Usus besar amat berkait rapat dengan karektor seperti berikut sekiranya ia lemah;
1. Sifat kurang yakin
2. Terburu-buru
3. Suka menangguh kerja
4. Was-was
Aktiviti dan tenaga usus besar (NW19) dikawal oleh otak Hipothalamus (NW4). Selain mengawal usus besar, hipothalamus juga mengawal waktu tidur. Waktu tidur yang sihat dan menyihatkan otak ialah antara waktu selepas Isyak (kira-kira 8.30 malam waktu Malaysia) dan berlanjutan sehingga dua per tiga malam (kira-kira 2 pagi waktu Malaysia).
Usus yang lemah adalah sangat panas dan sensitif dengan makanan yang panas seperti berikut:
1. Cili
2. Rempah
3. Lada
4. Ulam pegaga dan ulam raja
5. Kopi
6. Makanan rangup
1. Pisang (kecuali pisang embun)
2. Bijirin oat
Makanan yang berkoko
1. Milo
2. Coklat koko
3. Kek koko
Semakin banyak seseorang itu mengambil makanan tinggi fiber, maka semakin panas keadaan usus dan memudahkan sembelit apabila makanan fiber dihentikan pengambilannya.
Tidur Sebagai Rawatan
Otak yang mengawal tenaga usus ialah otak yang sama mengawal tidur dan tumpuan iaitu Hipothalamus. Mereka yang mengalami masalah di usus juga turut mengalami masalah tidur.
Misalnya mereka yang lewat tidur biasanya akan mengalami masalah sembelit atau simptom sembelit seperti sukar membuang air besar atau terlalu lama di tandas.
Mereka yang mengalami masalah buasir pula biasanya sukar mendapat tidur yang lena.
Mengamalkan tidur awal sejurus selepas solat Isyak serta mengelakkan mengambil makanan yang tinggi kalori dua jam sebelum tidur ialah petua rahsia untuk merawat masalah berkaitan dengan usus. Jumlah tidur bukan penentu kesihatan usus, tetapi kualiti tidur atau “Tidur Delta”. Maklumat lanjut mengenai tidur yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan merawat kesihatan sila rujuk post bertajuk Tidur Sebagai Rawatan dalam blog ini.





Categories:
walaupun semua yang prof cadangkan di atas saya dah lakukan..tp penyakit saya masih sama..
semua itu menganngu fokus pada pelajaran saya..tima kasih
Assalamualaikum, wafi.
Semua cadangan di atas ialah untuk langkah pencegahan dan untuk mereka yang mengalami masalah akut. Sekiranya masalah tersebut telah kritikal, cadangan ini sekadar untuk melegakan kesakitan. Sekiranya masalah ini telah kronik, cadangan ini tidak banyak membantu sebaliknya saudara perlu mendapatkan rawatan segera.
Untuk mendapatkan penyembuhan, cara yang terbaik ialah terus mendapatkan rawatan.
Dalam sesuatu rawatan, kita akan mengalami kelegaan, pengurangan kesan simptom dan pemulihan yang pantas dan berkesan, insya Allah
Salam, saya mengalami masalah setiap kali membuang air besar. Selepas membuang air besar, bahagian hujung usus atau bahagian dubur saya mengambil masa yang lama untuk kembali seperti biasa. Ia akan mengganggu pergerakan dan saya akan terasa sakit dibahagian dubur. Ia akan kembali normal jika saya tidur dalam jangkamasa yang lama sekurang-kurangnya 6 jam. Harap dr. dapat memberi penjelasan terhadap masalah ini dan bagaimana kaedah rawatan yang sesuai untuk saya mengatasi masalah ini.? Terima kasih.
slm,
antra yg dr reply dlm blog,sy conpius,tembikai bntu pesakit buasir@x?n aper itu rwtn Attitude Therapy
salam dr, sy bru je disahkan mengalami penyakit buasir tp sy x pasti adakah penyakit buasir sy ni berkaitan dgn usus disebelah kiri oleh kerana sy kerap mengalami sakit disebelah kiri.. ? saya takut masalah saya ni ada berkaitan dgn organ peranakan.. adakah penyakit buasir ini boleh menganggu organ peranakan kerana tidak lama lagi saya akan mendirikan rumah tangga..? saya malu untuk berterus terang dgn bakal suami saya dan bagaimana kaedah rawatan yang sesuai untuk saya mengatasi masalah sy ni…? saya harap dr dapat membantu saya.. Terima kasih
Assalamualaikum.
Masalah yang saudara hadapi ini memerlukan rawatan yang segara dengan kaedah rawatan Attitude Therapy. Petua yang diberikan cuma boleh memberikan sedikit kelegaan.
Antara petua yang perlu diamalkan ialah;
1. Amalkan tidur awal sebelum pukul 9.30 malam.
2. Elakkan mengambil makanan yang tinggi fiber seperti pisang, ciku dan oat kerana ia amat berbisa.
3. Elakkan mengambil kopi dan teh kerana ia menjejaskan struktur yang menyokong kedudukan usus.
Salam.
Tembikai mempunyai fiber lembut yang boleh menggantikan fiber kasar dari pisang, oat dan ciku. Pesakit buasir memerlukan sedikit fiber yang lembut contohnya dari timun, tembikai dan labu untuk membantu meringankan masalah usus.
Attitude Therapy ialah salah satu daripada rawatan alternatif yang berkonsepkan sikap, kelakuan atau daya pemikiran yang mempenyaruhi sesuatu penyakit. Penyakit boleh disembuhkan apabila seseorang membaiki sikap, kelakuan dan berfikiran positif, insya Allah
Assalamualaikum.
