Formula Suara

Suara merupakan tenaga bunyi dengan getaran yang mempunyai ukuran gelombang tertentu bergetar hasil daripada tekanan udara dari dalam binaan rongga tubuh malah melibatkan seluruh tubuh praktikal.
Aliran udara yang wujud di dalam paru-paru secara pernafasan akan dilaras-halus oleh korda vokal iaitu kumpulan unit-unit neuromuskular bagi kawalan nada suara melalui pengubahsuaian posisi dan tekanan tertentu. Mukusa yang terdapat di dalam korda vokal menghasilkan getaran dalam penghasilan suara. Jestru sebarang perubahan keadaan, keradangan atau kecederaan pada korda vokal boleh menjejaskan penghasilan kualiti suara dan seluruh sistem tubuh.

Formula ini dihasilkan untuk meningkatkan tekanan udara di bahagian subglotis (subglottic) yang merangsang korda vokal supaya terbuka semula untuk pernafasan atau pembebasan udara yang lebih selesa dan mudah dengan kebolehan kontraksi otot toraks dan dinding abdomen.
Bunyi suara mampu menguasai ruang tanpa batasan. Penyampaian fakta ilmiah yang terjalin dan terbentuk melalui kekuatan dan keseimbangan suara berupaya menterjemah sesuatu sebagai kejadian. Ilmu yang disuarakan dapat membentuk. Sila klik di sini untuk memahami Asas Teori Ruang Dan Masa.

Pengawalan salur udara sewaktu respirasi akan membenarkan proses pola pernafasan yang seimbang sewaktu pengulangan mengeluarkan suara yang tinggi.
Mekanisma getaran memerangkap tekanan udara di bahagian subglotis sebelum ditingkatkan semula dan corak getaran vokal akan berulang untuk mengeluarkan bunyi lantang dan sangat bergema.
Perubahan getaran tenaga bunyi pada bahagian faring juga menentukan bunyi pertuturan.
Mass limfa dalam gegelang Waldeyer sangat memainkan peranan dalam sistem imun tubuh khususnya pada kotak suara dan seluruh bahagian mulut dan tekak.

Kaedah Pengambilan

Gunakan setitik bersama air sejuk dan ais lalu disapukan ke seluruh muka setiap malam dan pagi. Amalkan secara konsisten setiap hari untuk sekurang-kurangnya 7 hari pertama. Boleh juga dibuat mandian atau minuman (setitik sekali penggunaan).
Untuk rawatan penyakit berkaitan, sila ambil setiap 15 minit atau setengah jam sehingga perubahan dirasakan. Teruskan untuk 3 hari berturut-turut.
Suara merupakan aset penting. Berbagai aspek sosial kemasyarakatan yang melibatkan suara seperti penyampaian ilmu, syarahan, pidato, deklamasi puisi dan berbagai lagi memerlukan suara yang lantang dan jelas serta konsisten.
Rakaman gelombang berfrekuensi rendah yang konsisten dalam formula dengan konsep aromatherapy yang pertama seumpamanya ini merupakan tenaga yang suci lagi murni untuk keperluan berbagai peringkat usia.

Resonator dan frekuensi suara

Frekuensi asas bunyi pada individu ditentukan oleh saiz alat resonannya (resonator) dan ini adalah khas kepada individu tertentu. Tetapi formula (SW resonan bunyi) dan asas suara dapat mengubah bakat dan kemampuan ini kepada sesiapa yang mengambilnya.
Alat resonans yang merangkumi paru-paru, faring, kaviti mulut, kaviti hidung dan sinus serta pengubahsuaian oleh lidah, gigi, bibir dan lelangit bagi mewujudkan pertuturan dalam berbagai nada semasa bersuara.

Suara dan sistem tubuh

Di dalam tubuh, sistem pengeluaran suara yang melibatkan bahagian thyroid amat berkait rapat dan menjurus kepada sistem komunikasi luaran dan dalaman. Komunikasi luaran melibatkan hubungan dengan alam sekeliling termasuk manusia, manakala dalaman melibatkan hubungan atau interaksi yang lebih kompleks di antara organ malah setiap sel tubuh.

Kesimpulan Utama Formula Vocal Modulator

Merangsang keupayaan sel-sel otak untuk sistem komunikasi tubuh yang cekap

Komunikasi dengan alam semula jadi secara harmoni melalui tahap di bawah sedar

Pengambilan formula ini mambantu mengatasi masalah berikut

Masalah atau gangguan suara serak pada waktu pagi dapat diatasi

Kehilangan suara yang berlaku kerana korda vokal lumpuh secara tiba-tiba dan tidak bertemu juga tidak akan berlaku.

Suara dikatakan lebih teruk pada waktu pagi tetapi sering kali lebih baik pada waktu petang atau pun sebaliknya, bergantung kepada individu.

Batuk, tersedak, tercekek yang berlaku secara tidak sengaja semasa mengunyah dan menelan makanan akan dapat dielakkan.

“Kerana mulut badan binasa”. Kini “Penyalahguanaan Suara” tidak lagi menjadi persoalan, kerana percakapan yang sia-sia akan dihindari.

Membebaskan risiko ketumbuhan pada bahagian pangkal leher, kelenjar thyroid dan mobiliti laring dan tongsil

Selain itu, Formula Vocal Modulator adalah formula pilihan kepada formula NW 9. Sila klik di sini untuk membaca peranan formula NW 9

Kandungan utama Vocal Modulator ialah aromatherapy ylang-ylang yang merupakan satu-satunya aromatherapy yang paling mahal dalam pasaran dan mempunyi frekuensi biru kekuningan yang menyamai dengan frekuensi thyroid, trachea, saluran bronchus, esofagos dan korda vocal.

