Falsafah Hukum Keseimbangan adalah ringkasan dan gambaran kepada keterangan keseluruhan ilmu dan kajian Hukum Keseimbangan. Hukum Keseimbangan adalah falsafah untuk menerangkan tentang tenaga yang boleh diaplikasikan untuk tujuan rawatan kesihatan, insya Allah.
Allah menjadikan alam ini bermula dengan satu titik berkembang secara berpasang-pasangan dengan pasangan yang seimbang. Pasangan-pasangan ini terus berkembang sehingga terciptanya alam yang luas termasuk kejadian manusia. Manusia ialah satu bentuk keseimbangan yang sempurna. Setiap kejadian mempunyai kadar ketetapan yang tertentu. Manusia ialah satu kejadian yang terjadi secara berpasang-pasangan dengan sempurna dan pada kadar yang tetap.

Dengan adanya keseimbangan, maka manusia dapat meneruskan kehidupan dan alam ini terus kekal wujud. Kecelakaan yang menimpa manusia dan bencana yang menimpa alam adalah berpunca daripada kegagalan untuk daya fikiran kita menguja tindakan yang akan mematuhi Hukum Keseimbangan. Maka Hukum Keseimbangan akan menyeimbangkan keadaan dengan penyakit, bencana dan kecelakaan.
Oleh itu, setiap yang kita perolehi atau perkara yang sedang dialami adalah kerana Hukum Keseimbangn telah dipatuhi. Jika kita sukakan sesuatu tetapi kita tidak perolehinya, sebenarnya ia memudaratkan kita. Jika kita bencikan sesuatu tetapi kita terpaksa memiliki dan melaluinya, sebenarnya ia bermanfaat bagi kita. Ketetapan setiap yang telah terjadi adalah kerana ia telah mematuhi Hukum Keseimbangan.
Alam sebenar yang diciptakan oleh Allah adalah kekal tetapi alam yang kita diami ini adalah ilusi yang tidak kekal. Adalah lebih tepat untuk mengatakan bahawa ‘alam ilusi’ ini adalah diri manusia itu sendiri kerana segala yang sedang dilihat sekarang adalah ilusi kita sendiri. Disebabkan alam ini satu ilusi, maka sebenarnya kitalah yang akan menyeimbangkannya melalui akan fikiran kita.
- Setiap kejadian adalah seimbang, berkembang secara berpasang-pasangan dan pada kadar yang telah tetap.
- Setiap yang kita lihat (atau rasa melalui panca indera) adalah diri kita sendiri.
- Apa yang kita katakan tentang seseorang sebenarnya kita kata tentang diri kita sendiri.
- Kita adalah alam (ilusi) dan alam (ilusi) adalah diri kita.
- Apa yang kita alami atau perkara yang kita miliki adalah apa yang kita mahu.
- Setiap yang kita lihat adalah apa yang kita bayangkan.
- Alam adalah daripada kesempurnaan dan sebaik-baik kejadian; penyakit, bencana dan kecelakaan daripada diri kita sendiri.
- Setiap pergerakan (kejadian dan perisitwa) terjadi kerana mematuhi Hukum Keseimbangan.
Ada kalanya kita suka akan sesuatu tetapi ia memudaratkan kita, ada kala kita membenci sesuatu tetapi ia memanfaatkan kita.
Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Colour Vibration Therapy, sila hubungi;
Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy CVT
No 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru,
31350 Ipoh, Perak


Tel: 012-4008972
hukum keseimbangan adalah ringkasan dan gambaran.Allah s.w.t mencipta alam ini bermula dari satu titik berkembang secara pasangan dengan seimbang . pasangan itu terus berkembang sehingga terjadinya alam yang luas termasuk manusia.setiap kejadian mempunyai kadar ketetapan yang tertentu. manusia adalah kejadian secara berpasangngan dengan sempurna.disebabkan keseimbangan ini manu boleh meneruskan kehidupan dan juga alam ini akan terus hujud.
semua kejadian seimbang,berkembang secara berpasangan pada kadar yang tetap.setiap apayang kita lihat sebenarnya adalah diri kita sendiri .jikalau kita menganta seseorang bermakna kita mengata diri sendiri.setiap apa yang kita sendiri lihat adalah apa yang kita bayangkan didalam fikiran.alam adalah kesempurnaan dan sebaik2 kejadian . penyakit , bencana dan juga kecelakaan adalah datang dari kita sendiri.setiap peristiwa yang telah terjadi disebabkan mematuhi hukum keseimbangan.
