Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.
Pengurai Kolestrol Tepu
Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;
-
Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).
-
Kolestrol daging lembu dan ayam.
-
Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
-
Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.
-
Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.
-
Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.
-
Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
-
Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.
Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas.
Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja.
Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung.
Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging berger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.
Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti
Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.
Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.
Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.
Mencantikkan Kulit
Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.
Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.
Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.
Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan
Sistem darah
(NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus
(NW3). Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.
Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.
Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.
Sumber Penjanaan EQ (Emotional Quotient)
Selain kolestrol pengurai dan Vitamin C, kambing juga mempunyai mineral ringan yang amat baik untuk pembentukan sel hati, merangsang rembesan hormon daripada Kelenjar Pineal
(NW1), Kelenjar Pitutary
(NW2), Hati
(NW12), Hempedu
(NW14), Pankreas
(NW15), Kelenjar Adrenal
(NW13) serta hormon pembiakkan ovari dan testis
(NW16).
Tindak balas logam ringan terhadap keseimbangan hormon dalam badan akan membantu meningkatkan tahap kematangan dan penghayatan seseorang. Mengamalkan memakan daging dan meminum susu kambing akan menjadikan pemikiran bertambah pantas, tajam dan tahap ingatan meningkat. Ketika itu penghayatan dan kematangan akan terbentuk dengan matap atau disebut emotional quotient EQ.
Sekiranya anda mahu anak-anak menjadi bijak insya Allah, amalkan memakan daging kambing atau meminum susu kambing.
Antibiotik Semulajadi
Semua haiwan mengeluarkan peluh yang berbau. Bau ini sebenarnya ialah hormon yang betindak sebagai antibiotik untuk mencegah penyakit. Daging kambing tidak rosak walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilan hormon ini.
Mengamalkan memakan daging kambing dapat menguatkan antibiotik semula jadi tubuh. Mereka yang kerap memakan daging kambing akan terhindar daripada penyakit berjangkitan seperti demam dan selsema.
Pengembala kambing tidak akan berbau badannya terutama di bahagian ketiak jika kerap berada di kandang kambing. Mereka yang mengalami masalah ketiak hangit boleh merawat penyakit tersebut dengan mencuba mengembala kambing.
Pengaruh Karektor
Setiap makanan yang kita makan tidak kira sama ada daging atau tumbuhan akan mempengaruhi karektor kerana di dalam makanan yang bersifat organik tersebut turut terdapat DNA dan RNA yang bersenyawa dengan sel tubuh badan kita untuk memberikan sesuatu manfaat dengan cara memindahkan maklumat diri kepada pemakannya.
Makanan dalam bentuk sayuran akan mempengaruhi sifat enzim manakala makanan dalam bentuk daging akan mempengaruhi sifat karektor organ. Contohnya cendawan yang bersifat parasit, bertindak menyerap tenaga yang tidak baik daripada badan seperti tenaga kanser. Tetapi mengambilan cendawan yang berlebihan akan menyebabkan badan menjadi letih kerana kita kehilangan tenaga. Contoh haiwan pula, misalnya sotong suka mengkaji dan mencuba perkara baru. Di dalam laut sotong bersifat suka mencuba dan kekuatan ingin tahu yang tinggi walaupun memahami ia seuatu yang mudarat. Mereka yang mengamalkan memakan sotong dalam jumlah yang banyak akan bersifat kuat ingin mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan walaupun mengetahui ia bahaya. Contoh percubaan bahaya sotong ialah gemar meneroka atau masuk ke tempat baru, suka memakan umpan candat secara beramai-ramai. Contoh ayam ialah haiwan ini terlalu kuat cemburu, mengamalkan memakan daging ayam dengan kerap akan menjadikan diri kuat cemburu yang melulu. Daging khinzir pula adalah sebaliknya iaitu tidak tahu rasa cemburu atau malu. Pesakit diabitis yang mengambil insulin (semua insulin berasal daripada insulin khinzir) sudah tidak ada rasa cemburu lagi, sedangkan ketika peringkat awal menghidap penyakit diabitis, tahap cemburunya amat melampau.
Karektor Kambing
Kambing mempunyai karektor seperti berikut;
-
Tegas.
-
Berpendirian.
-
Matang.
