Ramadan

Kehebatan bulan Ramadan berbanding bulan yang lain ialah tekanan pada bulan ini amat tinggi. Pada bulan ini frekuensi tenaga bunga untuk dibeamkan kepada formula-formula Colour Vibration Therapy dirakam semula. Pada bulan ini penyakit yang telah lama terpendam dan memakan diri secara senyap, boleh dibongkarkan dengan drastiknya. Pada bulan ini juga penyakit dasar iaitu penyakit yang berkaitan dengan darah, saraf dan tulang yang sukar dirawat, menjadi mudah resonan dan serasi dengan kaedah perawatan Colour Vibration Therapy.

Keracunan Makanan

Masalah cirit birit pada bulan Ramadan banyak berlaku. Masalah ini bukan disebabkan pembongkaran, sebaliknya disebabkan oleh keracunan makanan atau makanan basi yang disimpan semalaman untuk bersahor.
Untuk mengatasi masalah ini, bebarapa petua diperturunkan, antaranya;
  • Masak makanan baru, tidak perlu simpan makanan berbuka untuk dimakan bersahor.
  • Jika ingin menyimpan makan, elakkan daripada disentuh dengan tangan atau sudu yang tersentuh dengan tangan.
  • Elakkan makanan yang disimpan daripada terrenjis air tangan.
Pembongkaran

Berikut ialah antara kesan pembongkaran yang mungkin berlaku merujuk keadaan kelemahan semasa, serta kesan yang menyihatkan sekiranya puasa dapat dijalankan dengan sempurna pada bulan Ramadan;
KEADAAN
SEMASA
ORGAN
TERLIBAT
KESAN TEKANAN
(PEMBONGKARAN)
SELEPAS RAMADAN
Lesu, tiada mood NW1 Kelenjar Pineal Sakit pada keseluruhan badan Kuat semangat, berkeyakinan
Pelupa, kelam kabut NW2 Kelenjar Pitutary Lenguh, kejang Kuat dayaingatan
Troumaemosi, menipu, mencuri NW3 Thalamus Kebas Penghayatan tinggi, kasih sayang, memahami
Imsonia, hilang tumpuan, gangguan tidur NW4 Hipothalamus Sembelit Lena pada tahap delta
Alahan, kebosanan NW5 Kawalan Biotik Dingin Seksual Ceria, alahan kebengkakkan pulih
Resdung, sinus NW6
Sinus
Selsema, dingin seksual Damai di waktu pagi
Demam, suhu tidak seimbang, telinga, mulut NW7 Kawalan Suhu Demam, dingin seksual, kesejukkan Tenang di waktu petang
Keliru, tekanan perasaan NW8 Medulla Ablongata Keliru, murung Tenteram di waktu tengah hari
Kahak, gatal tekak, kehausan NW9
Tyroid
Payau, masin, pahid, masam, batuk Selera makan mulai ada dan terkawal
Sesak nafas, batuk, perokok NW10 Paru-Paru Batuk, air liur banyak Puasmenarik nafas
Mengah, risau, panik NW11 Jantung Denyutan nadi capat Hilang dukacita, badan rasa ringan
Keliru, was-was, hepatetis, kolestrol NW12 Hati, Perut, Limpa Hilang selara makan tatapi bernafsu tinggi terhadap makanan tinggi protein Kulit cerah, hilang rabun
Stress, kerap kencing NW13 Buah Pinggang Keletihan Kekuatan mental
Masalah kulit NW14 Hempedu Cepat lapar Kekuatan emosi
Pedih perut, gas NW15 Pankreas Cepat dahaga, cirit birit Kekuatan emosi
Hyposeks, hiper seks, dingin seks, hernia NW16
Ovari, Testis
Tidak dapat kawal klimaks, tidak subur, masalah haid Hernia hilang, penyabar, kurang marah
Lemah tenaga batin, prostat NW17
Alat Kelamin, Organ Kencing
Hilang keinginan seksual, kurang ereksi Deria seksual sensitif
Kebas, darah tinggi, lukimia NW18
Darah, Otot
Rasa mengantuk, berat kepala, pening Berkuderat, bibir dan gusi pink, kulit muka cerah, kebengkakan pulih, pendarahan pulih
Cirit-bitir, buasir, sembelit NW19
Usus, Apandiks
Tidak rasa ingin buang air besar, berak berdarah Tidur lena ke tahap delta
Kejang, kesakitan, hilang deria rasa, sentuhan NW20 Tulang, Saraf Ruam, sakit lutut atau sendi, bangun pagi lesu, percakapan dan pergerakantidak lancar Deria sentuhan pulih
Akibat daripada kesan pembongkaran ini, kemungkinan untuk mendapat masalah cirit birit mudah terjadi disebabkan tubuh badan yang lemah, tinggi kolestrol atau biasa mengamalkan makanan yang berlemak sewaktu sebelum bulan Ramadan.
Penyakit Dasar
Antara penyakit dasar yang sukar dirawat pada bulan-bulan yang lain sebaliknya amat resonan dirawat pada bulan Ramadan ialah penyakit berkaitan dengan darah dan tulang. Antaranya ialah seperti;
G6PD (keguguran rambut berkurang dan antibody menjadi kuat pada bulan Ramadan)
Telessemia (tubuh masih bertenaga pada bulan Ramadan walaupun tahap hemoglobin sangat rendah)
Osteoporosis (keresahan menjadi stabil dan tenteram pada bulan Ramadan, kadar penyerapan kalsuim meningkat pada bulan Ramadan, penyingkiran urik asid menjadi cekap pada bulan Ramadan)
Selain penyakit dasar yang dinyatakan tadi, terdapat juga beberapa penyakit dasar atau kronik yang lain juga mudah dirawat. Kebiasaannya tempoh rawatan mengambil masa antara 2 ke 6 bulan, tetapi pada bulan Ramadan tempoh penyembuhan atau kelegaan mengambil masa beberapa minggu atau lebih singkat daripada tempoh rawatan pada bulan-bulan yang lain.
Tekanan tinggi

