Ringkasan Formula CL 11

Formula untuk mempertenagakan Jantung atau sistem kardiovaskular (cardoivascular) untuk merawat simptom seperti sakit jantung, jantung berlubang, koronari jantung, penderitaan dukacita dan sebagainya.

Berikut ialah ringkasan keterangan Formula CL 11;

FORMULA CL 11
NAMA FORMULA JADE GREEN
WARNA HIJAU
FREQUENCY 507 nanometer
WAKTU RESONAN 2 jam sebelum waktu Qailulah
(9.00 pagi hingga 11.00 pagi)
PSIKOLOGI KETIKA SIHAT Sukacita
PSIKOLOGI KETIKA SAKIT Hampa, risau.
KAWASAN
  1. Jantung.
  2. Sistem kardiovaskular (cardiovascular).
KAITAN/ TANDA / SIMPTOM
  • Sakit jantung / jantung berlubang / koronari (coronary).
  • Sakit pada hati.
  • Sesak nafas serentak dengan berpeluh dan pening.
  • Tersedak ketika makan / ketika ketawa / terkejut.
  • Tekanan darah.
  • Penderitaan / perasaan dukacita.
  • Sakit bahagian dada.
  • Kekurangan oksigen dalam jantung (angina pactoris).
  • Mengawal keadaan yang mudah panik.
  • Mengawal kadar kontraksi jantung (denyutan jantung).
  • Mengawal peningkatan tekanan darah alteri
KETERANGAN FORMULA
  • Hati dan jantung umumnya organ yang boleh disifatkan menanggung bebanan derita, di antaranya disebabkan kesan cinta yangt idak berjaya. Ada beberapa sakit penting yang bermula dari dada yang boleh mengelirukan doktor / perawat dan pesakit.
  • Dalam kebanyakkan kes jantung selalunya normal. Rentak tidak sekata / gangguan pusingan darah. Penyakit jantung merupakan penyakit paling berbahaya selepas kanser dan penyakitpernafasan.
  • Kematian mengejut.
  • Apabila belaku debaran seara tiba-tiba tetapi dapat dikawal (kelemahan otot jantung) berkaitan dengan kelemahan bahagianotak.
  • Debaran kerap terjadi apabila seseorang kerap tidur.
  • Debaran membuatkan seseorang itu cepat marah.
  • Bibir biru, kuku biru, menunjukkan darah kurang mendapat oksigen kerana kegagalan jantung.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk masalah atau simptom yang berkaitan dengan Jantung atau sistem kardiovaskular (cardiovascular) seperti serangan jantung, jantung berlubang, koronari, penderitaan perasaan dukacita atau sebarang jenis penyakit, sila hubungi saya. Insya Allah kita ikhtiar dengan sedaya upaya. Untuk memudahkan proses mendapatkan rawatan, Borang Analisa sila lengkapkan.

Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatatan Attitude Therapy

No 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru,
31350 Ipoh, Perak

5 comments

  1. babylito says:

    Mstar online melaporkan
    Bienda perlu RM50 ribu untuk bedah jantung berlubang
    24-12-2007 05:09:35 PM
    Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
    PETALING JAYA:

    Penyanyi yang popular dengan lagu Penantian, Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli memerlukan bantuan sebanyak RM50 ribu untuk menjalani pembedahan penyakit jantung berlubang di bahagian kiri yang dihidapinya sejak beliau dilahirkan.

    Anak kepada penyanyi dangdut Sheeda ini hanya mengetahui penyakit yang dialaminya setelah membuat pemeriksaan pada lima hari lalu di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur.

    “Saya tidak tahu yang saya menghidap penyakit jantung berlubang sejak lahir lagi. Baru minggu lepas saya mendapat berita ini,” jelas penyanyi jelita ini.

    “Sekarang lubang tu sudah 2.5 cm dipangkal atas jantung. Namun, doktor kata beliau masih berpeluang untuk hidup jika menjalani rawatan sebelum terlambat kerana bimbang jika penyakit ini merebak ke bahagian kanan mungkin tiada harapan untuk hidup lagi,” kata Sheeda dalam nada sayu.

    Sekarang mari kita lihat kupasan tentang jantung dari segi sains moden.