Alternatif kepada ubat batuk

Kini ubat batuk yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE iaitu sejenis antibiotik untuk menghapuskan kuman di bahagian tyroid sedang ditarik balik dari pasaran kerana punca kepada pendarahan otak.
Sepatutnya masalah batuk boleh diatasi sendiri oleh bahagian thyroid yang bertenaga mengawal polulasi biotik dengan cara mengawal ekosistemnya di bahagian thyroid secara semula jadi.
Pengambilan rawatan Vocal Modulator akan mempertenagakan kawasan thyroid, mengawal biotik di kawasan tersebut selain membantu thyroid merembeskan hormon thyroxine dengan baik.

Rawatan pantas kepada masalah gagap dan gementar / darah gemuruh

Dengan adanya formula Vocal Modulator, masalah gagap yang berpunca daripada kelemahan kelenjar Pituitary dan masalah gementar atau darah gemuruh akibat gangguan di thyroid akan diatasi serentak. Thyroid dikawal oleh pusat kawalan hormon yang terletak di kelanjat Pituitary. Dengan mempertenagakan kawasan thyroid, kelenjar Pituitary juga akan turut terangsang dan kembali bertenaga.
Dengan penghasilan formula Vocal Modulator, masalah gagap dan gementar atau berdebar setiap kali tampil di khalayak ramai dapat dirawat dengan mudah dan hanya memerlukan satu formula sahaja. Tidak seperti sebelum ini rawatan perlu dilakukan untuk beberapa peringkat sehungga gagap dan gementar pulih sepenuhnya.

Kenapa nyanyian dan lagho serta menjerit memudaratkan?
Percakapan, lisan dan suara memerlukan tenaga yang amat tinggi. Tidak ada sebarang penawar atau terapi yang boleh merawat atau mengembalikan tenaga yang hilang akibat perbuatan suka menyanyi (ghina’). Mencagah lebih baik daripada merawat. Janganlah berganggapan dengan adanya formula ini, kegiatan artis dan nyanyian boleh diteruskan.
Mereka yang sepanjang hidupnya gemar menyanyi atau berkata kosong (lagho) akan menyebabkan banyak gema semulajadi tubuhnya terbebas hilang. Akibatnya mereka mudah mendapat kecederaan tulang (patah atau terseliuh) jika terlibat dengan kemalangan atau osteoporosis (kereputan tulang), gangguan saraf dan sebagainya. Penyakit ini merupakan penyakit dasar yang amat sukar untuk resonan dengan rawatan bergelombang Colour Vibration Therapy.
Kehilangan gema (tenaga elektromagnetik tubuh) akibat menanyi jauh lebih mudarat berbanding dengan mana-mana jenis kehilangan gema. Selain kehilangan gema, tubuh akan terangsang atau terisi dengan gema baru yang tidak harmoni dengan alam. Misalnya seseorang yang mendengar nyanyian kemudian cuba untuk menyanyikannya semula akan kekal bermain lagu tersebut di dalam jiwanya walaupun lagu yang didengari itu telah lama berhenti. Fenomena ini akan menyebabkan kematian sel-sel dorman tubuh.
Tentera atau pemimpin tentera atau komandan sesuatu pasukan berunifom atau yang seumpamanya yang kerap menjerit ketika memberikan arahan kawad juga mendapat kesan yang sama seperti penyanyi atau artis serta mereka yang berkata sia-sia (lagho).

2 comments

  1. Baby_syahiran says:

    Dr, bagaimana dengan alunan zikir spt Asma Ulhusna, Zikir Munajat dll. Mengikut apa yang saya faham dari penulisan Dr, nyanyian dalam bentuk hiburan dan menggunakan suara nyaring yang akan mendatangkan kemudaratan, mungkin alunan zikit bukan dalam kategori ini. Betul tak pandangan saya atau Dr ada pendapat lain.

  2. DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN says:

    Apabila kita bersuara, maka tenaga yang amat besar telah dilepaskan. Hukum keabadian tenaga menyatakan “tenaga tidak boleh diubah, tetapi boleh bertukar dari satu bentuk kepada bentuk yang lain”. Oleh itu, tenaga daripada suara perlu dimanfaatkan dan dialirkan dengan betul supaya ia seimbang dengan alam. Antara percakapan yang dibolehkan ialah bercakap perkara berfaedah, menyampaikan ilmu (ceramah, ucapan, taklimat, mengajar). Apabila ilmu disampaikan melalui suara, maka tenaga yang dibebaskan akan diseimbangkan untuk manfaat di pengajar itu semula dan ia tidak akan menjejaskan orang yang mengeluarkan suara itu.

    Tetapi, berkata tanpa tujuan, menyanyi dengan alasan hiburan adalah pengaliran tenaga yang tidak harmoni dan seimbang. Ia adalah dalam katagori lagho.

    Lagho (berkata sia-sia) lawannya zikir/munajat/tasbih/tahmid atau berkata dengan perkara yang bermanfaat dan berfaedah.

    Jika menyanyi bagi tujuan hiburan, hiburan tanpa tujuan adalah perkara yang sia-sia. Antara hiburan yang ada tujuan ialah seperti meraikan pengantin. Antara nyanyian yang ada tujuan ialah nyanyian zikir, atau ikrar patriotik seperti menyanyikan lagu kebangsaan (ia bukan hiburan yang melalaikan).

    Oleh itu, dengan dalam keadaan lalai menyanyi di bilik air, ketika memandu, ketika bersantai, adalah hiburan yang melalaikan. Adakah kita boleh sebut nama Allah (dengan rasa takut dan fokus) atau berzikir (dengan khusyuk) pada masa sedang menyanyi lagu hiburan atau mendengar lagu hiburan?