-
Berani kerana benar, berani menegakkan keadilan dan kebenaran.
-
Memahami arahan.
-
Gembira dan tahap kecintaan yang tinggi.
-
Tinggi EQ (emotional quotient).
-
Kadar instinct, intuisi, naluri dan gerak rasa yang tinggi.
-
Tersenyum.
Ketegasan kambing dapat dilihat dengan membuat percubaan menarik dan menolaknya. Contohnya kambing yang diikat lehernya dengan tali, apabila ditarik dia akan tegap dan mengundur untuk melawan tarikkan. Jika kita menolak badannya ke belakang, dia akan melawan dan seperti hendak mara ke hadapan. Jika kita berada di sisinya, cuba tolak ke tepi sebelah sana, dia akan rapat ke kita. Jika kita tarik ke arah kita, dia akan menjauhkan kita. Maksudnya apabila kambing berdiri, dia berdiri dengan tegap dan tegas.
Kambing hanya akan bergerak jika diberi arahan dengan ikhlas. Kita boleh arahkan kambing masuk atau keluar kandang, balik ke kandang, jangan makan pokok bunga atau tanaman orang lain, jangan merayau jauh-jauh dan sebagainya. Arahan perlulah berserta dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang, insya Allah memelihara kambing amatlah menyeronokkan.
Dakwaan yang menyatakan mengembala kambing menguji kesabaran atau mendidik supaya menjadi seorang yang penyabar rasanya kurang tepat. Kenyataan yang tepat ialah mengembala kambing akan meningkatkan rasa kecintaan, kegembiraan, kepuasan dan penghayatan yang tinggi di samping menjana EQ yang tinggi. Pengalaman sebenar hanya dapat dirasai jika kita mengembala kambing itu sendiri.
Rahsia Janggut Dan Senyuman
Semua kambing berjanggut dan sentiasa tersenyum. Janggut mempunayi banyak rahsia. Salah satunya ialah janggut menyimpan rahsia persahabatan. Bermaksud, mereka yang berjanggut mempunyai kesetiaan dalam persahabatan yang tulus dan ikhlas, bersatu dan bekerjasama dalam kumpulan serta tidak mengkhianati sahabat.
Senyuman ialah rahsia konduktor (dalam bentuk gelombang visual boleh lihat) yang akan mengalirkan kalam hati melalui rasa kasih sayang. Aliran rasa kasih sayang ini akan melancarkan pematuhan gerakan tenaga dalam
falsafah Hukum Keseimbangan.
Senyuman ialah satu ciri facial therapy yang akan merawat pelbagai penyakit. Oleh itu, kambing ialah sejenis haiwan yang mempunyai tahap kesihatan yang tinggi dan boleh membekalkan daging yang bersih dan selamat daripada sebarang jenis jangkitan.
Rawatan Penyakit Darah Tinggi
Pesakit darah tinggi dinasihatkan agar tetap mengambil kambing dalam proses merawat penyakit darah tinggi sebegai ketahanan tubuh untuk mengelakkan penyakit ini berulang kembali.
Sebelum mengambil daging kambing, pesakit dinasikatkan agar mendapatkan rawatan untuk Darah
NW18 dan Thalamus
NW3. Rawatan terbaik untuk menstabil dan menguatkan darah daripada penyakit darah tinggi ialah dengan pengambilan
formula Basic Energy, insya Allah.
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Colour Vibration Therapy untuk merawat penyakit darah tinggi atau sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Insya Allah kita ikhtiar dengan sedaya upaya;
Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy CVTNo 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru,
31350 Ipoh, Perak
Tel: 012-4008972
Maafkan saya Dr…saya mencelah di sini di bawah tajuk Kambing ini berdasarkan bagaimana Dr menghubungkaitkan karaktor kambing yang mempengaruhi karaktor pada manusia juga.
Saya apabila membaca email sepertimana di bawah ini yang mengisahkan mengenai kehebatan Semut membuatkan saya berfikir semula akan kenapa kita apabila termakan semut boleh mengakibatkan masalah lupa. Namun begitu berdasarkan kisah semut ini begitu banyak kehebatan tentang semut.
