Ia bertindak menerusi sistem “neuro” iaitu penghantaran isyarat (impuls) melalui “neurotransmetter” ke ruang sel-sel yang tidak seimbang. Bermula dari deria rasa lidah, impuls dihantar ke hipothalamus sebagai stesen geganti melalui neurontransmetter yang terdapat pada sel-sel neuron sebelum ke Kelenjar Pitutari untuk dianalisis dengan terpeinci. Setelah itu, ia dihantar ke Kelenjar Pineal untuk pengesanan dan kemudiannya otak menghantar impuls ke bahagian hati untuk merembeskan getaran bagi merawat bahagian yang dijangkiti penyakit.
Bahan dalam CL
Attitude Therapy mengesan bahawa sebahagian besar penyakit berpunca daripada mineral berat yang diambil oleh pesakit di dalam pemakanannya. Oleh itu, “pasangan” rawatannya adalah daripada mineral juga iaitu mineral ringan yang mudah daripada sumber minyak zaitun.
Minyak zaitun mempunyai lengkap tujuh rasa dan pelbagai rasa ini pesakit dapat memfokuskan setiap formula yang diambil bagi memudahkan proses menembusi ruang-ruang sel berlaku tanpa disedari.
Umpamanya Formula CL 13 untuk Buah Pinggang, jika ketika itu buah pinggang berkeadaan baik, tiada isyarat yang dihantar ke Kelenjar Pineal kerana Kelenjar Pitutary menyekat isyarat tersebut disebabkan Kelenbjar Pineal hanya menerima maklumat-maklumat yang tidak seimbang sahaja. Oleh itu, apabila Formula CL diambil, akan berlaku kesan memfokus (tumpuan kepada ketidakseimbangan sel-sel sekiranya berlaku).
Faktor Air Liur Mempengaruhi Frekuensi Formula CL
Attitude Therapy menganjurkan pengambilan Formula CL dilakukan ketika perut kosong (sebelum mengambil sebarang makanan). Pada waktu ini air liur tidak dicemari oleh benda-benda asing (bakteria, makanan masam atau berasid) yang boleh mengubah frekuensi CL dan berlaku tindak balas kimia. Pengunyahan ke atas Formula CL juga boleh mengubah frekuensinya. Oleh itu, disarankan pengambilan Formula CL ini memadai dikemam di lidah sahaja.
Air Sebagai Perakam Terbaik
Pengambilan Formula CL jauh lebih baik dan berkesan malah merendahkan range (riak frekuensi) nya sekiranya diambil melalui perantaraan air sejuk. Formula CL yang dimasukkan ke dalam setengah gelas air sejuk akan menyebarkan frekuensinya ke seluruh ruang dalam air tersebut. Semakin banyak isipadu air yang digunakan maka semakin rendah range nya. Semakin rendah suhu air maka semakin tinggi tekanannya. Air yang terbaik ialah air yang mengandungi meneral ringan yang berion negatif atau bersifat alkali. Ion negatif adalah resonan dengan frekuensi Formula CL yang membawa frekuensi pada skala warna boleh nampak (visible light) yang menyamai frekuensi organ-organ dalam tubuh badan manusia.
Untuk memudahkan proses mendapatkan rawatan, Borang Analisa sila lengkapkan.
Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Attitude Therapy
No 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru,
31350 Ipoh, Perak


Tel: 012-4008972


Categories:
Salam sekali lagi,
saya mendapat beberapa maklumat yg bertentangan dgn kaedah rawatan CVT iaitu berkenaan penggunaan air sejuk dan ais. Boleh Tn. terangkan percanggahan tersebut? Di sini saya masukkan maklumat berkenaan :
“Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas …. “
Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.
Secara logik…, mungkin ada kebenarannya.. Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan… dan bukannya air berAIS. Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas
sewaktu menikmati hidangan!!!!
Kita tidak akan kehilangan apa-apa… malah
akan mendapat faedah dari amalan ini.
Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik…adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.
:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!
Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.
2.Mandi
KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.
Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.
Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah,menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.
Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.
Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.
Selesema dan sakit kepala: Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.
Insomnia: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.
3. Umie Aida wrote:
Setelah saya menulis tentang tapak tan