Pengenalan Formula 99

Transformasi energy / tenaga merupakan ciri utama setiap organisma hidup. Prinsip asas dalam banyak penyelesaian masalah kesihatan kini lebih ditumpukan kepada kerja-kerja enzim sebagai pemangkin kepada tindakbalas kimia bagi menghasilkan tenaga yang diperlukan.

Tubuh manusia yang terdiri daripada sel-sel yang juga bertindakbalas secara kimia bagi proses-proses tertentu. Sel-sel hidup akan menghasilkan enzim-enzim tertentu bagi menjalankan proses-proses tindakbalas tertentu. Enzim terbina daripada set rantaian molekul protein yang tidak terjejas dalam proses tindak balas tetapi berperanan sebagai bahan yang mempercepatkan proses tindakbalas.

Enzim juga merupakan elimen atau bahan yang mampu mengenalpasti tindakan-tindakan seperti metabolik dalam sel-sel.

Prinsip asas enzim yang merupakan elemen dengan ukuran molekul dalam DNA, maka sifat atau kerakternya adalah begitu spesifik. Enzim-enzim juga mempunyai ukuran tenaganya yang tersendiri yang boleh dinilai denga frekuensi yang berkada sama dengan masa. Untuk lebih difahami, enzim ialah unsur senyawa yang aktif dan mempunyai “masa” yang unik.

Enzim akan digerakkan dalam satu set persamaan masa dan ruang untuk menghasilkan transformasi tenaga untuk mengubah sesuatu ketindakseimbangan atau kepincangan sesuatu ruang melalui tindak balas kimia secara konsisten dan malar. Enzim juga menghasilkan kesan kecepatan sesuatu proses tindak balas yang berjuta-juta kali ganda dan berguna untuk mengubah keadaan ketidakseimbangan kepada sebaliknya. Di sinilah “range” atau julat tenaga daripada masa individu boleh ditingkatkan untuk menjadi pasangan kepada proses percepatan tindak balas enzim tersebut.

Proses percepatan terjadi kerana enzim menurun dan menginkatkan energi / tenaga pengaktifan yang dengan sendirinya akan mempermudahkan sesuatu reaksi atau tindak balas.

Sel-sel hati umpamanya memiliki makanisma canggih yang tercipta dan dirakamkan dengan “masa” untuk menguraikan sebatian toksik atau keracunan secara semula jadi. Apa sahaja bahan toksik yang menjadi bebanan keracunan dapat diurai secara metabolik oleh tindakan enzim di dalam sel hati. Racun dapat ditukar menjadi penawar dalam proses transformasi tenaga dengan adanya enzim-enzim ini.

Formula 99 bertujuan untuk merangsang enzim-enzim melaksanakan kerja-kerja menurut kedudukan atau organ-organ tubuh yang mengalami penyakit. Setiap kali rangsangan melalui sistem neuro / saraf dihantar ke otak, mesej atau maklumat yang diterima secara serentak dengan niat / hasrat / tujuan akan dihantar ke sel-sel organ hati sebelum bahan atau substrate yang telah menjadi keracunan ditukar menjadi tenaga untuk merangsang kerja-kerja enzim spesifik di bahagian yang lemah atau berpenyakit.

Secara teori atom, penyakit terjadi disebabkan oleh kerja-kerja kimia dalam proses pemangkin untuk menghasilkan tenaga untuk keperluan tubuh telah terganggu atau tidak seimbang.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Colour Vibration Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Insya Allah kita ikhtiar dengan sedaya upaya;

Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy CVT

No 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru,
31350 Ipoh, Perak


hubungi_saya
Tel: 012-4008972

Leave a Reply

*
= 5 + 2