Artikel ni walau pendek tetapi berulang kali saya baca tanpa jemu. Ada kebenaran tentang kehidupan yg disingkap melalui artikel ini. Semoga setiap artikel dlm blog ini akan menjadi panduan yg berguna bagi setiap pelawat yg telah melayari blog rawatan kesihatan ini.
Salam, dr arif.
Ini adalah kali pertama saya mengajukan pertanyaan di sini setelah mengikuti blog yang menarik ini buat sekian lama.
Menurut hukum keseimbangan, setiap apa yang kita alami adalah apa yang kita mahukan atau fikirkan.
Adakah apa yang orang lain fikirkan terhadap diri kita akan terjadi kepada diri kita?
Adakah pemikiran orang lain terhadap diri kita akan mempengaruhi tingkahlaku kita?
Dalam islam,doa ibu bapa adalah sangat mustajab.Adakah pemikiran ibubapa terhadap anaknya mempunyai pengaruh yg sangat besar dlm kehidupan anaknya?????????????????
Wa’alaikum salam.
Bagi soalan pertama dan kedua, itu bukan Hukum Keseimbangan. Manusia tidak boleh mengubah hati manusia yang lain. Hasad dengki mungkin sampai malah mungkin boleh memudaratkan orang yang dihasad, tetapi perbuatan yang tidak baik akhirnya pasti akan kembali kepada penghasad itu semula (itulah Hukum Keseimbangannya).
Bagi soalan ketiga, doa yang baik daripada ibu bapa insya Allah mustajab.
Wallahurasullu a’lam.
Salam,dr arif.
Jawapan kepada soalan no.3 adalah ya. Pemikiran ibubapa terhadap anaknya mempunyai pengaruh besar dlm kehidupan anaknya.
Semasa kecil anak sama sekali tidak tahu langsung mengenai perkara ini. perkara ini berubah apabila anak sudah membesar. sedikit demi sedikit.
Dirasakan macam ada benda yang tidak kena sahaja telah berlaku di dalam hidupnya.bertanya kepada diri sendiri kenapa aku jadi macam ini???? Aku sebenarnya tak nak jadi camni.
Anak cuba mencari jalan kenapa perkara ini boleh berlaku?secara spontan hati tergerak untuk pergi ke dua tempat iaitu CVT dan AFTL. Memang betul dan tepat sekali gerak hati anak.persoalan kenapa diri aku jadi camni semakin lama semakin terjawab.
Terdapat satu pengajaran penting di sini kepada semua ibu bapa di luar sana.Belajarlah mengawal pemikiran anda terhadap anak-anak. Jaga setiap perkataan yang diucap. Segala masalah dan susah payah berpunca daripada pemikiran yang negatif.
Saya akan emelkan kepada dr arif mengenai perkara ini.
W’salam. Kepada anonymous yang pertama dan kedua. Fenomena yang dinyatakan adalah benar tetapi ia bukan dalam katagori Hukum Keseimbangan.
Hukum Keseimbangan ialah kedaan keserentakan dan timbal balik.
Sesuatu yang melibatkan “pengaruh minda” ia lebih kepada Prinsip Keabadian Tenaga. Tenaga minda dialirkan kepada seseorang. Tenaga tidak boleh dimusnahkan tetapi boleh berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain.
Pemikiran melahirkan amal dan ilmu. Ilmu boleh dijadikan pengajaran dan amal boleh dijadikan ikutan. Pemikiran ibu bapa yang menunjolkan khudwah hasanah ialah ikutan kepada anak-anaknya.