Formula CL 20 sebagai ikhtiar untuk mempertenagakan Tulang dan Saraf bagi merawat simptom yang berkaitan seperti sakit lutut, sakit sendi, patah, tulang terkehel, gaut, pirai, sakit mencucuk tulang tumit, leukemia, meningitis (serangan kuman di selaput otak) melalui air tulang belakang dan sebagainya.
Berikut ialah ringkasan keterangan mengenai Formula CL 20;
| FORMULA | CL 20 |
| NAMA FORMULA | STRUCTURE RED |
| WARNA | MERAH HATI (menghampiri infra merah) |
| FREQUENCY | 780 nanometer |
| WAKTURESONAN | 30 minit selepas syuruk dan 30 minit sebelum Maghrib (7.00 pagi hingga 7.30 pagi) (7.00 petang hingga 7.30 petang) |
| PSIKOLOGI KETIKA SIHAT | Matang. |
| PSIKOLOGI KETIKA SAKIT | Melengah, ego. |
| KAWASAN |
|
| KAITAN/ TANDA / SIMPTOM |
|
| KETERANGAN FORMULA |
|
Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk masalah atau simptom yang berkaitan dengan Tulang dan Saraf seperti osteopirisis, sakit sendi, patah, tulang terkehel, gaut, pirai, sakit mencucuk tulang tumit, leukemia, meningitis (serangan kuman di selaput otak) melalui air tulang belakang atau sebarang jenis penyakit, sila hubungi saya. Insya Allah kita ikhtiar dengan sedaya upaya. Untuk memudahkan proses mendapatkan rawatan, Borang Analisa sila lengkapkan.
Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy
No 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru,
31350 Ipoh, Perak


Tel: 012-4008972


Categories:
Smekom…
Bila Bangun pagi…tapak kaki rasa sakit terutama tumit…ini tanda penyakit ape Dr.. penyakit gaut mmg xde… kesan2 lebam di kawasan betis byk kelihatan… adakah ia tanda masalah darah… formula per yg sesuai.. terima kasih
W’salam. Secara kasarnya simptom bersebut benar.
Bangun tidur, kaki rasa sakit = gout.
Kaki atau tangan ada tanda lebam – tekanan darah rendah.
Formula yang dicadangkan ialah NW15 untuk Pankreas kerana punca kadar urik asid tinggi. Simptom ini amat pertepatan pula dengan kawasan kawalan tekanan darah rendah iaitu Medulla Oblongata yang memerlukan formula NW8.
Untuk mendapatkan rawatan, sesi diagnos atau analisa perlu dijalankan supaya rawatan menjadi lebih tepat.
Salam Dr Ariffaizal, Saya ingin bertanya kepada dr mengenai spinal cord injury. Setahu saya kecederaan ini blom ade vaksin untuk kesembuhannya dalam perubatan moden sekarang. Jadi boleh tak dr jelaskan secara ringkas tentang kecederaan ini dan cara untuk kesembuhannya kerana saya yakin dengan sabda Rasullullah (saw)-Setiap penyakit ada ubatnya kecuali al sum. (Kalau saya tersilap tentang hadis ini tolong perbetulkan saya). Semua yang baik itu dari Allah dan yang salah dan silap itu dari kelemahan diri saya sendiri. Sekian terima kasih.
salam,
Saya mengalami sakit sendi pergelangan tangan,semua jari2 tangan dan kaki dan pergelangan kaki sejak setahun yng lalu.Pada mula saya suspek denggi/chikugunya dan saya telah di masukkan ke wad selama beberapa hari.Mengikut doktor yg merawat within few month insyallah semua will be ok.Masalahnya until now,tak ok,makin teruk terutama selepas bangun tidur.Seeking you advise ..wasalam ali
Waalaikum salam, En. Ali.
Kemungkinan saudara mengalami urik asid dan masalah kereputan tulang atau simptom atritis.
Tulang mudah menjadi lemah apabila menerima mineral berat yang boleh mengeluarkan jisim tulang dan menyebabkan diisi oleh urik asid. Akibatnya, tulang kekuarnagan kalsium atau jisim asalnya dan ditempelkan oleh urik asid.
