Manusia bukan fizikal (jisim) semata-mata. Manusia adalah sebaik-baik kejadian di dunia. Jika dunia terbahagi kepada jisim (atom dan molekul) dan masa (gema dan niat/instinct/intuisi) bermaksud manusia ini selain fizikal, juga terdapat untuk mental, emosi dan fizikal. Setiap satu elimen ini sangat berkait rapat dengan kesan fizikal yang ditunjukkan dalam bentuk sakit.
Keseimbangan Karektor dan Organ
Selain menjalankan fungsi biologi seperti merembeskan hormon dan memproses dan sebagainya, organ juga mempengaruhi karektor atau pembawakan yang dapat ditunjukkan melalui sesuatu tingkah laku. Karektor ini boleh dikawal melalui pemikiran yang tenang, sabar, ikhlas dan redho. Oleh itu, sikap atau karektor juga memberi kesan terhadap keadaan sesuatu organ. Dengan kata lain, organ seimbang dengan karektor.
Pemikiran mempengaruhi tindak balas organ dalam badan. Sama ada sesuatu organ atau kelenjar itu ingin merembeskan hormon atau tidak atau sama ada organ itu ingin berfungsi atau tidak adalah bergantung kepada cara kita berfikir. Pemikiran yang baik akan menjadikan sesuatu organ berfungsi dengan normal.
Dengan mengambil organ pankreas sebagai contoh, sekiranya pankreas telah menjadi lemah, karektor yang dikawal oleh pankreas akan menyebabkan tubuh mendapat satu tindak balas yang menyebabkan tindakan dan pemikiran menjurus kepada sesuatu yang dapat menyeimbangkan kelemahan pankreas itu tadi melalui sifat yang bertentangan dengan prinsip tenang, sabar, ikhlas dan redho. Pankreas yang lemah akan menyebabkan seseorang menjadi mudah cemburu, iri hati, dengki, hasad atau khianat.. bergantung kepada tahap penyakit dan keupayaan untuk berprinsip (tenang, sabar, ikhlas dan redho).
Begitu juga sebaliknya iaitu apabila seseorang mulai hilang prinsip, dia mudah untuk rasa cemburu, tidak puas hati, iri hati, dengaki hasad atau khianat.. maka pankreas mula untuk menyeimbangkan perasaan tersebut dengan menghentikan keupayaannya untuk menghasilkan insulin yang boleh memproses gula. Akibatnya gula tinggi dalam darah dan pankreas terbeban untuk memprosesnya hingga ia menjadi lemah.
Berikut ialah jadual senarai organ dan karektor yang dipengaruhinya.
Personaliti dan warna diri
Kesemua karektor ini dapatlah dirangkumkan kepada tahap-tahap kumpulan organ pada sistem tubuh badan. Terdapat empat bahagian utama pada tubuh yang dirangkumkan seperti dalam rajah di bawah;
Organ organ di bahagian kepala yang terdiri daripada;
- Kelenjar Pineal NW1
- Kelenjar Pitutari NW2
- Thalamus NW3
- Hipothalamus NW4
- Kawalan Biotik NW5
- Sinus NW6
- Kawalan Suhu NW7
- Medulla Ablongata NW8
| Sikap Positif | Sikap Negatif |
| Deria otak yang peka Bijak / Cerdik Perancang Boleh membaca situasi Yakin diri Jujur Martabat Kepimpinan Petunjuk Ilham Disiplin Penumpuan Keajaiban diri Rasa bertuan Penguasaan Kuasa dalaman Imnuniti |
Ego / keras hati Putus asa Murung Kebimbangan Hiperaktif Mudah terpengaruh Ketakutan Riak Kebendaan Suka memerintah Tidak mahu mengalah Tidka tentu hala Tanpa matlamat Nasib malang Serangan penyakit Hilang arah / punca |
Organ di bahagian dada terdiri daripada Paru-paru NW10 (termasuk trakea, bongkiul, payu dara) dan Jantung NW11. Organ ini banyak berkaitan dengan emosi dan perasaan. Rasa sedih, risau, mengeluarkan air mata, gembira, panik dan sebagaikan adalah melibatkan organ di bahagian ini. Mereka yang aktif penggunaan organ paru-paru dan jantung ialah golongan berpesonaliti Emosi. Personaliti Emosi banyak berkaitan dengan kesabaran, dan sabar adalah penawarnya. Berikut ialah jadual sikap bagi personaliti Emosi.
