Ringkasan Formula NW 2

Formula sebagai ikhtiar untuk mempertenagakan Kelenjar Pitutary yang membantu merawat simptom seperti sawan (epilepsi/epilepsy), parkinson, pelupa yang keterlaluan, gagap dan sebagainya.

Berikut ialah ringkasan formula NW 2

FORMULA NW 2
NAMA FORMULA MEMORY WHITE
WARNA PUTIH
FREQUENSI Bawah 200 nanometer
WAKTU RESONAN 2 jam selepas Isyak hinggaselama 2 jam
(11.00 malam hingga 1.00 pagi)
PSIKOLOGI KETIKA SIHAT Terurus, terancang.
PSIKOLOGI KETIKA SAKIT Kelam kabut.
KAWASAN
  1. Kelenjar Pitutary
KAITAN/ TANDA / SIMPTOM
  • Merangsang pembesaran kanak-kanak.
  • Pembina Sel otak untuk pemikiran.
  • Kekuatan daya ingatan / kreatif / idea.
  • Melahirkan kanak-kanak yang bijak / kepetahan(artikulasi).
  • Membantu membina bayi dalam kandungan, menjagakesihatan bayi, mengatasi keracunan dalam kandungan.
  • Membantu bayi pramasa (bayi tidak cukup bulan).
  • Memulihkan pemikiran yang sangat lembab kepadakanak-kanak.
  • Tenaga keseimbangan untuk wanita.
  • Kawalan sistem immune.
  • Awet muda pada orang dewasa / kelihatan sentiasa muda.
  • Membaiki sifat pelupa yang keterlaluan.
  • Orang tua yang berfikiran kebudak-budakan / nyanyuk /kebingungan / keliru (dimentia).
  • Parkinson / Pergerakan di luar kawalan.
  • Gangguan pertuturan / kegagapan.
  • Keupayaan memahami yang lembab (sindrom afasia).
  • Sawan (epilepsi).
KETERANGAN FORMULA
  1. Formula ini meingkatkan dan menguatkan tindakanformula yang lain.
  2. Sesuai digunakan untk mereka yang banyak perfikiratau menguruskan banyak perkara.
  3. Formua utama untuk psikatri / gangguan mental.
  4. Membantu gangguan refleks secara tipikal dalampenyakit (Lobus Frontal Kontrala Terial)

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Colour Vibration Therapy untuk masalah yang berkaitan dengan simptom kelenjar pitutary seperti epilepsi, merawat penyakit lupa , parkinson, nyanyuk, awet muda, gagap, kelam-kabut, masalah bayi dalam kandungan atau sebarang jenis penyakit, sila hubungi;

Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy CVT

No 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru,
31350 Ipoh, Perak


hubungi_saya
Tel: 012-4008972

6 comments

  1. Daphne says:

    selamat sejahtera doctor nama saya erin.saya mengidap penyakit hyperthyroid tetapi kelenjar thyroid saya hanya sedikit bengkak apa yang saya mahu tanya doctor ialah kenapakah kelenjar-kelenjarliur disekitar leher dan pangkal paha saya membengkak?saya sudah jumpa doctor sebanyak lapan kali dan dua kali diberi antibiotik tetapi bengkakan itu tidak sembuh.telinga saya juga berdengung.harap doc dapat membantu.

  2. DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN says:

    Selamat sejahtera. Berdasarkan simptom yang dinyatakan, kemungkinan puan bukan menghidap hyperthyroid, sebaliknya ialah masalah limpatik.

    Bengkak di bahagian kelenjar terjadi kerana nudul-nodul limpa gagal berfungsi dengan cekap. Ia bukan disebabkan oleh jankitan bakteria, oleh itu penggunaan antibiotik tidak dapat membantu.

    Cara terbaik untuk mengatasinya ialah dengan mempertenagakan semula pusat kawalan sistem limpa serta bahagian otak yang mengawal aktiviti sistem limpa iaitu serebelum.

    Puan boleh mendapatkan keterangan lanjut mengenai sistem limpa dengan merujuk katagori Anatomi atau pos berkaitan dengan NW 12 (Limpa) dan NW 7 (Serebelum/ telinga/ kawalan suhu).