Bahan yang menyebabkan jisim tulang berkurang ialah makanan yang berkoko seperti milo, vico, coklat dan sebagainya. Dengan mengurangkan makanan berkoko, masalah ini dapat diredakan, insya Allah.
Masalah ini boleh dirawat sepenuhnya dalam tempoh yang singkat atau secara berperingkat peringkat, insya Allah.
Assalamualaikum…
Dr. saya ingin bertanya masalah kesihatan ibu saya(umur 58 tahun).
beliau sering mengadu sakit mencucuk tulang di tumit kaki.biasanya kesakitan bermula di bahagian punngung dan membawa ke tumit kaki.kadang2 tidak dapat berdiri dengan tegak.kaki juga sering kebas.begitu juga tapak tangan.ibu saya juga mengidap kencing manis dan darah tinggi namun agak terkawal sejak kebelakangan ini.apakah rawatan dan produk untuk merawat sakit tulang/kebas tersebut?
bolehkah ibu saya menjalani rawatan dengan hanya mengambil ubatan tanpa rawatan ke atas fizikalnya?
pohon pandangan Dr. sewajarnya.Terima Kasih.
Shila, waalaikumsalam.
Mencucuk di tulang tumit kaki menunjukkan urik asid tinggi. Ia berkaitan dengan masalah pankreas. Sekiranya dia ada kencing manis dan darah tinggi yang terkawal, sememangnya sakit di tumit adalah salah satu simptom kencing manis.
Kesakitan di bahagian pinggul menunjukkan masalah di bahagian buah pinggang. Kaki kebas juga berkaitan dengan buah pinggang. Keseluruhan simptom yang dinyatakan adalah menunjukkan tanda-tanda kencing manis dan darah tinggi.
Kencing manis dan darah tinggi boleh dirawat, insya Allah. Rawatan yang terbaik ialah dengan cara menterapikan organ pankreas, buah pinggang dan hati supaya tisu baru boleh tumbuh semula terutama islet of lingerhans di bahagian pankreas. Kaedah ini cuma memerlukan beberapa sesi rawatan yang mudah.
salam…
Terima kasih atas penerangan Dr. Bagaimana cara untuk memulakan rawatan? perlukah sesi diagnos atau analisa?
Untuk memulakan rawatan mudah saja, cuma perlu isikan borang analisa. Sila klik di bahagian navigation bar di atas atau borang ini juga terdapat di setiap bawah post.
Sekiranya cik/puan boleh datang ke pusat rawatan kami, di sana sesi diagnosis dapat dijalankan. Kedua-dua kaedah ini tetap akan membantu memberikan keputusan rawatan yang tepat dan berkesan, insya Allah
assalamualiakum…saya ingin bertanya pada dr, 2 bulan yg lalu saye telah mengalami keretakan pada tulang kaki (tibia) dan telah mendapatkan rawatan di hukm.pakar di hukm telah menyatakan bahawa tulang tibia sy akan sembuh dalam 6 miggu dari tarikh 3 nov 2009.pada 8 nov sy telah minta di tukarkan ke hospital alor setar kedah.pakar di sana telah memeriksa kaki sy dan selepas itu menerangkn pada sy bahawa keretakan tibia sy akan pulih dan bercantum dalam masa 3 bulan lg.
disini sy ingin mengatakan keliru dengan apa yg pakar katakan.perlukah sy membuat pembedahan pada tulang tibia sy untuk mempercepatkan pertumbuhan tibia sy?dan apakah nasihat dr tentang masalah sy ini.
Assalamualaikum… intan azlina shafii,
Tulang boleh tumbuh dengan sendiri dengan sempurna dalam tempoh 3 bulan. Untuk tulang yang retak, tempoh penyembuhan bergantung kepada kedudukan yang betul tulang tersebut dan kurangnya aktiviti tulang. Selagi kedudukan tulang tidak betul, maka selagi itu tulang tidak akan bercantum dan pertumbuhan tulang di bahagian yang retak itu akan diuraikan semula oleh tubuh. Akibatnya ia sentiada membengkak dan berangin.
Cara yang terbaik untuk mendapatkan rawatan ada dua kaedah.