| Sikap Positif | Sikap Negatif |
| Terbuka Tenang Menghayati Kreatif Kasih sayang Keriangan Pemurah Kematangan Pemelihara Tersendiri Cara / langkah / konsep Kebapaan Berani Kejiwaan Kebijaksanaan Kuasa minda yang tiada batasnya Belajar melalui kesilapan / pengalaman |
Sensitif melulu Serius Penarikan diri Pemarah Kebencian Termenung Kesedihan Kedengkian Sakit hati Megah Berpura-pura Lembab berfikir Menangguh Mengukut hati Kebodohan Kebudak-budakan |
Organ di bahagian perut terdiri daripada;
| Sikap Positif | Sikap Negatif |
| Kuat berfikir Pemikiran kritis Objektif Pengingat Peramah Boleh dipercayai Pintar Percakapan Penyabar Minda |
Malas berfikir Lembab Keliru Pelupa Gelojoh Berkira-kira Mengkritik Cemburu melulu Mencari alasan Berceloteh |
Bahagian bawah terdiri daripada organ-organ seperti berikut;
- Hormon pembiakan ovari / testis NW16
- Alat kelamin, organ kencing NW17
- Sistem darah dan sistem otot NW18
- Usus kecil dan usus besar NW19
- Tulang dan saraf NW20
Organ di bahagian bawah ialah organ yang banyak berkaitan dengan aktiviti fizikal. Mereka yang aktif menggunakan organ bahagian bawah ialah golongan berpesonaliti Fizikal. Personaliti Fizikal banyak berkaitan dengan kerehdoan, dan redho ialah penawarnya. Berikut ialah jadual sikap bagi personaliti Fizikal.
| Sikap Positif | Sikap Negatif |
| Matang Intelek Berpandangan jauh Cekal dan tabah Tegas Kebolehan fizikal Cita-cita tinggi Agrasif Bergaya Bertanggungjawab Keterampilan kemas Pengawalan diri Kemewahan meterial Praktikal |
Super ego / keras hati Putus asa Kelemahan fizikal Pelupa yang keterlaluan Konflik dalaman Malas Mementingkan diri Menindas Tidak sensitif Bangga diri Rasa bersalah yang mendalam Kekesalan yang berterusan Kemiskinan Teori |
Tyroid NW9 ialah satu-satunya organ yang tidak mempengaruhi personaliti. Kesemua peringkat personaliti berpotensi mendapat kelemahan di bahagian Kelenjar Tyroid.
Kaki dan tangan pula tidak dianggap sebagai organ, sebaliknya ia adalah anggota. Kelemahan atau ketiadaan sesuatu anggota tidak mempengaruhi personaliti. Dalam kes tertentu, masalah seperti luka dirujuk kepada Otot NW18 atau Kulit NW14, atau sendi dirujuk kepada Tulang NW20. Berbeza dengan organ, kelemahan atau ketiadaan sesuatu organ akan mengganggu sistem keseluruhan tubuh.
Behavior Therapy
Untuk merawat organ yang lemah, ia boleh diterapikan dengan mengawal sikap. Pendekatan prinsip asas Tenang, Sabar, Ikhlas dan Redho ialah cara terbaik untuk mengawal kelemahan organ. Dengan prinsip ini, seseorang yang apabila didiagnos mengalami kelemahan sesuatu organ tetapi karektornya masih terpelihara.
Tajuk ini amat besar untuk dibincangkan di sini, insya Allah saya akan menuliskan dalam post yang lain.
Kesimpulan kepada Behavior Therapy ialah pendekatan kearah Tarbiah Islamiah adalah cara terbaik untuk merawat penyakit yang diistilahkan sebagai penyakit yang berpunca daripada “Hati” (maksud istilah hati di sini ialah rohani atau kejiwaan).
Sikap pesakit
Menyedari bahawa penyakit akan dizahirkan dalam bentuk sesuatu sikap, maka pengamal perubatan professional Colour Vibration Therapy sedia dan memahami karenah pesakit yang berbagai-bagai.
Pada peringkat awal, pengamal professional Colour Vibration Therapy telah dilatih supaya merawat dengan tenang, sabar, ikhlas dan redho supaya pesakit akan mendapat rawatan pertama hanya dengan memandang wajah perawat. Ini bukanlah ajaran ilmu batin, tetapi hanya dengan keikhlasan.
