Rahsia Kelebihan Ais

Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia. Banyak sungguh fakta kelebihan ais. Secara saintifik, dalam blog ini telah diterangkan dengan lebih mendalam dalam katagori Teori Tekanan. Secara ringkasnya berikut ialah fakta kelebihan ais;
  • Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
  • Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
  • Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
  • Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
  • Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
  • Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
  • Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.
  • Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
  • Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.
  • Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
  • Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
  • Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
  • Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
  • Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
  • Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
  • Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
  • Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
  • Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
  • Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.
  • Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.
  • Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
  • Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
  • Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
  • Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
  • Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
  • Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
  • Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah.
  • Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
  • Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat rawatan alternatif Colour Vibration Therapy untuk merawat sebarang jenis penyakit termasuk yang kronik, kritikal atau yang dianggap tiada harapan untuk sembuh yang merangkumi peringkat spiritual, mental, emosi dan fizikal, sila hubungi saya. Saya sedia ikhtiar dengan sedaya upaya membantu walau di mana anda berada, Insya Allah.
Dr. Ariffaizal Bin Mohd Nor Ariffin
Pusat Rawatan Colour Vibration Therapy CVT

No 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru,
31350 Ipoh, Perak
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Sila hubungi saya 012-4008972

Tel / SMS: 012-4008972

5 comments

  1. Baby_syahiran says:

    Sedikit info yg menyokong kelebihan air sejuk dari thenewstoday.info :
    1. Cara yg paling selamat utk mengawal berat badan ialah dgn meminum segelas air jus yg sejuk sblm makan,ini akan menyebabkan perut merasa separuh penuh dan menghantarkan mesej ke otak. Ini akan menyebabkan selera makan terkawal.
    2. Untuk sarapan,segelas air jus yg sejuk atau buah-buahan adalah mencukupi.
    3. Utk penjagaan gigi,tunggu sehingga 15 ke 30 minit slps makan utk menstabilkan suhu dlm mulut sblm minum air sejuk.
    4. Utk menjadi awet muda dan mendapat kulit yg cantik, elak dr menggunakan sabun yg kuat baunya. Gunakan air suam di awal mandian untuk membuka liang2 pora di kulit dan gosok kulit dgn lembut dan di akhir mandian, gunakan air sejuk utk menutup liang pora tersebut. Penulis berasal dr negara Barat,jika di Malaysia,ikuti tips dari Dr. Ariff, dn maklumat mengenai Hidroterapi Ais di blog beliau.

  2. Baby_syahiran says:

    Lagi kelebihan air sejuk / ais :
    Ais dan penjagaan rambut
    1. Gunakan syampu jenis yg lembut(mild)
    2. Bilas dgn air sejuk,jika tak tahan,bilas dgn air yg agak suam dan bilasan terakhir dgn air sejuk krn air suam atau air panas akan hanya mengeluarkan lebih minyak di kulit kepala kita. Air panas digabungkan dengan syampu yang banyak kandungan kimia (strong shampoo) akan menyebabkan kelenjar minyak menjadi lebih produktif. Konsep yg sama dgn muka berminyak.
    3. Jgn gunakan conditioner atau conditioning shampoo kerana ia akan menyebabkan kulit kepala lebih berminyak.

    Semoga dpt dimanfaatkan.

  3. Neyssa says:

    Salam Doc..saya kini mengamalkan mengunyah ais setiap pagi dan malam,malah boleh dikatakan setiap masa..tidak terkecuali ,selepas makan pun saya mengamalkan minum minuman yg berais dan sebelum tidur juga begitu..And,one more thing..setiap malam sblm tidur dan setiap pagi selepas bangun,saya menyapu wajah saya dengan ais untuk tujuan kecantikan (yang saya baca dalam majalah kecantikan)..,What do u think? Thanks for keep answering my questions,really appreciate that…hehe

  4. DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN says:

    Neyssa; Segala usaha yang berniat baik atau bermatlamatkan untuk kesihatan dan kesejahteraan adalah usaha dan ikhtiar. Ia berkesan bergantung kepada tahap RESONAN. Resonan ialah keberhasilan usaha yang menepati matlamat. Bertawakkal dengan sabar, syukur, ikhlas dan redho ialah rahsia resonan. Alhamdullah, setelah berikhtiar dengan terapi ais yang kerap bersama dengan penggunaan formula CVT, hendaklah kita bertawakkal kepada Allah.

  5. mirza says:

    Kajian seorang Dr di Toronto mendapati bahawa Ais dapat mengurangkan wajah yg berpeluh. Ini Kerana ais akan menutup liang-liang roma diwajah juga dapat mengecilkan lagi pori-pori. Dr memberi saranan iaitu selepas membersihkan wajah , lumurkan ketulan ais selama beberapa minit pada wajah.
    Kajian Dr yg berasal dari Toronto ini telah lama diketahui dan dimonopoli oleh para Dr di CVT. Malah Dr Ariffaizal juga mengaplikasikan konsep hidroterapi ais ini untuk kecantikan seperti yg pernah ditulis oleh beliau dalam blog bahasa inggerisnya yg bertajuk ” Reshape Your Face Naturally” . Penggunaan ais mmg terbukti byk memberi kesan kebaikan kepada manusia. Oleh itu mitos ais memberi keburukan haruslah dibuang jauh-jauh.

Leave a Reply