Kita dapat memahami tenaga dan alam melalui rusan daripada Teori Ruang dan Masa. Alam bermula daripada titik asal dinamakan Point Zero. Berdasarkan teori kejadian secara berdua-dua, alam terbahagi terbahagi kepada dua bahagian iaitu Ruang dan Masa.
Ruang dan Masa apabila bertemu akan membentuk Jisim. Maka wujudlah rumus berikut:
Ruang ialah keadaan, masa adalah tenaga dan jisim adalah kejadian yang nyata.
Kejadian pada tubuh badan kita adalah lengkap mengikut teori ruang dan masa. Ruang terbahagi kepada dua iaitu Zarah dan Molekul.
Masa ialah tenaga. Ia tidak dapat dilihat tetapi boleh dirasai. Masa terbahagi kepada dua iaitu Niat dan Gema.
Zarah akan membentuk sub atom akan membentuk atom. Atom akan membentuk jirim. Jirim akan membentuk unsur atau benda.
Molekul akan membentuk DNA/RNA seterusnya terbinalah kromosom. Kromosom akan menentukan pembentukan dan sifat sel. Ikatan sel yang serupa akan membentuk tisu. Beberapa jenis tisu yang berlainan membentuk organ. Organ saling bertindak antara organ yang lain membentuk sitem tubuh hingga terbinalah tubuh.
Niat akan mewujudkan getaran rasa yang digelar kecintaan emosi. Kecintaan emosi akan membentuk akal pemikiran. Akal pemikiran akan mewujudkan perbuatan, tindakan atau amalan.
Gema yang semakin membahagikan tenaganya akan membentuk satu tenaga baru yang boleh dikenali melalui cahaya. Cahaya akan membahagikan tenaganya hingga mewujudkan tenaga baru yang boleh dikenali melalui warna. Warna akan membahagikan tenaganya hingga mewujudkan tenaga baru yang boleh dikenali melalui bunyi.
Berdasarkan huraian di atas, turutan kejadian di bahagian molekul hingga membentuk tubuh adalah dipengaruhi oleh masa. Turutan kejadian sub atom hingga membentuk unsur atau benda juga dipengaruhi oleh masa. Semua turutan ini melibatkan “Teori Kejadian Secara Berdua-Dua” dan “Hukum Keseimbangan”
Attitude Therapy mengaplikasikan Teori Ruang dan Masa dalam semua kaedah ilmu dan ikhtiar perubatan.
Daripada teori ini, kita dapat fahami punca penyakit serta kaedah merawatnya. Ia juga memberikan penjelasan terhadap beberapa fenomena terutama psiology tubuh atau kejadian semulajadi alam sekeliling.











Categories:
Komen Terkini