Pengenalan

Rawatan alternatif ialah rawatan yang termoden dari segi konsep keilmuannya. Rawatan Alternatif dibangunkan melalui keterbukaan konsep ilmu. Oleh itu, banyak kebuntuan dalam menyelesaikan penyakit dapat diatasi. Rawatan altenatif di peringkat negara maju adalah pilihan utama golongan elit dan professional. Dengan adanya beberapa jenis rawatan alternatif di abad ini, maka banyak masalah kesihatan sama ada fizikal, rohani, mental atau emosi dapat diselesaikan dengan pantas, mudah dan berkesan.

Attitude Therapy

Rawatan Attitude Therapy diasaskan pada 1 Ramadan 1430 (September 2009) oleh Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin di Ipoh, Perak. Rawatan ini adalah menifestasi daripada beberapa kaedah rawatan alternatif yang menggunakan konsep rawatan karektor dan sikap sebagai terapi untuk memulihkan sesuatu masalah atau penyakit.

Attitude Therapy merupakan rawatan termoden yang dikembangkan atas dasar ilmu yang tinggi. Kewujudan Attitude Therapy dapat menggantikan,  membantu atau berkoordinasi dengan kaedah rawatan Allopati (konvensional/ortodok/hospital) yang sedia ada. Attitude Therapy merupakan ikhtiar untuk merawat pelbagai jenis penyakit termasuk kritikal, kronik dan yang dianggap oleh rawatan alopati sebagai tiada harapan untuk sembuh seperti kanser dan sebagainya. Oleh itu, amat wajar untuk kita menyatakan bahawa Attitude Therapy adalah alternatif  kepada rawatan alopati.Kaedah rawatan Attitude Therapy merangkumi level Rohani (Spiritual), Akal (Mental), Emosi dan Jasmani (Fizikal). Attitude Therapy mengaplikasikan penggunaan ilmu sains yang termoden malah membuat penemuan teknologi baru dalam perkembangan sains moden.

Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin

Prof. Dr. Ariffaizal merupakan pengamal Attitude Therapy yang berpengalaman dalam bidang rawatan alternatif sejak 1999.

Laman ini dikendalikan dan dikemaskini oleh Prof. Dr. Ariffaizal dan beberapa pengamal Attitude Therapy yang lain dari masa ke semasa mengikut perkembangan arus perdana rasmi Attitude Therapy.

 Memandangkan manfaat ilmu dan sumbangan Attitude Therapy amat luas terutama bagi tujuan penjagaan kesihatan, adalah menjadi tanggung jawab setelah membuat penilaian sewajarnya untuk Prof. Dr. Ariffaizal menulis tentang ilmu Attitude Therapy yang boleh dimanfaatkan bersama. Laman ini akan mendedahkan kaedah dan ilmu rawatan Attitude Therapy secara saintifik, penjelasan sebarang kemusykilan dan kaedah rawatan Attitude Therapy yang sebenar, Insya Allah. Namun begitu, fakta-fakta terpeinci kajian saintifik tidak dapat didedahkan atas faktor hak cipta. Beberapa pendedahan mengenai kepincangan dan langkah mengatasi masalah rawatan allopati (konvensional yang sedia ada) juga akan dibentangkan dan dibincangkan secara umum. Blog ini terbuka menerima komen yang bernas. Sebarang pertanyaan terhadap Attitude Therapy boleh diajukan di bahagian komen di setiap topik yang dipamerkan.

3 comments

  1. Baby_syahiran says:

    Tahniah kpa Prof. Norhisham Wahab kerana berjaya merealisasikan produk yg terbaru iaitu Seri Wajah-Antioksidan, dgn harga yg mampu dibayar oleh semua orang,dgn formula ini,insyallah kita mampu mencegah penyakit yang peratusnya tinggi disebabkan oleh pemakanan,mampu mengelak dari membayar kos rawatan yg kian meningkat dgn pengambilan anti-oksida setiap hari. Semoga ramai lagi rakyat Malaysia yg akan menyedari ilmu CVT yg sgt bermanfaat ini, sy byk mendpt ilmu ini dari blog Dr. Ariffaizal,tahniah kpd beliau juga. Semoga Prof. akan dpt mencipta formula lain dr masa ke semasa utk kesejahteraan sejagat dn menyampaikan ilmu ini kpd semua yg akan membawa kita kpd rahsia penciptaan manusia dan alam. Tahniah kpd Prof krn mempunyai pengamal CVT spt Dr Ariff yg sentiasa menyokong usaha2 beliau kerana keyakinan dan fahaman yg mendalam pd ilmu ini.

  2. Baby_syahiran says:

    Dr, cuma nk satu cadangan, mungkin Dr blh buat artikel menerangkan perbezaan Colour Vibration Therapy (CVT) dengan Colour Therapy krn mungkin ramai yg meyangkakn kedua2 terapi adalah sama. Prof NW pernah menyatakan yg kedua2 terapi ini berbeza, dan Dr tentu boleh mengulas dgn baik mengenai perbezaan tersebut, terima kasih.

  3. DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN says:

    Perbezaan rawatan CVT berbanding dengan rawatan berkonsepkan gelombang yang lain yang kelihatan seperti hampir sama, boleh diamati dalam post-post yang telah diterangkan dalam katagori Formula CVT dan Formula NW. Malah konsep CVT boleh dikenali melalui beberapa formulanya seperti Aromatherapy Seri Wajah. Konsep-konsep lain hampir kesemuanya sama, cuma pendekatannya berbeza.

    Saya tidak berhasrat membuat perbandingan untuk mengelakkan daripada prejudis terhadap rawatan alternatif yang lain, sebaliknya mengajak pembaca membuat penilaian sendiri.

    Tetapi saya mempunyai pendirian dan pandangan yang tegas terhadap amalan Allipathic Medicine yang terang-terang pincang, mudarat dan mencabuli etika dan beradaban ketamadunan manusia.

Leave a Reply