Dalam kisah ini juga menceritakan tentang diri kita yang dijadikan dengan tugasan tertentu. Diharap jika Dr dapat komen juga. Terima kasih.
Terima kasih Dr jika Dr dapat mengulasnya di bawah tajuk lain.
Keajaiban Semut
Hari ini saya ingin berkongsikan dengan anda tentang satu e-mail yang saya kira menarik untuk tatapan kita semua……
SELAMAT DATANG KE DUNIA SEMUT
Dalam perjalanannya ke sekolah setiap hari, Omar berjalan melalui taman rumah di seberang jalan dan menanti di sana untuk seketika. Seorang kawan istimewanya tinggal di taman ini. Siapapun tidak mengenali kawan ini, tetapi Omar amat menyayanginya. Omar tidak pernah lupa menziarahi kawannya, dan dia amat gembira dengan persahabatan mereka. Tambahan pula, dia mempunyai seorang sahabat yang lebih pintar daripada orang lain. Walaupun saiz badannya kecil, tetapi kawannya ini melakukan banyak perkara-perkara penting. Dia juga adalah seorang yang kuat bekerja. Dia melakukan semua kerja-kerjanya dengan baik dan dalam masa yang sepatutnya, seolah-olah dia adalah seorang askar. Walaupun dia tidak pergi ke sekolah seperti Omar, dia melaksanakan dengan jayanya banyak tugas-tugas yang diperlukannya di dalam hidupnya.
Sudah tentu kamu tertanya-tanya siapakah sahabatnya itu?
Sahabat rahsia Omar ialah seekor semut, yang dapat melakukan banyak perkara-perkara yang indah.
Mungkin kamu belum pernah mendengar betapa mahir dan bijaknya semut. Sebahagian kamu mungkin menganggap mereka sebagai serangga-serangga ringkas yang hanya melata ke sana sini tanpa melakukan apa-apa. Tetapi mereka yang beranggapan demikian telah tersilap, kerana semut, seperti juga hidupan lain, mempunyai kehidupan mereka sendiri.
Omar berkesempatan untuk mempelajari dengan lebih terperinci kehidupan ini daripada sahabatnya. Kerana itulah dia tidak pernah lupa untuk menziarahi sahabatnya dan amat gemar berbual dengannya.
Semut-semut penganyam adalah tukang jahit yang mahir. Mereka menyambung daun-daun dengan menariknya daripada dua bahagian dan menjahit daun-daun ini bersama. Dengan cara ini, mereka membuat rumah yang baik untuk diri mereka.
Omar berasa amat kagum dengan perkara-perkara yang didengarinya daripada sahabatnya tentang dunia semut. Dia ingin berkongsi semua yang telah dipelajarinya tentang bakat, kebijaksanaan dan semua sifat-sifat lain hebat sahabat kecilnya ini dengan orang lain.
Jadi, apa yang menyebabkan Omar begitu gembira? Kenapa dia begitu tertarik dengan dunia semut? Sudah tentu kamu tertanya-tanya mengapa. Jadi teruskan membaca…
Semut mempunyai jenis yang lebih banyak daripada hidupan-hidupan yang lain. Daripada setiap 700 juta semut yang dilahirkan ke dunia, hanya terdapat 40 kelahiran manusia. Dengan kata lain, jumlah semut-semut di dunia ini adalah jauh lebih tinggi daripada manusia.
Semut-semut penjaga pintu mengawal sarang. Mereka melakukan tugas ini dengan jayanya. Semut-semut lain juga kuat bekerja. Mereka melakukan semua kerja-kerja di dalam sarang.
Keluarga semut juga amat besar. Contohnya, kamu mungkin mempunyai sebuah keluarga yang terdiri daripada 4-5 orang anggota. Bagaimanapun, di dalam keluarga semut, kadang kala terdapat berjuta-juta semut. Sekarang fikirkan untuk seketika: jika kamu mempunyai berjuta-juta adik beradik bolehkan kamu tinggal di dalam sebuah rumah? Sudah tentu tidak!
