Ilmu yang mengkaji sesuatu secara permerhatian logik akal yang dikira melalui tindak balas fizikal (boleh nampak) adalah ilmu jisim. Antara contoh ilmu jisim yang paling taksub diamalkan ialah segala amalan rawatan klasik (allopathic medicine/rawatan konvensional di hospital). Selain ilmu perubatan klasik, ilmu mengenai membaca situasi semasa juga adalah ilmu jisim seperti membaca tarikh lahir, membaca maksud kedudukan tahi lalat, membaca maksud sesuatu bentuk atau keadaan pada wajah, membaca maksud sesuatu garisan pada sesuatu tubuh badan termasuk tapak tangan, membaca maksud bentuk tulisan atau tandatangan, membaca maksud sesuatu susun atur perabut, fesyen pakaian, warna pakaian dan sebagainya, membaca business card, membaca maksud sesuatu nombor seperti nombor plat kenderaan dan nombor rumah atau apa sahaja seumpamanya.
Tidak dapat dinafikan bahawa segala ilmu yang disebutkan ini amat tepat tafsirannya tetapi bolehlah dikatagorikan sebagai ilmu jisim. Contohnya dalam ilmu perubatan klasik, simptom gout disebabkan tingginya urik asid dalam darah, tetapi ia hanyalah fakta jisim dan tidak mendatangkan manfaat untuk mengetahuinya. Kerana urid asid sesuatu yang boleh diproses oleh tubuh dan mengurangkan pengambilannya tidak akan mendatangkan sebarang kesan.
Ilmu jisim (terutamanya allopathic medicine/rawatan konvesional di hospital) bukanlah tahyul, syirik, murtad, ajaran sesat dan pelbagai lagi dakwaan tidak adil yang dilemparkan. Ia boleh dipelajari oleh sesiapa tanpa menjejaskan aqidah seseorang. Tetapi ia lebih sesuai digelar sebagai ilmu jisim. Post ini akan mengupas secara umum mengenai ilmu jisim, mengapa ia digelar ilmu jisim, peratus sumbangan dan keperluannya dalam kehidupan dan penyalahgunaan ilmu jisim dan ujiannya terhadap aqidah.
Ilmu Jisim dan Ilmu Masa
Jadual di bawah menunjukkan perbezaan antara ilmu jisim dengan ilmu masa.
| Ilmu Jisim | Ilmu Masa |
| Pemerhatian fizikal | Meliputi kerohanian (spiritual), akal (mental) perasaan (emosi) dan jasmani (fizikal) |
| Mengetahui keadaan semasa dengan sedar. | Merasai tanpa menyedarinya. |
| Pemikiran logik | Instinct, geras rasa, ilham. |
| Penyelesaian logik, terbatas. | Penyelesaian kreatif, keputusan tanpa had. |
| Matlamat menghalalkan cara, meninggalkan banyak kesan sampingan | Kejayaan berpandukan iman, harmoni tanpa kesan sampingan |
| Mengambil masa kajian yang lama dan berulang-ulang serta ujikaji cubaan (try and error) | Mengambil masa yang amat pantas dan serta merta boleh difahami |
| Perlu ada prinsip, etika dan ketaksuban supaya teori tidak berubah. Tetapi hanya sesatu teori sahaja boleh digunakan kerana ia amat bercanggah. | Kreatif dengan pelbagai alternatif, bebas dan saling tidak bercanggah. |
| Tahu dengan nyata tetapi tidak boleh menyelesaikan masalah dan penyakit. Contohnya x-ray tulang.. nampak patah, tetapi tiada ubat atau rawatan. | Tahu melalui rasa dan pengalaman, tetapi terus dapat menyelesaikan masalah dan penyakit. Jika tulang patah, terus boleh rawat seluruh sistem badan. Tanpa perlu lihat keadaan kepatahan, tulang boleh pulih dengan segera. |
| Sia-sia dipelajari, membazir wang dan masa bertahun-tahun. Hanya khusus dalam sesuatu perkara. | Bermanfaat dipelajari, pantas dipelajari dan murah. Aplikasi luas dalam kehidupan. |
|
Contoh: Rawatan Allopathic (rawatan konvensional di hospital, juga disebut rawatan klasik/antik), ilmu pernomboran, ilmu mentafsir tarikh lahir (astro numerology), ilmu tahi lalat, ilmu membaca maksud rupa wajah, ilmu membaca maksud tapak tangan, ilmu membaca susun atur / corak / letakkan (geomensi) dan sebagainya. |
Contoh:
Rawatan Alternatif, ilmu aqidah / tauhid, ilmu hukum alam, ilmu quantum fizik. aliran ilmu syariat, hakikat, tariqat dan makrifat. |
Daripada perbezaan di atas, maka mana-mana ilmu yang mempunyai katagori seperti yang disenaraikan dalam ilmu jisim (yang diwarnakan merah dan di sebelah kiri) adalah digelar ilmu jisim.
Sumbangan Ilmu Jisim
Memandangkan ilmu jisim hanya berkisar kepada pemerhatian fizikal yang dihasilkan melalui keputusan akal logik, maka sumbangannya adalah tidak melebihi 20% daripada keperluan kehidupan seharian.