Antara sebab sesuatu penyakit dasar mudah sembuh pada bulan Ramadan ialah kerana tekanan pada bulan Ramadan amat tinggi. Antara perkara yang perlu diambil kira pada bulan yang tinggi tekanannya ialah;
  • Makanan tidak dapat dihadam pada waktu siang.

Memandangkan makan tidak dapat dihadam pada waktu siang akibat tekanan tinggi pada bulan Ramadan, ia akan mengakibatkan kolestrol tepu mudah terbentuk dan mengganggu jantung dalam tempoh jangka panjang.

  • Tidur awal akan menyebabkan sakit kepala.
Tidur amat perlu pada waktu bertekanan rendah. Pada bulan Ramadan, tekanan rendah pada waktu malam tidak berlaku. Dengan melakukan sesuatu aktiviti, darah dapat naik ke bahagian otak. Sekiranya seseorang membanyakkan tidur, darah tidak dapat naik ke bahagaian otak dengan secukupnya. Akibatnya beberapa bahagian di korteks tidak menerima darah dengan baik dan kepala terasa sakit.
  • Tidur pada waktu qailulah akan memaksimumkan kadar penghadaman.
Ketika perut kosong, sistem penghadaman menjadi cekap dan kadar penyerapan makanan menjadi maksumum. Hampir semua mineral penting seperti kalsium dapat diserap dengan baik. Kadar penyerapan ini akan bertambah maksimum sekiranya kita dapat tidur sebenatar pada waktu qailulah. Waktu qailulah ialah kira-kira sejam sebelum waktu Zohor.
  • Kurang bersujud pada waktu malam akan mengurangkan keupayaan otak.
Antara aktiviti yang terbaik supaya darah dapat naik ke otak ketika atmosfera bertekanan tinggi ialah dengan bersujud. Kurang bersujud pada waktu malam akan mengakibatkan keupayaan potensi otak seperti daya ingatan NW2, kreativiti NW3, tumpuan NW4, keceriaan NW5, kemahuan NW6, citarasa NW7, keseimbangan NW8.

Malam Lailatul Qadar

Sungguh banyak rahsia santifik terhadap kajian malam Lailatul Qadar. Ia hanya boleh diperolehi oleh orang yang mencarinya. Pencarian adalah melibatkan ketinggian tahap Spiritual dan dekatnya diri kepada Allah. Pencarian fizikal dan mengikut akal logik tidak mungkin dapat menemuinya.

Pada malam ini, tekanan berada pada tahap yang paling tinggi. Terdapat beberapa tanda dapat dirasai pada keesokan harinya salah satu ialah rasa seperti kesejukan pada waktu malamnya yang hanya dirasai pada keesokan paginya.

Malam ini ialah malam segala urusan manusia selama setahun akan diselaraskan. Sekiranya baik amalan seseorang pada malam tersebut, maka baiklah ketentuan dirinya dalam tempoh setahun yang akan datang. Penyusunan ketentuan ini tidak mungkin berlaku pada waktu yang tidak bertekanan tinggi.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Colour Vibration Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.
Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy CVT

No 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru,
31350 Ipoh, Perak

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
hubungi_saya

Tel / SMS: 012-4008972

1 comment

  1. Baby_syahiran says:

    Tidur pada waktu qailulah akan memaksimumkan kadar penghadaman.
    Ketika perut kosong, sistem penghadaman menjadi cekap dan kadar penyerapan makanan menjadi maksumum. Hampir semua mineral penting seperti kalsium dapat diserap dengan baik. Kadar penyerapan ini akan bertambah maksimum sekiranya kita dapat tidur sebenatar pada waktu qailulah. Waktu qailulah ialah kira-kira sejam sebelum waktu Zohor.
    Masa sy bersekolah dahulu, org tua melarang tidur tpt pkl 12.00 tgh iaitu semasa matahari berada di atas kepala,ada apa2 rasional tak sbb klu ikutkn waktu tu adalah yg digalakkan krn waktu qailullah.

Leave a Reply