    Tubuh badan kita amat seimbang antara organ dan pusat kawalan aktivitinya (iaitu otak). Sistem limpa dikawal oleh otak serebelum yang juga mengawal suhu badan dan kesihatan serta keseimbangn telinga. Sila rujuk post bertajuk Keharmonian Organ untuk memahaminya

  3. Mazura says:

    Salam Dr, adik saya mempunyai beberapa masalah kesihatan yang berlaku secara tiba-tiba ( dua minggu lalu). Sebelum ini (beberapa bulan yang lalu), beliau ada di serang demam yang berpanjangan dan tarik (seperti sawan-agak kerap). setelah di bawa berubat (perawat islam mengatakan beliau telah terkena santau @ buatan org), alhamdulilah beliau kembali sihat. Namun sejak akhir-akhir ini, pemandangannya jadi diplopia (double version) dan nampak sedikit juling. Di samping itu telinganya juga berdesing dan lidahnya kebas. Beliau telah membuat ct scan dan so far tiada sebarang masalah dikesan. Kami sekeluarga bingung memikirkan masalah kesihatannya. Harap dr dapat membantu memberi pandangan dan nasihat.

  4. DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN says:

    Mazura; Masalah seperti perubahan fizikal serta keupayaan fizikal setelah demam panas yang disertai sawan (malah ada yang menyebabkan ganguan mental) disebabkan oleh masalah gangguan isyarat saraf. Ikhtiar dengan rawatan secara kerohanian (seperti berzikir, solat hajat dan sebagainya) ialah salah satu cara untuk membantu memulihkan kembali kecelaruan isyarat saraf melalui cara spiritual (kerana gangguan ini melibatkan vibration di peringkat spiritual). Biasanya terdapat sesuatu punca (saya tidak mahu menyatakan contohnya disini) kepada masalah tersebut. Sekiranya punca ini ditangani dan dibaiki, insya Allah gangguan ini juga akan beransur pulih. Merawat melalui kaedah CVT beserta dengan rawatan kerohanian serta berusaha menyelesaikan punca kepada masalah ini adalah usaha yang penuh kesungguhan ke arah pemulihan, insya Allah.

  5. murni balqis says:

    Assalamualaikum…
    Info Dr memang sgt2 berguna…Alhamdulillah dapat memberi panduan kepada saya untuk hari ini dan masa hadapan insyaAllah..
    Di sini….saya ingin meminta pandangan dari Dr tentang rawatan herba dan pengambilan air tulen (RO). untuk pengetahuan Dr..saya mempunyai masalah sembelit dan usus tidak sihat (melalui ramalan daripada urutan guasa dan diagnosis tapak tangan…oleh itu saya mengamalkan pengambilan herba yang dibuat di dlm bentuk pil..tetapi apabila membaca ulasan Dr ttg herba saya menjadi serba salah..bimbang jika bertambah sakit di masa hadapan….
    SOalan kedua saya…apa pendapat doktor jika seseorang mengamalkan pengambilan air Ro (air tulen) sebagai minuman harian? kita sedia maklum bahawa air di malaysia hari ini telah tercemar dengan unsur2 farmaseutikal….jadi air yang terbsersih hari ini ialah air RO…namun begitu…adakah pengambilan jangka panjang air ini dapat mereputkan tulang jika tidak disulami dengan suplemen tambahan setiap hari? apakah cara terbaik untuk mendapatkan air yang bersih jika kita tdk mahu mengguakan air Ro? harap Dr dapat membalas pertanyaan saya ini diwaktu kelapangan Dr… Sekian, terima kasih…

  6. DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN says:

    murni balqis; air yang terbaik untuk diminum ialah air yang mengandungi banyak mineral beralkali (juga disebut meneral ringan).

    Air mineral beralkali sangat mudah diserap tubuh untuk penghasilan enzim dan hormon.

    Air RO lebih baik daripada air masak biasa. Tetapi air yang terbaik mestilah mengandungi mineral ringan.

    Air RO sangat kosong sehingga membolehkannya menyerap toksik termasuk mineral yang telah tersedia seperti pottasium, magnesium dan kalsium (pada tulang). Mengamalkan air RO secara berlebihan tidak sesuai kecuali diambil sedikit berdasarkan dianosis seperti Applied Kinesiology untuk menetukan waktu yang sesuai untuk mengambilnya.

    Air bermineral ringan atau beralkali agak sukar untuk diperolehi kerana ia cuma ada di kawasan lembah yang berbatu. Oleh itu air RO adalah alternatif yang terbaik.

    Cara terbaik untuk mengambil air RO telah lama diparaktikkan melalui kaedah CVT iaitu dengan mencampurkan Garam Booster. Campuran ini dapat mengelakkan air RO daripada menyerap mineral ringan tubuh secera berlebihan.

Leave a Reply