Oleh itu, ilmu jisim tidak boleh ditolak mentah-mentah tetapi janganlah pula ia dipelajari dengan begitu mendalam kerana ia akan mengecilkan skop pemikiran dan menjadikan tahap pemikiran menjadi jumud dan tertutup. Contohnya, ibu bapa yang menghantar anak belajar dalam bidang perubatan klasik (allopathic medicine/rawatan konvensional di hospital) adalah satu jenis pelaburan yang amat sia-sia.
Keperluannya sebanyak 20% dalam kehidupan adalah kerana kita perlu mengenal sesuatu keadaan apabila berlaku kekeliruan. Sebenarnya kekeliruan adalah disebabkan oleh kelamahan pada diri pengamal itu sendiri, bukan semua pengamal akan mengalami kekeliruan. Ketika itulah ilmu jisim diperlukan sebagai rujukan sampingan. Misalnya masalah iri hati, cemburu atau dendam akan menyebabkan paras gula meningkat. Ketika itu kita perlu tahu keadaan hormon yang terganggu. Daripada rujukan ilmu jisim, didapati paras insulin menurun dalam darah. Tetapi, tanpa mengetahui kaitan insulin dan tindak balasnya terhadap keracunan gula pun rawatan simptom kencing manis masih dapat dijalankan.
Komitmen yang sia-sia
Mempelajari ilmu jisim (seperti allopathic medicine/rawatan konvesional di hospital) selama bertahun-tahun, meniggalkan keluarga tercinta dan memperuntukkan perbelanjaan yang tinggi untuknya adalah sesuatu yang amat membazir dan sia-sia. Semakin banyak doktor yang dilahirkan daripada fakulti perubatan dan semakin banyak hospital rawatan klasik dibina, masih tidak mampu merawat pelbagai penyakit malah banyak lagi penyakit baru wujud akibat kejahilan dan kesilapan penggunaan ilmu jisim.
Ilmu jisim ialah satu bentuk ilmu untuk mengenal dan mengetahui sesuatu. Ilmu jisim akan menjadikan seseorang yang mempelajarinya seolah-oleh tahu segala-galanya lantaran menjadi seorang yang angkuh dan sombong. Orang ini lupa bahawa ilmunya adalah lebih kecil daripada setitik air berbanding tujuh lautan ilmu Allah. Dengan keangkuhan dan kesombongan, mereka mempengaruhi dan menakut-nakutkan pesakit dengan mengancam supaya segera mendapatkan rawatan di hospital mereka (allopathic medicine) seolah olah pengamal perubatan mereka (doktor allopathic medicine) adalah umpama tuhan yang mempunyai kuasa penyembuh dan hospital mereka umpama rumah ibadat.
Ilmu jisim hanya sekadar untuk mengenali sesuatu sahaja dan ia bukanlan sebagai jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah atau penyakit. Masalah atau penyakit ialah urusan yang berkaitan dengan ilmu masa yang turut merangkumi rohani dan pemikiran kreatif. Oleh itu, pemikiran logik daripada ilmu jisim tidak mampu mencapai penyelesaian masalah atau penyakit.
Setiap masalah dan penyakit ada penyelesaian dan penawarnya. Tetapi ilmu jisim tidak menjamin penawar melainkan jika ia diganti dengan sesuatu seumpamanya. Contonya pesakit kencing manis akan diberikan insulin tiruan sebagai ganti kepada rembesan insulin semulajadi yang amat rendah dalam tubuh. Sedangkan hakikat sebanarnya insulin akan dirembeskan semula seperti biasa sekiranya pankreas mendapat isyarat tenaga gula yang menjana otak supaya mempertenagakan pankreas untuk merembeskan insulin seperti biasa. Perasaan keperihatinan yang mulia iaitu dengan menghentikan perasaan dendam, iri hati dan cemburu akan menjadikan pankreas dapat berfungsi seperti biasa. Pengambilan insulin yang disarankan oleh ilmu jisim masih tidak dapat membantu pankreas menghasilkan insulin dengan normal.
Penyalahgunaan ilmu jisim
Sesuatu yang belum terjadi adalah tidak wujud tenaganya untuk disukat malah tidak dapat ditentukan. Tetapi, dengan akal logik, mereka yang rendah imannya akan menggunakan ilmu jisim untuk meramal masa hadapan. Contohnya rawatan klasik mengancam bahawa sekiranya seseorang kurang mengambil kalsium akan menyebabkan kerapuhan tulang. Hakikat sebenar, sekiranya kita mempelajari ilmu masa, kita akan ketahui bahawa kalsium dan segala zat yang lain boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh. Kekurangan kalsium dalam tubuh akan diseimbangkan oleh gigi. Tetapi malang, fakta ini tidak diketahui oleh mereka yang hanya belajar ilmu jisim.
Beberapa prosedur lain seperti kiraan kelahiran, tempoh nyawa ketika sedang nazak dan sebagainya adalah haram dan amat tidak beretika untuk diketahui. Kebanyakkan pesakit yang mengalami penyakit kronik seperti kanser, telah diramalakan oleh doktor klasik (allopathic medicine) tempoh hanyatnya sebelum pesakit itu meninggal. Jika pesakit mempercayainya, pesakit juga telah melakukan sesuatu yang amat dilarang oleh agama.