Kehebatan sifat-sifat semut tidak berakhir di sini sahaja. Walaupun, berjuta-juta mereka tinggal bersama, mereka tidak mempunyai sebarang masalah di antara mereka, tidak ada kekeliruan atau kecamukan
Warga Indonesia: Assalamualaikum… Dr. saya nak tanya berkaitan susu kambing. Daripada beberapa post yang telah saya baca Dr. ada menyarankan untuk mengamalkan meminum susu kambing dan memakan daging kambing untuk pelbagai tujuan kesihatan. Soalan saya bagaimanakah untuk mengenal pasti samada susu kambing yang dibeli di pasaran adalah ASLI dan bukannya TIRUAN atau CAMPURAN? pada masa ini terdapat ramai peniaga yang menjual susu kambing samada dengan LABEL mahupun TANPA LABEL. Terima kasih.
Warga Indonesia; Dalam makmal ia boleh diuji menggunakan bahan C-reactive protein (CRP) untuk menguji kehadiran protein. Sekiranya protein didapati amat randah, maka susu tersebut adalah susu kambing asli. Cara lain ialah, kita dapat rasa susu tersebut kurang berlemak dan baunya agak hamis. Jika saudara mahir menggunakan kaedah Applied Kinesiology. Ikhtiarlah untuk mengetahui keaslian susu tersebut dengan cara bertanya dengan peniga yang jujur.
Very very infomative post. Learned a lot. Cheers Doc.
Assalammualaikum,
sungguh hebat penulisan dr. sebagai seorang penternak kambing agak sukar bila saya hendak mencerita kebaikan makan daging kambing kepada kawan2 dan sedara mara yg tidak suka makan daging ini. alasan mereka makan daging kambing akan mengakibat pening dan darah tinggi. sekarang saya boleh ceritakan kepada mereka kebaikan daging kambing bukan sahaja untuk mencegah penyakit darah tinggi dan obesiti malahan boleh mencantikkan kulit lagi. walaubagaimanapun saya ingin bertanya, adakah cara atau jenis masakan tertentu sahaja bagus untuk kesihatan atau sebaliknya?. terima kasih dr.
Daging kambing sesuai dimakan waktu malam tak…
SERI BUMI TERNAK,
Kambing yang terbaik untuk kesihatan ialah dari jenis kibays. Ia tidak memeningkan dan amat berkesan memecahkan kolestrol.
Kambing yang betul-betul untuk memecahkan kolestrol tepu ialah kambing kampung dan kambing biri-biri tetapi amat memeningkan kepala.
Kambing boer tidak memeningkan tetapi tidak begitu berkesan memecahkan kolestrol tepu.
Setiap kambing ada kelebihan dan kelemahan tertentu, terpulang untuk kita memilihnya.
Hussin,
Daging kambing mempunyai tahap pottasium (sejenis garam) yang tinggi. Semua jenis garam adalah tidak stabil pada waktu malam kerana dipengaruhi oleh atmosfera yang dipenuhi oleh tahap elektron yang tinggi.
Untuk mengelakkan masalah kesan pembongkaran daripada daging dan susu kambing, elakkan memakannya pada waktu malam.
Salam Dr. Ariff,
Makanan apa yang benar2 berkesan dan terbaik untuk mengubati darah tinggi.
Terima Kasih.
sue, salam.
Sebenarnya apabila kita sakit, jangan cari makanan terbaik untuk mengatasinya, tetapi carilah makanan yang menjadi punca kepada masalah atau penyakit tersebut untuk dihindari.
Darah tinggi ialah “gejala”. Gejala bermaksud gabungan beberapa jenis penyakit. Kaedah rawatan Attitude Theapy berjaya menemui punca dan seterusnya rawatan tepat dapat ditentukan.
Punca kepada tekanan darah tinggi ialah kelemahan di beberapa bahagian organ penghadaman yang melibatkan perut, hati, limpa, buah pinggang, hempedu dan pankreas.
Pencegahan masalah tekanan darah tinggi dapat dielakkan apabila seseorang itu mengurangkan pengambilan makanan terutamanya pada waktu malam, kurangkan tekanan kerja dan amalkan tidur awal, insya Allah.
Makanan yang dapat membantu melegakan masalah tekanan darah tinggi ialah minyak zaitun. Minyak zaitun ini perlu diambil sedikit tetapi berterusan setiap hari.
Really informative article ! waiting for more from you
really going to subscribe.