Daripada falsafah inilah punca penyakit dapat dikesan, dikaji dengan mendalam dan menghasilkan pelbagai penemuan saintifik yang amat hebat dalam usaha untuk merawat penyakit.
Kajian terhadap punca penyakit merangkumi pelbagai sudut dan peringkat yang digembeling daripada pelbagai teori dan akhirnya penyelesaian mudah ditemui. Ia terus diaplikasikan dan mendatangkan hasil yang amat memberangksangkan.
Apa yang dimaksudkan dengan Penyakit berpunca daripada runtuhnya akhlak ialah organ dan karektor adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan. Selagi manusia itu bernyawa, maka selagi itu manusia mempunyai emosi, akal dan roh. Semua ini amat berkait rapat dengan aktiviti sel dan organ. Segala aktiviti sel dan organ amat dipengaruhi dan seimbangan dengan karektor. Jika baik sifat karektor, maka organ akan menjalankan fungsinya dengan lancar. Tetapi apabila nilai akhlak runtuh, maka sel akan mula pincang, kehilangan tenaga dan akhirnya musnah. Di sinilah bermulanya penyakit.
Apabila sel kehilangan tenaga, selain fungsinya telah terganggu, daya ketahanannya terhadap serangan bakteria atau virus telah lemah. Keupayaan sel untuk merembeskan sesuatu hormon dan enzim juga telah gagal. Atas kesedaran ini, usaha untuk menggantikan hormon atau enzim yang gagal dihasilkan dengan bahan kimia tiruan atau steroid atau antibiotik tidak akan mendatangkan hasil. Malah kaedah ini bukanlah usaha penyembuhan, sebaliknya ia dinamakan sebagai gantian. Sebarang unsur asing yang dimasukkan ke dalam tubuh tetap akan dinyahkan dan ia tidak akan ada sebarang integerasi dengan sel yang mempunyai DNA dan RNA yang sebenarnya hanya akan memproses bahan yang guna mempunyai DNA dan RNA daripada tubuh yang sama.
Apabila sel dan organ kehilangan tenaga, ikatan-ikatan molekulnya juga akan mula goyah dan boleh mengubah struktur dan keteguhan binaan tisu organ. Selain kaedah kimia, kaedah untuk membuat pembetulan atau pengubahsuaian fizikal melalui cara pembedahan juga bukan langkah penyembuhan. Ia adalah pembetulan yang bersifat sementara. Sebenarnya tubuh boleh membuat pembetulan strukturnya sendiri kerana Hukum Fizik tetap wujud dalam tubuh di masa segala atom dan molekul akan mencari keseimbangan dan ikatannya sendiri untuk memulihkan struktur asalnya.
Di sini ditegaskan bahawa sebarang kaedah yang memerlukan pembedahan yang menelan kos yang tinggi sebenarnya adalah tidak perlu sama sekali.
Tulang belakang boleh dirawat dengan mempertenagakan sel dan mencegah kehilangan tenaganya. Tulang belakang yang dirawat dengan kaedah Colour Vibration Therapy akan bertenaga semula untuk membina ikatan-ikatan molekulnya. Ia akan kembali teguh dan terbentuk seperti normal.
Bahagian tulang belakang yang bertenaga mampu mengawal aktiviti bakteria yang membiak atau tidak terkawal populasinya disebabkan kematian sel atau ketidakaktifan sel yang telah secara tidak sengaja membina habitat yang menyumbang kepada perkembangan bakteria.
Penemuan dan penghasilan formula yang berkesan
Bersarkan kajian bahawa sakit belakang berpunca daripada “organ hadapan” iaitu liver, perut, limpa, pankreas, hempedu, buah pinggang, pundi kencing dan beberapa organ lain, maka rawatannya ialah dengan mengembalikan semula tenaga organ-organ hadapan tersebut dengan cara mempertenagakannya semula. Dengan kaedah mempertenagakan semula sel, sel akan membina dan membaiki tisu organ hingga organ dapat berfungsi seperti biasa. Kaedah ini amat selamat dan paling semula jadi.
Selain merawat organ hadapan, tulang belakang itu sendiri sebenarnya terbina daripada sel yang juga boleh menerima vibration dan boleh dipertenagakan. Rawatan Colour Vibration Therapy yang menyeluruh menjadikan sakit belakang atau tulang belakang dapat dirawat dengan intensif.
Kaedah Diagnosos yang tepat
Colour Vibration Therapy mempraktikan kaedah Applied Kinesiology sebagai salah satu kaedah dianosis yang paling pantas dan tepat hasilnya.
Ia amat meyakinkan kerana jawapan yang tidak tepat tidak dapat ditunjukkan. Oleh itu hanya jawapan yang tepat sahaja yang akan diperolehi.
Selamat dan semula jadi kerana tidak perlu bergantung kepada sebarang peralatan dan tidak membabitkan sebarang perbelanjaan. Keseluruhan proses hanya melibatkan tindak balas biofedback daripada tubuh itu sendiri tanpa meletihkan atau menjejaskan tenaga tubuh.
Dengan kaedah pemeriksaan tahap penyakit yang memberikan keputusan yang tepat, keadaan sakit belakang atau sakit tulang belakang dapat diketahui dengan terpeinci.Berikut ialah langkah pemeriksaan yang dijalankan hingga menemui terus punca sakit belakang atau sakit tulang belakang:-
Ruas tulang belakang yang terlibat
Organ yang khusus yang terlibat dengan ruas

Kualiti perhidmatan yang tinggi dan professional
Keradhoan pesakit (akan meningkatkan tahap keyakinan untuk sembuh, memberikan semangat yang akan merangsang rembesan Melatonin iaitu faktor penyembuhan)
Keikhlasan perawat atau pengamal (akan meningkatkan rasa hormat dan kasih terhadap pesakit, oleh itu ketepatan hasil diagnos dan kaedah rawatan dapat ditentukan)
Kos rawatan yang mampu dibiyaai oleh semua lapisan masyarakat
Kesimpulan
Sakit belakang atau sakit tulang belakang boleh dirawat dengan mudah jika puncanya dirawat
Terdapat kaedah yang berkesan untuk belawat punca sakit belakang atau sakit tulang belakang
Kaedah diagnosis yang memberikan hasil yang tepat akan memudahkan proses rawatan
Sakit belakang yang telah pulih kurang risiko untuk berulang kembali
Kos rawatan yang menjimatkan dan pembedahan dapat dielakkan
Tel / SMS: 012-4008972
Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy CVT
No 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru,
31350 Ipoh, Perak




Categories:
Komen Terkini