Selain urusan mengenai perkara yang belum berlaku, urusan janin di dalam rahim juga diharamkan untuk diketahui. Tetapi bagi ilmu jisim melalui allopathic medicine, tidak memandang serius perkara ini. Melihat dan mengambil tahu keadaan janin di dalam rahim adalah prosedur yang diwajibkan. Sebenarnya tidak ada sebarang manfaat untuk mengetahui keadaan janin di dalam rahim. Sekiranya keadaan janin tidak sihat, tidak ada sebarang rawatan yang boleh dilakukan. Prosedur ini hanya sekadar hiburan apabila jantina dalam kandungan dapat ditentukan dan dijadikan ramalan.
Perkara yang sama juga terjadi kepada kaedah membaca personaliti daripada tarikh lahir, kedudukan tahi lalat, membaca garisan di tapak tangan dan sebagainya. Ilmu ini hanya tepat jika dikaji terhadap keadaan semasa, tetapi tidak boleh terhadap perkara yang belum berlaku.
Dengan ilmu jisim yang dipelopori oleh allopathic medicine, matlamat menghalalkan cara. Contohnya dalam kaedah rawatan allopathic, asalkan rasa sakit hilang, maka ia dianggap penyembuhan. Tetapi kaedah dan cara yang digunakan tidak mengambil sensitiviti dan batasan etika, banyak melanggar syarak, menggunakan bahan yang jelas diharamkan dan terlarang serta mencabul ketamaduan peradaban manusa. Saya tidak tergamak untuk menyebut segalanya disini (terlampau kejam, zalim dan jahil untuk dipaparkan), mungkin boleh ditulis dalam post yang lain atau sekiranya mendapat comment, insya Allah.
Sebahagian besar kandungan blog bahasa Inggeris saya (http://mostmodernmedicine.blogspot.com/) telah ditulis berkenaan beberapa perkara yang perlu dibaiki dalam rawatan allopathic.
Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Attitude Therapy yang mengaplikasikan ilmu masa untuk merawat sebarang jenis penyakit, sama ada yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Untuk memudahkan proses mendapatkan rawatan, Borang Analisa sila lengkapkan.
Prof. Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy
No 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru,
31350 Ipoh, Perak


Tel: 012-4008972




Categories:
"Bagaimana ilmu allopathic boleh melatih seorang wanita suci menjadi berani melihat dan memegang lelaki tanpa rasa malu dan gentar (tergetar-getar)."
Baru saya terkedu apabila membaca ayat-ayat di atas…ya ALLAH, betapa dunia hari ini telah banyak membelakangi fitrah atas nama keperluan dan kemajuan…atas nama fardhu kifayah…sedang saya tercari-cari kalau semua bijak pandai ingin mengejar pada pencarian ilmu fardhu kifayah, maka pencarian ilmu fardhu ain yang menyeluruh tersisa pada siapa ya…?
Semoga para pengamal dan profesional CVT sentiasa menitik beratkan kerangka Syariat sewaktu melakukan diagnosa dan rawatan…aamiiin.
salam Dr.
terima kasih kerana memberi ulasan berkaitan dengan allopathy treatment compare to alt mdc..
doktor, kalau tidak keberatan, saya berharap dr dapat ceritakan sedikit sebanyak pengalaman belajar dalam bidang yg doktor ceburi ini..
mungkin dari situ memberi gambaran yang jelas lagi untuk saya melanjutkan pelajaran dalam bidang alt medicine..
di harap doktor dapat membantu
terima kasih.
salam saya sangat suka membaca artikel tuan saya meminta izin untuk kegunaan saya atau untuk publikkan untuk hujahan…tlg teruskan artikel tuan tanpa perlu gusar biar ramai dpt manfaatnya ………byk yg kita perlu pelajari
Segala ilmu datangnya dari Allah. Semua artikel boleh diterbitkan semula dengan syarat harap letakkan backlink atau kredit ke blog saya.
Terima kasih
“Bagaimana ilmu allopathic boleh melatih seorang wanita suci menjadi berani melihat dan memegang lelaki tanpa rasa malu dan gentar (tergetar-getar).”
Di Darussyifa, saya ada melihat perawat lelaki memegang tubuh wanita. Bagaimana sebuah pusat rawatan islam boleh menghalalkannya?
Seingat saya pada 2 atau 3 tahun lepas, ada kisah mengenai rawatan alternatif termasuk CVT ditayangkan di majalah 3. Saya tengok ada doktor lelaki melakukan applied kinesology kepada pesakit wanita. Proses mandian hidroterapi ais dilakukan oleh doktor wanita.
Apa komen dr arif berkenaan perkara ini?
salam Dr,
mengikut tulisan Dr,ilmu kuantum fizik merupakan ilmu masa.E=mc2.
adakah “m” ,jisim pada persamaan fizik tersebut berlainan maksud dengan “ilmu jisim”?
minta penjelasan Dr.terima kasih.