Falsafah Punca Penyakit
Jangkitan daripada ibu kepada bayi dan juga warisan genatik walaupun bukan berpunca daripada sikap yang negatif, tetapi penyakit yang dibawa tetap akan mempengaruhi personaliti dan sikap.
Bagi kanak-kanak yang belum mumaiyis iaitu kanak-kanak yang belum mengenal baik dan buruk (belum berakal), biasanya berumur bawah 7 tahun adalah mereka yang tidak dipertanggungjawabkan menjaga akhlak malah akhlak mereka terlepas daripada terlibat dengan Hukum Keseimbangan. Penyakit yang mereka alami bukan disebabkan oleh masalah personaliti mereka tetapi kesan daripada masalah ibu bapa yang menanggung mereka.
Bagi yang telah mumaiyis dan baligh, sedikit perbuatan atau lintasan niat pemikiran tetap akan ada keseimbangannya terhadap tindak balas dalaman organ tubuh.
Daripada kajian ini, maka lahirlah falsafah yang dipegang oleh Colour Vibration Therapy bahawa:-
“Penyakit berpunca
daripada runtuhnya akhlak”
Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Colour Vibration Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.
Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy CVT
No 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru,
31350 Ipoh, Perak






Categories:
Saya tertarik untuk mengulas artikel dari blog Dr. Ariffaizal bertajuk Falsafah Punca Penyakit kategori Personaliti. Beliau banyak menerangkan tentang pengaruh sistem kesimbangan badan dan organ dalam membentuk personaliti. Penulisan artikel beliau banyak menyentuh teori fizik dan prinsip keseimbangan. Disebabkan penulisan beliau sangat berhubung rapat dengan psikologi personaliti, maka saya mengambil kesempatan ini untuk mengulas artikel beliau yang pada saya agak menarik untuk dikongsikan bersama anda.
Bidang kajian personaliti ini adalah bidang menarik dalam psikologi yang pernah saya belajar di Universiti. Banyak teori-teori tentang personaliti di bincangkan oleh para ilmuan dunia sama ada menurut perspektif Islam, Timur dan Barat. Rata-rata ahli psikologi bila sebut personaliti mereka akan melihat dari dua aspek iaitu diri individu dan perbezaan antara individu dengan individu lain.
Kajian tentang kenapa setiap manusia di muka bumi ini mempunyai personaliti yang berbeza banyak dilakukan. Sigmund Freud pakar psilokogis yang pertama mengkaji tentang personaliti banyak menekankan pengaruh id, ego dan superego dalam membentuk seseorang individu. Malah mengikut beliau pengaruh minda di bawah sedar memberi impak yang besar dalam menilai personaliti seseorang. Carl Jung pula mencipta teori personaliti berkenaan dengan tabiat manusia yang banyak dipengaruhi oleh peristiwa yang berlaku semasa zaman kanak-kanak dan ramalan masa depan. Kedua-dua tokoh ini tidak menafikan ujudkan pengaruh keturunan dan pengalaman warisan dalam personaliti individu.
Tokoh Ilmuan Islam kita Imam Al Ghazali pula memperjelaskan tentang pengaruh akal, jiwa dan lapisan tubuh dalam membentuk personaliti insan. Imam Al Ghazali menghuraikan dengan begitu terperinci peranan setiap organ dalam badan yang dapat mempengaruhi personaliti manusia, malah beliau juga menyarankan pentingnya pemakanan rohaniah dan jasmaniah dalam menjaga hati, jantung, akal, perut dan anggota yang lain. Penyakit-penyakit seperti hasad dengki, marah, dendam datangnya dari hati, tamak, malas, pendek akal datangnya dari perut dan banyak lagi penyakit-penyakit yang kebanyakannya dihuraikan oleh iman Al Ghazali dalam Bimbingan Mukmin.
Dr. Ariffaizal telah menghuraikan kajian ilmiah ini dengan lebih terperinci dalam penulisan beliau dan kajian beliau mudah difahami dengan menyertakan jadual dan rajah yang memudahkan pembaca. Contohnya beliau menerangkan tentang organ-organ di kepala. Menurut belaiu mereka yang mempunyai sistem tubuh yang aktif di bahagian kepala adalah golongan yang perpesonaliti Spiritual. Personaliti Spiritual banyak berkaitan dengan ketenangan, dan tenang adalah penawarnya. Keterangan beliau dapat dilihat di Jadual di bawah.
