap oleh tubuh terutamanya melalui usus kecil.

Kehadiran toksik yang berlebihan dalam darah akan menyebabkan kesan seperti berikut:

 

  1. 1. Penghasilan enzim yang tidak resonan oleh sistem endokrin. Contohnya organ kelenjar liur, hati, hempedu dan pankreas tidak dapat menghasilkan enzim yang membantu sistem penghadaman.
  2. 2. Penghasilan hormon tidak mampu menjalankan fungsi dengan cekap. Contohnya pankreas tidak dapat mengeluarkan hormon insulin, glucagon, and somatostatin yang membantu penghadaman, penguraian gula dan urik asid.
  3. 3. Pertumbuhan sel terencat akibat nutrien yang diserap oleh sel bersifat toksik yang boleh menjejaskan fungsi nukleas sel.
  4. 4. Menggalakan pertumbuhan mukus, kulat atau sebarang jangkitan di bahagian kulit akibat penghasilan peluh yang bertoksik dan berasid.
  5. 5. Menjadi faktor kewujudan bahan karsonigen yang mampu memutasikan DNA sel hingga menyebabkan kewujudan sel kanser (fabroid, tumor), ketumbuhan, cyst dan sebagainya.
  6. 6. Mencemarkan darah dan melemahkan fungsi sistem aliran darah. Kesannya seseorang menjadi mudah letih, muka pucat, kerap sakit kepala, punca migrain, punca keloid, punca gangrene, punca purpura (lebam seperti ”kena gigit hantu”) dan sebagainya.
  7. 7. Toksik yang berlebihan dalam darah akhirnya akan disingkitkan melalui sistem perpeluhan yang boleh menyebabkan peluh berbau.
  8. 8. Selain itu, ia juga akan disingkirkan melalui buah pinggang. Akibatnya pinggang boleh terjejas dan menjadi lemah hingga menyebabkan masalah pada buah pinggang dan menimbulkan simptom seperti masalah prostat, kerap membuang air kecil, bengkak air, lenguh belakang, sakit lutut dan sebagainya.

Pembuangan Toksik

Proses pembuangan toksik sangat popular digelar dengan istilah Detoxification (atau ringkasnya Detox). Bahan bertoksik dalam tubuh biasanya mempunyai sifat seperti berikut:

 

  1. 1. Berasid
  2. 2. Mempunyai ikatan kolestrol yang tepu
  3. 3. Protein tinggi

Bahan yang digunakan untuk menghuraikan ketiga-tiga sifat di atas perlulah bahan yang boleh berfungsi serentak dan dirinya sendiri tidak boleh menjadi toksid dan mampu menghuraikan dirinya sendiri. Antara contohnya ialah:

  1. 1. Timun boleh menghurai bahan yang berasid kerana ia beralkali dan mempunyi fiber yang lembut. Fiber lembut ini boleh menyahkan bahan bertoksid dengan berkesan.
  2. 2. Daging kambing berkeupayaan menghuraikan kolestrol tepu dalam tempoh yang pantas.
  3. 3. Buah delima dan minyak zaitun berkeupayaan menghurai protein tinggi dan meneutralkan urik asid terutama dalam organ hati dan pankreas.
  4. 4. Cuka epal mempunyai kelebihan menstabilkan urik asid, menghurai kolestrol tepu dan protein tinggi dengan serentak.
  5. 5. Madu mempunyai beberapa enzim semulajadi yang membantu mencernakan nutrien pada peringkat kolestrol dan protein ringkas.

Cuka Epal dan Madu

Cuka epal tidak mudarat jika diambil berlebihan. Untuk kesan yang lebih optimum, ia perlulah diambil dalam kuantiti yang sedikit.

Selain menghuraikan bahan berasid, kolestrol tepu dan priotein tinggi, nutrien yang bermanfaat yang terperangkap di dalam usus besar perlu dicernakan untuk manfaat tubuh. Toksik yang terbentuk di dalam usus besar mempunyai sejumlah nutrien yang masih berpotensi untuk dicerna dan dihadam oleh tubuh. Nutrein ini telah melepasi saluran deudenum yang sepatutnya mengeluarkan enzim sebagai pemangkin yang mencernakan nutrein tersebut, maka organ hati, hempedu dan pankreas tidak dapat membantu mencernakannya lagi.

Satu-satunya sumbre makanan yang mengandungi lengkap secala jenis enzim yang dapat membantu menghuraikan nutrein yang terperangkap di dalam usus ialah madu.

Gabungan madu dan cuka epal merupakan formula terbaik yang bertindak sebagai bahan Detox yang berkesan, selamat dan semulajadi.

Detoxin

Rawatan Attitude Therapy telah menghasilkan formula rawatan Detox yang dinamakan Detoxin yang merupakan rumusan daripada madu dan cuka epel yang telah dipotensikan tenaga nutrien serta jisimnya melalui kaedah pembenaman pancaran radionik. Ia mempunyai getaran tenaga yang dapat memberikan kekuatan pada usus supaya dapat menjalankan proses detox dengan berkesan dan selamat serta semulajadi.