    Jantung

    Jantung adalah satu organ penting yang mula berfungsi sejak dari janin hinggalah seseorang itu meninggal dunia. Ia mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan nutrien ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah.

    Jantung yang sihat berupaya mengepam sebanyak 10,000 liter darah sehari. Jantung yang sihat juga akan berdenyut kira-kira 100,000 kali sehari iaitu antara 60 hingga 80 kali seminit.

    Penyakit Jantung

    Seseorang individu boleh mengidap 2jenis penyakit jantung iaitu:

    Penyakit jantung kongenital
    -Berlaku sejak dalam kandungan seperti jantung berlubang dan kecacatan injap jantung.

    Penyakit Jantung Bukan Kongenital
    -Terjadi akibat jangkitan atau cara hidup tidak sihat seperti penyakit jantung koronari.

    Serangan Jantung

    Seseorang itu dikatakan mendapat serangan jantung apabila otot jantungnya tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi disebabkan pembuluh darah menjadi sempit atau bekalan darah terhenti sama sekali.

    Ini terjadi apabila berlakunya pengumpulan lemak yang melekat pada dinding saluran darah yang lama kelamaan menyempit atau menyekat pengaliran darah ke jantung.

    Jika pembuluh darah tersumbat sepenuhnya, ini boleh menyebabkan serangan jantung.

    Faktor-faktor risiko serangan jantung

    -Kurang senaman/tidak aktif
    -Merokok
    -Pemakanan yang tidak sihat
    -Kegemukan
    -Diabetes
    -Tekanan darah tinggi
    -Tekanan perasaan (stress)

    Serangan Jantung Boleh Dicegah

    -Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 20-30 minit setiap kali
    -Makan secara sihat
    -Kekalkan berat badan unggul
    -Berhenti merokok
    -Belajar menangani tekanan perasaan
    -Periksa tekanan darah
    -Periksa paras glukosa darah
    -Awasi paras kolesterol
    -Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

    Tanda-tanda Serangan Jantung

    Sesak nafas

    -Sakit dada yang menekan-nekan bermula di bahagian tengah atau kiri dada dan biasanya merebak ke lengan kiri dan leher

    -Sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam atau pengsan

    -Berpeluh dingin

    -Berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas

    -Pening kepala dan berasa loya

    Diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Malaysia, 09/2001/

  2. sena says:

    salam dr,
    bolehkah rawatan ini dilakukan ke atas bayi saya yang berumur 3 bln? bayi saya disahkan menghidap jantung berlubang ASD sejak lahir.

  3. Prof. Dr. Ariffaizal Mohd Nor Ariffin says:

    Assalamualaikum… sena (sena_come),

    Semua penyakit boleh dirawat tidak kira apa keadaan sekalipun dengan izin Allah.

    Bayi yang masih dalam umur 3 bulan amat cepat pertumbuhan tisu selnya. Sekiranya tisu sel jantung bayi diberikan tenaga semulajadi melalui rawatan khas Attitude Therapy, ia boleh tumbuh dengan lebih cepat dan sempurna daripada yang disangka, insya Allah

  4. Firdaus says:

    Assalamualaikum…doc, saya Mohd Firdaus, berumur 28 tahun dan akhir tahun lepas saya disahkan menghidap ASD dan menurut doktor lubang tersebut tak boleh ditutup lagi kerana perbezaan pada tekanan di dalam paru2. Soalan saya sekarang, bolehkah kaedah Attitude Theraphy ini mengatasi masalah yang saya hadapi sekarang dan berapakah bayarannya

  5. Rohana Idris says:

    Salam Prof Dr.,
    Pada minggu lepas ayah saya telah mengalami sesak nafas dan batuk berdarah. Apabila di rujuk pada hospital, pegawai perubatan hospital tersebut telah mengesahkan jantung ayah saya telah membengkak 3 kali ganda dari saiz asal dan doktor tersebut telah memaklumkan bahawa peluang ayah saya mungkin tidak dapat hidup lebih lama. Buat masa ini tekanan darah ayah saya semakin rendah dan lemah. Masih adakah harapan buat kami untuk melihat ayah lebih lama. Mohon Prof. dapat memberikan sedikit taklimat dan apa yang perlu kami lakukan untuk menyelamatkan ayah.

    Terima kasih.

Leave a Reply