Lesu dan tidak ada mood, termenung dan berbaring-baring, atau gemar tidur atau angau, putus harapan, hilang keyakinan dan tidak bersemangat adalah sesuatu yang dialami oleh kebanyakkan orang. Jika keadaan ini berlarutan, ia boleh memudaratkan. Jika anda tidak menyedarinya, sekarang anda perlu ambil serius jika mengalami tanda-tanda yang dinyatakan di atas.
Ramai masih tercari-cari dan mencuba pelbagai “ubat kuat” atau perangsang tenaga. Banyak yang popular di pasaran antaranya seperti 100plus, isotonik, livita, ma’jun, pati ayam, pati tonik dan sebagainya. Paling polular ialah dengan pengambilan nescefe, atau kopi. Berbagai-bagai kopi ada di pasaran yang dicampurkan dengan cendawan seperti genseng, lingzhi, gano, tongkat ali dan pelbagai herba yang lain. Malangnya produk komersal ini hanya bertindak sementara dan bukanlah penyelesaian, malah kesan keasidan yang tinggi akan melemahkan pankreas dan meninggikan urik asid dalam darah. Beberapa jenis herba tertentu tidak sesuai dicampurkan dengan kopi. Mungkin beberapa jenis ma’jun asli yang tidak dipekatkan serta habbatus sauda yang tidak dicampurkan dengan kopi boleh membantu tanpa kesan sampingan.
Masalah tidak ada semangat atau biasa disebut sebagai tidak ada mood, menyebabkan sesetengah orang berjumpa dengan pengamal perubatan tradisional untuk mandi bunga dan sebagainya untuk mengatasinya. Atau membiarkan sahaja dan terus menunggu semangat baru untuk datang. Tanpa berdoa dan keizinan Allah, semangat tidak akan datang juga. Merawat dengan kaedah yang tidak dapat difahami sebaik-baiknya dihindari.
Masalah hilang semangat yang berlarutan boleh mengakibatkan seseorang rasa seperti penakut, tidak berani mencuba dan gangguan sikologi daripadanya boleh mengganggu visual seperti ternampak bayangan atau perkara yang tidak sepatutnya dilihat oleh orang normal. Ia dipanggil halusinasi. Penyakit ini digelar “skizo sferena”. Paling teruk, pesakit skizo akan ketakutan yang tidak munasabah dan bertindak secara tidak releven seperti menjerit, mengadu takut terhadap sesuatu dan sebagainya. Gangguan skizo dan visual menjadikan pesakit akan melihat sesuatu yang menyamai seperti yang dilihat oleh manusia normal seperti melihat wajahnya buruk, melihat cermin tetapi tidak kelihatan wajah, mendakwa terlihat makluk ghaib dan sebagainya.
Jika seseorang mengalami masalah saraf, tulang dan tinggi kolestrol dalam keadaan lemah semangat, ia boleh menyebabkan koma. Jika tekanan darah rendah dalam keadaan lemah semangat, ia boleh menyebabkan kerap pengsan, lebih-lebih lagi jika lemah buah pinggang, kawalan elektrik di bahagian kelenjar adrenal akan menyebabkan seseorang mudah pengsan jika terkejut atau jika menerima berita yang mengejutkan.
Melatonin
Sebenarnya kekuatan tubuh untuk mengatasi segala masalah lemah semangat atau tenaga adalah ditentukan oleh tahap hormon melatonin. Melatonin dirembeskan oleh Kelenjar Pineal. Pineal terdapat di hujung bahagian saraf tunjang dan merupakan organ yang teratas sekali dalam tubuh kita. Saiznya sangat kecil seperti kacang tanah. Kapilari darah dalam Kelenjar Pineal adalah yang tersempit berbanding dengan kapilari di kawasan lain dalam tubuh kita.
Melatonin tidak boleh dihasilkan secara sintatik. Ini bermaksud, kita tidak boleh mendapatkan melatonin tiruan. Melatonin hanya boleh dihasilkan secara semulajadi oleh Kelenjar Pineal. Pemindahan melatonin (atau transplan hormon) adalah sesuatu yang mustahil dan belum pernah dilakukan kerana hormon mempunyai jangka hayat yang pendek dan sukar diekstrak daripada darah. Oleh itu, pentingnya Kelenjar Pineal kepunyaan diri kita sendiri pada masa dan keadaan kita semasa. Maksudnya kaedah pengklonan sendiri (yang dipanggil “Islet of Langerhans”) atau kaedah sel stim juga tidak mampu menghasilkan melatonin yang diperlukan oleh tubuh.
Melatonin yang terdapat banyak di pasaran adalah 100% memiliki kesan sampingan. Melatonin tersebut dibuat daripada dadah terkawal. Pengambilan yang berlebihan akan menyebabkian kesan ketagihan. Kandungan melatonin asing dalam darah akan menyebabkan saraf terkeliru dengan paras rembesan hormon semulajadi tubuh. Antara akibatnya ialah pankreas gagal berfungsi merembeskan insulin dan glikogen. Buah pinggang terbeban dengan darah yang tercemar dengan melatonin asing hingga menjadi lemah atau gagal berfungsi. Jantung tidak mampu mengesan isyarat melatonin asing dalam darah kerana mempunyai DNA yang berbeza. Akibatnya kemampuan jantung yang tidak serentak dengan penggunaan tenaga daripada melatonin asing akan menyebabkan degupan jantung terganggu. Kesan secara tidak langsung daripada masalah jantung ialah imsonia atau gangguan kawalan tidur, tekanan darah tidak seimbang hingga menyebabkan migrain, pedih perut dan sebagainya.
Oleh itu, Kelenjar Pineal amat penting yang memainkan peranan untuk merembeskan melatonin semulajadi yang memiliki DNA yang boleh berkoordinasi dengan seluruh tubuh.
Kelenjar Pineal
Kelenjar Pineal hanya boleh merembeskan melatonin yang seimbang mengikut keperluan tubuh sekiranya Pineal berada dalam keadaan yang sihat dan bertenaga. Keadaan yang sihat akan menjadikan Pineal cekap menerima darah yang membawa cukup bekalan oksigen dan nutrien yang halus.
Selain daripada gangguan karektor atau sikologi yang diceritakan di awal topik ini, kita boleh mengesan kelemahan atau tanda sekiranya Kelenjar Pineal kita lemah dengan cara menekan bahagian ubun-ubun. Jika terasa sakit, maka Kelenjar Pineal anda lemah. Tanda lain ialah seseorang akan merasa kerap berdiri bulu roma, atau bulu roma mudah meremang secara tiba-tiba tanpa sebab atau pada waktu bangun subuh atau dengan sebab seperti terasa seram atau mendengar orang berkata sesuatu yang sensasi sedangkan kata-katanya itu tidak benar.
Tenaga pineal adalah amat halus dan gelombangnya dianggarkan dibawah 100 nanometer iaitu menyamai gelombang spektrum warna putih.
Untuk menterapikan Kelenjar Pineal supaya bertenaga, Formula CL1 (Character Level 1) dalam rawatan Attitude Theapy telah dihasilkan. Insya Allah formula ini adalah ikhtiar untuk mempertenagakan Kelenjar Pineal secara semula jadi seterusnya mampu mengatasi masalah atau simtom akibat daripada kekurangan hormon melatonin dalam darah.




Categories:
Komen Terkini