Sikap Positif Sikap Negatif
Deria otak yang peka
Bijak / Cerdik
Perancang
Boleh membaca situasi
Yakin diri
Jujur
Martabat
Kepimpinan
Petunjuk
Ilham
Disiplin
Penumpuan
Keajaiban diri
Rasa bertuan
Penguasaan
Kuasa dalaman
Imnuniti Ego / keras hati
Putus asa
Murung
Kebimbangan
Hiperaktif
Mudah terpengaruh
Ketakutan
Riak
Kebendaan
Suka memerintah
Tidak mahu mengalah
Tidka tentu hala
Tanpa matlamat
Nasib malang
Serangan penyakit
Hilang arah / punca
Dr. Ariffaizal menyatakan bahawa tubuh badan kita selain menjalankan fungsi biologi seperti merembeskan hormon dan memproses dan sebagainya, organ juga mempengaruhi karektor atau pembawakan yang dapat ditunjukkan melalui sesuatu tingkah laku. Karektor ini boleh dikawal melalui pemikiran yang tenang, sabar, ikhlas dan redho. Oleh itu, sikap atau karektor juga memberi kesan terhadap keadaan sesuatu organ. Dengan kata lain, organ seimbang dengan karektor. Kenyataan Dr. Ariffaizal dalam artikel beliau telah membuktikan pengaruhi besar lapisan tubuh dalam membentuk personaliti menurut ilmuan islam kita Imam Al Ghazali. Walaupun Iman Al Ghazali tidak memperjelaskan secara terperinci mengikut teori fizik dan kesimbangan tentang sistem orga
Menurut penyelidik Amerika Syarikat berputus asa dan berasa bimbang tidak dapat melindungi diri daripada diserang barah akan meningkatkan risiko seseorang itu menghidap penyakit berkenaan. Di sini kita lihat fikiran negatif ini akan mempengaruhi tubuh kita.
Tinjauan ke atas lebih 6,000 rakyat Amerika mendapati 47 peratus berpendapat ‘hampir segala-galanya boleh menyebabkan barah’ dan lebih 1/4 berasa mereka tidak dapat berbuat apa-apa mengenainya.
Lebih daripada itu, rakyat Amerika keliru dengan 71.5 peratus bersetuju bahawa ‘terdapat banyak cadangan mengenai menghalang barah, sukar mengenal pasti yang mana perlu diikuti,’. Barah ialah pembunuh kedua penduduk Amerika dan kebanyakan negara maju selepas serangan jantung. Sebahagian lelaki dan 1/3 wanita akan menghidap beberapa jenis barah sepanjang hayatnya. “Perkataan barah itu sendiri menimbulkan ketakutan di kalangan penduduk Amerika. Kemudian anda ‘gabungkan ia dengan barah ialah sesuatu yang sukar diperkatakan, kerana ia merujuk kepada 50 atau lebih jenis berbeza.
“Sebagai contoh, sesuatu yang kita ketahui mengurangkan risiko barah payu dara mungkin tidak menurunkan risiko barah paru-paru,” kata Jeff Niederdeppe dari Universiti Wisconsin, yang membantu mengetuai kajian.
Dia berkata, persoalan utama kini ialah sama ada kepercayaan itu dapat diubah.
Alangkah beruntung kita jika mengetahui bahawa penyembuhan itu sdh ada dlm diri kita, spt falsafah CVT “Kita tidak ditakdirkan utk jatuh sakit; Penyakit adalah satu bentuk tenaga dan tenaga boleh ditukarbentuk.” Sekiranya sekarang ini kita tahu 80% punca penyakit adalah disebabkan makanan, dan amat sukar utk mengelak dr makan luar disebabkan kita pg bekerja, jadi mengapa tdk mencari formula yg ada utk membantu diri kita menstabilkan gelombang yg ada,begitu juga utk menstabilkan emosi krn jika emosi kita berterusan negatif, ia akan dizahirkan menjadi penyakit. Ketika itu, kita sibuk mencari penyembuhan utk penyakit yg kita alami,sdgkan pd waktu sihat,emosi tdk dikawal.