1. Pertama betulkan kedudukan tulang. Kaedah ini memerlukan seorang pakar tulang untuk membetulkan semula melalui kaedah urutan khas atau dalam masyarakat jawa disebut “Sangkal Putung”.
2. Kuatkan sel tulang dan otot (iaitu gandingan dua bahagian organ yang penting) supaya tulang dapat kembalikan kedudukan seperti asal dan pertumbuhan tulang akan berlaku dengan cepat dan sempurna hingga tulang kembali seperti asal.
Terdapat beberapa kes di mana, doktor di hospital meletakkan simen pada tulang tanpa membetulkan kedudukan tulang dengan sempurna. Akibatnya, selagi tulang dalam keadaan simen, selagi itulah ia tidak akan sembuh. Adalah lebih baik tanggalkan simen tersebut. Perkara ini sebenarnya telah dibincangkan dalam jurnal-jurnal perubatan konvensional dan terkini kaedah simen tidak digalakkan dalam rawatan konvensional.
Sekiranya keadaan tulang ini masih tidak sembuh, harap puan / cik dapat datang mendapatkan rawatan retak tulang dengan saya.
Salam,
Saya dari Dungun, Terengganu ingin bertanya pada Dr. Baru-baru ini anak saya telah mengalami keretakan pada tulang kering kaki kanannya. Saya telah membawa anak saya ke hospital. Semasa di hospital kaki anak saya terus disimen tanpa membuat apa-apa pada bahagian betis yang telah patah itu.
Dr. telah memberi jaminan dalam masa satu atau dua bulan kaki anak saya akan sembuh seperti sedia kala. Masalahnya di sini setelah sebulan berlalu kaki anak saya masih tiada perubahan.
Oleh kerana anak saya selalu mengadu gatal pada seluruh kawasan kaki yang telah disimen dari hujung kaki hingga ke peha. Saya mengambil keputusan untuk membuang simen di kaki anak saya.
Baru-baru ini saya telah membawa anak saya kehospital kali keempat untuk membuat pemeriksaan selanjutnya. Tulang betis anak saya masih lagi dalam keadaan yang sama cuma ada sedikit perubahan. Sedangkan keadaan anak saya masih sama walaupun sudah dua bulan lebih. Dr. telah memarahi saya kerana saya telah menanggalkan simen di kaki anak saya. Sebenarnya saya telah membawa anak saya untuk berubat dengan seorang tukang urut kampung setelah dua kali saya membawa anak saya ke sana anak saya dapat berjalan sedikit tanpa mengalami kesakitan.
Apakah yang perlu saya lakukan untuk mempercepatkan proses percantuman tulang seperti asal. Apakah nasihat Dr. selanjutnya. Perlukah anak saya disimen sekali lagi?
Assalamualaikum, Mohd Ridzuan Ahmad.
Tindakan membuang simen adalah langkah bijak dan tepat. Sekiranya ia tidak dibuang, dan penyambungan tulang berlaku, dikhuatiri ia bersambung dalam keadaan yang tidak normal. Kaedah simen tulang yang patah tidak lagi diamalkan di negara maju seperi utara Amarika dan beberapa negara eropah (Jerman dan UK) – [merujuk jurnal ortopedik / kajian tulang JAMA (Jurnal of the Amarican Medical Association)].
Apabila tulang patah, ia sebenarnya akan bercantum sendiri setelah 2 hari. Apabila simen dilakukan, ia menjadi semakin lambat dan keadaan akan bertambah teruk sekiranya simen dibuat sebelum kedudukan tulang dibetulkan dengan sempurna. Kebanyakkan simen dibuat tanpa membetulkan kedudukan tulang dengan sempurna terlebih dahulu.
Merawat dengan bomoh patah atau kaedah “sangkal putung” adalah kaedah yang terbaik dan terpantas di mana ia tulang boleh dipulihkan kurang dari 24 jam.
Sekiranya ia disimen semula, baiklah dia dipecahkan kembali dan cukup sekadar dibalut sahaja.
