Formula sebagai ikhtiar untuk merawat kawasan Thalamus dengan cara mempertenagakan sel yang berkaitan dengan simptom yang berkaitan dengan migrain, sakit kepala dan pening serta karektor yang dipengaruhinya seperti masalah anak nakal, suka menipu, suka mencuri, anak kecil suka meragam dan segainya.
Berikut ialah ringkasan keterangan Formula NW 3:
| FORMULA | NW 3 |
| NAMA FORMULA | LOVE PINK |
| WARNA | PINK |
| FREQUENCY | 380 nanometer |
| WAKTU RESONAN | 1 jam selepas waktu putih (1.00 pagi hingga 2.00 pagi) |
| PSIKOLOGI KETIKA SIHAT | Kecintaan, penghayatan |
| PSIKOLOGI KETIKA SAKIT | Renjatan emosi, trouma, keterlaluan. |
| KAWASAN |
|
| KAITAN/ TANDA / SIMPTOM |
|
| KETERANGAN FORMULA |
|
Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Colour Vibration Therapy untuk masalah atau simptom yang berkaitan dengan Thalamus seperti migrain, sakit kepala, pening atau sebarang jenis penyakit, sila hubungi saya. Insya Allah kita ikhtiar dengan sedaya upaya;
Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy CVT
No 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru,
31350 Ipoh, Perak
Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy CVT
No 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru,
31350 Ipoh, Perak




Categories:
Kini bukan orang dewasa sahaja boleh kena sakit kepala, kanak-kanak juga tidak terlepas.Pakar Pediatrik Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Roliza Ibrahim, berkata bukan saja kanak-kanak berusia setahun ke atas mengalami sakit kepala, malah bayi.Mari kita kongsi apa itu migrain dariistilah perubatan moden.
Sakit kepala disebabkan migrain terbahagi kepada dua jenis, ‘common migrain’ dan ‘classical migrain’.
‘Classical migrain’ adalah sakit kepala yang disertai amaran iaitu aura.
Aura adalah gangguan visual yang menyebabkan seseorang itu terasa disuluh dengan cahaya. Sakit kepala jenis ini berlaku dalam kepala.
‘Common migrain’ pula sakit kepala yang tidak disertai aura. Sakitnya itu terjadi di sebelah bahagian kepala saja.
Common migrain tidak begitu sakit, tetapi berpanjangan. Biasanya keadaan ini dicetuskan pelbagai faktor seperti makanan, tekanan atau melakukan aktiviti fizikal terlalu lasak.
“Sakit kepala boleh diubat dengan mudah dengan hanya mengambil panadol, tetapi dos yang diberikan mestilah sesuai dengan usia dan berat badan kanak-kanak itu. Jika sakit kepala terlalu kerap menyerang dan mengganggu pelajaran, pemeriksaan lanjut dengan pakar perubatan harus dibuat,” katanya.
FAKTA
Sakit kepala
• Kebanyakan sakit kepala berlaku di luar tengkorak, dalam saraf, salur darah dan otot yang melindungi kepala dan tengkuk.
• Otot atau salur darah boleh bengkak, sempit atau melalui perubahan yang menstimulasi atau memberi tekanan pada saraf keliling.
Migrain
• Saraf ini menghantar mesej rasa sakit kepada otak yang menyebabkan sakit kepala.
• Disebabkan tekanan dan ketegangan fikiran.
• Oleh sebab salur darah di bawah kulit kepala berkembang, menyebabkan serat saraf yang ada kaitan dengannya membengkak serta mengeluarkan bahan kimia rasa sakit.
• Membabitkan sistem saraf automatik sehingga menyebabkan pesakit berasa loya, muntah, cirit, seram sejuk, kabur penglihatan dan lebihan sensitiviti kepada cahaya dan bunyi.
• Biasanya diwarisi dalam keluarga.Tanda migrain
• Sakit kepala (di sebelah atau kedua-dua belah kepala).
• Sakit berdenyut.
• Semakin sakit jika melakukan sebarang aktiviti.
• Rasa mual yang mungkin diikuti dengan muntah.
• Sensitif pada cahaya dan bunyi.
• Jika tidak dirawat, ia boleh berlanjutan empat hingga 72 jam (berbeza antara individu).
• Serangan mungkin berlaku beberapa kali sebulan atau hanya sekali setahun.
Sumber: Berita Harian dan bacaan dari internet