Formula khas untuk mempertenagkan kawasan tengkuk yang meliputi tyroid, saluran esofagus atau kelenjar liur yang mendatangkan simptom tertentu antaranya beguk (goiter) dan sebagainya.
Berikut ialah ringkasan daripada formula CL 9
| FORMULA | CL 9 |
| NAMA FORMULA | VOICE BLUE |
| WARNA | BIRU |
| FREQUENSI | 490 nanometer |
| WAKTU RESONAN | Subuh hingga syuruk (6.00 pagi hingga 7.00 pagi) |
| PSIKOLOGI KETIKA SIHAT | Peramah |
| PSIKOLOGI KETIKA SAKIT | Pendiam |
| KAWASAN |
|
| KAITAN/ TANDA / SIMPTOM |
|
| KETERANGAN FORMULA |
|
Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy untuk masalah simptom kawasan kelenjar tyroid, saluran esofagus, kelenjar air liur, gusi berdarah, tulang cervical atau sebarang jenis penyakit, sila hubungi saya;
Untuk memudahkan proses mendapatkan rawatan, Borang Rawatan sila lengkapkan.
Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy
No 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru,
31350 Ipoh, Perak


Tel: 012-4008972



Categories:
“Beguk atau mumps adalah sejenis penyakit berjangkit. Ia terjadi apabila virus RNA Paramyxovirus disebarkan melalui udara oleh penghidap beguk. Sebaran ini berlaku apabila bersin, batuk dan sebagainya.
Simptom beguk:
Demam, badan terasa amat letih dan paling ketara bengkak pada kelenjar liur.
Bagaimana Beguk Berjangkit?
Virus itu akan menjangkiti orang lain kira-kira seminggu sebelum kelenjar liur membengkak. Beguk akan berlarutan selama 9 hari selepas kelenjar mula membengkak.
Kesan Sampingan Beguk
Bengkak pada buah zakar yang boleh menyebabkan kemandulan. Juga boleh menyebabkan pancreatis iaitu kerosakan pada kelenjar pankreas. Selain itu boleh juga sebabkan encephalitis atau inflamasi otak.
Cara Rawatan
Tiada rawatan khusus atau ubat tertentu dalam merawat beguk. Ini kerana tiada ubat dapat membunuh virus RNA Paramyxovirus. Ubat yang diberikan biasanya untuk mengurangkan kesakitan atau bengkak pada kelenjar liur.”
Sumber: Majalah Harmoni 15-31 Mei 2005/Klinik Anak
Kenapakah seseorang yang tidak pernah menghidap beguk, berisiko tinggi untuk dijangkiti? Sebaliknya seseorang yang pernah dijangkiti pula akan mendapat pertahanan terhadap kuman ini sepanjang hayatnya.
Salam doktor…saya ingin bertanya berkenaan penyakit tongsel….adakah ianya sejenis penyakit yg serius….
yaya; setiap penyakit ada tahap “keterukan” nya (severity). Keterukan yang tinggi atau kronik yang kritikal adalah penyakit yang serius. Ia terjadi dalam tempoh masa yang panjang secara sedikit demi sedikit. Jika ia membengkak sehingga boleh kelihatan apabila disuluh (sila lihat di kanan dan kiri otot tonsil) sama ada ia membengkak dengan besar atau kecil. Atau adakah ia diikuti dengan kesukaran menelan dan yang paling kronik menyebabkan kancing gigi atau sakit di rahang atau lenguh rahang ketika mengunyah.
PENGGUNAAN pil bagi merawat tiroid pada kanak-kanak boleh menyebabkan kegagalan hati untuk berfungsi. Menurut Donald R. Mattison dari Institut Kesihatan Kanak-Kanak dan Pembangunan Manusia Kebangsaan AS, kebanyakan doktor menggunakan propylthiouracil atau methimazole bagi merawat kanak-kanak yang menghidap penyakit Graves di samping pembedahan serta iodin radioaktif.
Kajian Archives of Pediatrics and Adolescent Medicine mendapati ada hubung kait antara pengawalan diri dan kenaikan berat badan di kalangan kanak-kanak.
Kajian diatas menguatkan lagi bahawa rawatan alopatik sememangnya akan meninggalkan kesan sampingan terhadap kesihatan manusia. Oleh itu kita mesti mendapatkan rawatan yg lebih semulajadi agar bebas dari kesan sampingan yg akan membawa kepada penyakit lain yg lebih merbahaya.