Tulang boleh menumbuhkan semula dan mengikat kembali tisu-tisu yang baru sekiranya ia mendapat cukup tenaga. Kelewatan tulang untuk menumbuhkan tisu baru dan kembali mengikat tisu-tisunya disebabkan ia masih lemah dan kurang bertenaga.
Tulang menjadi lemah disebabkan beberapa faktor berikut;
1. Kerap bercakap dan terlalu banyak bercakap terutama perkara yang tidak berfaedah seperti membebel, menyanyi atau membuat suara yang tidak ada tujuan, bercakap sendirian, bercakap dalam hati tetapi terzahir di mulut atau sebagainya.
2. Pada waktu petang atau 30 minit sebelum maghrib, atmosfera akan bertukar memancarkan sinaran infra merah. Apabila kita terdedah pada waktu itu di luar rumah, tulang akan menjadi lemah.
3. Tenaga tulang dikawal oleh kelenjar Pineal yang terletak di ubun-ubun kepala. Ia mendapat kerehatan dan menjana tenaga apabila berada dalam keadaan tidur yang lena pada waktu malam yang paling gelap dan dalam keadaan yang nyaman.
4. Tulang juga berfungsi menyerap toksid, makanan yang beradiasi dan isyarat rasa sakit. Makanan yang tinggi toksid adalah seperti makanan ringan, burger, makanan berperisa atau berMSG. Makanan yang beradiasi ialah makanan dalam tin seperi sardin dalam tin dan air laici dalam tin.
Oleh itu, dengan mengamalkan petua seperti berikut, tulang akan kembali bertenaga dan ia dapat membantu pertumbuhan yang pantas dan kembali seperti kedudukan asal dan terus bercantum seperti normal.
1. Kurangkan bercakap.
2. Jangan keluar rumah dalam keadaan santai dan lalai pada waktu maghrib kecuali jika ada tujuan seperti hendak solat jemaah di masjid.
3. Tidur awal (sebelum pukul 10 malam untuk mendapatkan tidur lena pada waktu malam paling gelap iaitu antara 11 malam ke 1 pagi). Pastikan tidur dalam keadaan dipadamkan lampu.
4. Jangan makan ikan sardin segera dalam tin, minum air laici daripada dalam tin atau sebagainya dari dalam tin.
Sebenarnya, mereka yang patah tulang kemungkinan telah melakukan mana-mana salah satu atau kesemua perkara di atas. Insya Allah dengan menyedari hakikat ini, ia boleh dibaiki.
Untuk mendapatkan rawatan yang memberikan kesan paling pantas dan berkesan, sila hubungi saya untuk diposkan ubat khas untuk tulang patah dirawat dan kembali normal (012-4008972)
Nenek saya berumur 88 tahun. Nenek saya mengalami stroke 2 tahun yang lepas. Tetapi, 3 bulan yang lepas, nenek saya terjatuh dan menurut doktor HKL, ‘joint’ diantara paha dan pinggul patah. Doktor tidak dapat membuat pembedahan kerana usianya yang tua dan lemah. Saya ingin mendapatkan nasihat doktor, bolehkan tulang yang patah tersebut boleh dirawat ?
salam doc..saya sebenarnya telah lama mengalami rasa sakit pada bhgn tapak kaki terutama bangun pagi dan selepas bangun dr duduk..saya ada juga terbaca iamungkin berkaitan dengan masalah rahim..sejauh manakah persoalan ini benar?
ingin bertanya Dr, Mak saya mengalami retak bukulali setelah terjatuh di dalam bilik air. Pihak hospital hendak simen tetapi mak saya menolak dan berikhtiar secara kampung. Kaki mak saya dibalut kemas dan ketat dan disapu dengan ubat yang dibuat oleh dukun tulang. Hari nie adalah hari kedua kaki mak saya dibalut. Pada hari pertama kakinya sakit berdenyut, tetapi hari ini kakinya cuma sakit serta tidak dapat mengangkat tetapi tidak lagi berdenyut. Persoalannya bagaimanakah keretakan ini dapat sembuh dengan lebih cepat kerana mak saya akan mengerjakan haji pada tahun ini.Bagaimanakan formula NW 19 dapat membantu mak saya yang telah berusia 65 thn