Kemungkinan ia berkaitan dengan masalah hati atau hempedu. Jika ia berkaitan dengan ovari, ia juga akan disertai dengan masalah sinus atau kerap selsema.
Sebagai petua, elakkan makanan yang berkolestrol tepu seperit sotong, udang, ketam, siput, kerang dan organ dalaman haiwan seperti usus, hati dan sebagainya.
Simptom yang ditunjukkan ini memerlukan rawatan segera. Harap cik dapat hubungi kami di talian 0124009843 (Dr. Aishah) untuk mendapatkan rawatan.
assalamualaikum….
sy mengalami masalah yg bkaitan dgn pembuangan air besar…. sy klu buang air bsar kalau trlalu tkn ia megeluarkan darah… adakah ia buasir???
doktor telah mngesahkan sy buasir thp 1 dan rawatan yg akn sy hadapi nnti prosedur kolonoskopi utk mngetahui samaada berkaitan usus atau tidak..apa pandangan prof tentang ‘kolonoskopi’?
adakah buasir boleh menyebabkan salur buangan kita menjadi sempit? suami sy mengalami masalah pembuangan najis yang kronik. setiap kali ingin membuang air besar, dia terpaksa mengambil ubat makan untuk melembutkan najis tetapi masalah yang serupa berlaku… keluar darah menitik2.. menjadi bengkak dan sakit.. adakah normal buasir menyebabkan salur usus sempit dan najis yang keluar hanya sebesar jari kecil? boleh x prof terangkan masalah dan rawatan yang perlu diambil suami sy ini secepat mungkin? terima kasih.
Salam! Lebih sebulan dulu saya rasa tidak selesa pada bahagian dubur (seakan cirit tapi bukan dan tidak rasa sakit), bila di kesat bahagian lubang dubur dengan tisu didapati ada sedikit rembesan najis warna coklat kekuningan. Sejak itu bila saya kesat lubang dubur dengan jari tangan akan ada bau busuk melekat pada jari tapi tiada kelihatan sebarang najis. Jadi saya terpaksa membersih lubang dubur untuk hilang kan bau tersebut terutama sebelum solat. Adakah ini ada kaitan dengan penyakit buasir atau usus besar ? Saya amalkan minum secawan kopi beras merah pada setiap awal pagi sejak dua tahun lepas. Adakah ini memudaratkan usus ?
Salam Sejatra,
Saya mengalami masaalah sembelit & perut buncit (bukan mengandung). Perut kembung seperti orang mengandung. Pernah mengalami najis berdarah (1x). Adakah ini simpom buasir atau masaalah lain. Buang air besar seminggu 1 atau 2 kali sahaja.
Salam, Sree.
Cuba elakkan makanan yang tinggi kalori dan tinggi fiber
Contoh makanan tinggi kalori ialah makanan pedas seperti;
cili
lada
kari
rempah
Contoh makanan tinggi fiber ialah;
pisang
ciku
oat
Biasanya minuman teh boleh menyababkan perut buncit
Makanan bersumberkan vitamin c apabila disusuli dengan makanan pedas atau protein tinggi, ia boleh menyebabkan usus berdarah
Cuba elakkan makanan yang dinyatakan ini, insya Allah masalah tersebut boleh diatasi
Prof saya mengalami masalah kesukaran buang air besar.setiap kali nak buang air besar rasa sakit.selepas buang rasq sakit kat bahagian dubur.rasa sakit ni lambat nak hilang.ianya mengambil masa 8 jam sekurang2nya untuk hilang.rasa sakit ini menyebabkan kesukaran buat saya untuk belajar dan untuk pergi ke kelas.saya terpaksa bergantung pada ubat biji yg doktor berikan bagi memudhkan saya buang air bessar.tapi ubat ini mengakibatkan sy cirit birit.untuk pengetahuan dr sy suka sangat minm teh dan nescaffe.adakah ini merbahaya?dr apa yg perlu saya lakukan?
Assalamualakum.
Simptom yang dialami ini ialah masalah buasir dan sembelit
Harap hubungi saya segera untuk mendapatkan rawatan
Sementara itu, perlu elakkan makanan yang tinggi kalori dan fiber kasar
Antara makanan tinggi kalori ialah;
1. Cili
2. Lada
3. Kari
4. Rempah
Antara makanan yang byk fiber kasar ialah;
1. Pisang
2. Ciku
3. Oat
Dengan mengakkan makanan yang mengganggu usus ini, masalah ini dapat dikurangkan, insyaAllah
Bahagian usus dikawal oleh otak hipohtalamus. Hipothalamus juga mengawal fokus dan tidur. Amalkan tidur awal untuk memberikan semula tenaga kepada otak hipothalamus
salam
Saya menghidap penyakit buasir..saya ingin mengetahui klinik atau pusat rawatan buasir terdekat di kawasan ipoh..saya cuba menghubungi no tel isteri doktor seperti yang tertera tapi tidak dapat dihubungi.
Sila hubungi saya melalui talian 016-3315761. Terima kasih
slm,dr..macam mana kalau susah nak buang air besar…maksud saya,saya tak ade keinginan nak biang air besar..saya bimbang takut asid bertambah dalam badan.. macam mana saya nak mudah buang air besar..saya bimbang kalau saya meneran..ia akan menjadi buasir..TOLONG SAYA….:(
Salam. Selamat hari raya. Saudara, jika keadaan penyakit tersebut telah kritikal, sebaiknya saudara menghubungi saya untuk mendapatkan rawatan.