Punca dan Rawatan Buasir

Buasir terjadi apabila struktur usus telalu lemah. Mengamalkan meneran kuat ketika membuang air besar akan menambahkan lagi keterukkan tahap buasir.

Usus besar amat berkait rapat dengan karektor seperti berikut sekiranya ia lemah;
1. Sifat kurang yakin
2. Terburu-buru
3. Suka menangguh kerja
4. Was-was

Karektor usus yang negatif

Sebenarnya sikap tersebut juga merupakan punca utama mengapa seseorang yang lemah usus besarnya itu suka meneran ketika membung air besar.

Aktiviti dan tenaga usus besar (NW19) dikawal oleh otak Hipothalamus (NW4). Selain mengawal usus besar, hipothalamus juga mengawal waktu tidur. Waktu tidur yang sihat dan menyihatkan otak ialah antara waktu selepas Isyak (kira-kira 8.30 malam waktu Malaysia) dan berlanjutan sehingga dua per tiga malam (kira-kira 2 pagi waktu Malaysia).

Usus yang lemah adalah sangat panas dan sensitif dengan makanan yang panas seperti berikut:
1. Cili
2. Rempah
3. Lada
4. Ulam pegaga dan ulam raja
5. Kopi
6. Tembikai
7. Makanan rangup

Makanan yang menjejaskan usus jika diambil berlebihan

Selain makanan panas, makanan yang tinggi fiber juga boleh melemahkan usus besar. Fiber boleh bertindak mengaktifkan usus secara berlebihan. Antara makanan yang tiggi fiber ialah:
1. Pisang (kecuali pisang embun)
2. Bijirin oat

Makanan yang berkoko
1. Milo
2. Coklat koko
3. Kek koko

Semakin banyak seseorang itu mengambil makanan tinggi fiber, maka semakin panas keadaan usus dan memudahkan sembelit apabila makanan fiber dihentikan pengambilannya.

Tidur Sebagai Rawatan

Otak yang mengawal tenaga usus ialah otak yang sama mengawal tidur dan tumpuan iaitu Hipothalamus. Mereka yang mengalami masalah di usus juga turut mengalami masalah tidur.

Misalnya mereka yang lewat tidur biasanya akan mengalami masalah sembelit atau simptom sembelit seperti sukar membuang air besar atau terlalu lama di tandas.

Mereka yang mengalami masalah buasir pula biasanya sukar mendapat tidur yang lena.

Mengamalkan tidur awal sejurus selepas solat Isyak serta mengelakkan mengambil makanan yang tinggi kalori dua jam sebelum tidur ialah petua rahsia untuk merawat masalah berkaitan dengan usus. Jumlah tidur bukan penentu kesihatan usus, tetapi kualiti tidur atau “Tidur Delta”. Maklumat lanjut mengenai tidur yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan merawat kesihatan sila rujuk post bertajuk Tidur Sebagai Rawatan dalam blog ini.

Makanan berkalori tinggi ialah makanan pedas seperti cili, lada, kari, rempah dan termasuk juga perasa pedas yang diletakkan dalam makanan ringan.
Biasanya rawatan untuk masalah buasir peringkat pertama ialah dengan menguatkan sistem otot di sekitar usus kemudian diikuti dengan menguatkan usus itu sendiri berserta dengan otak yang mengawal tenaga usus iaitu hipothalamus.

38 comments

  1. fairuz says:

    Kadangkala di dalam usus didapati adanya polips atau ketumbuhan bukan kanser. Kebiasaanya pihak hospital akan mencadangkan pembedahan untuk membuang polips ini.

    Adakah cara lain utk membuang polips ini selain pembedahan. Adakah pengambilan ubatan akan dapat membuang polips ini?Adakah polips berkemungkinan akan bertukar menjadi kanser?

  2. Dr. Ariffaizal Mohd Nor Ariffin says:

    Fairus, polips ialah ketumbuhan yang mengandungi kolestrol tepu. Ia tidak perlu dibuang selagi tidak menjejaskan kesihatan atau menyebabkan kesakitan.

    Ia boleh membesar sekiranya kadar kolestrol tepu tinggi dalam darah. Sekiranya pembesarannya berlaku dengan cepat, ia boleh mengganggu fungsi organ seperti punca kemandulan, masalah kelancaran saluran usus atau sebagainya.

    Polips juga ialah sel hidup. Ia boleh bertukar menjadi kanser sekiranya berlaku perkara yang menyebabkan petukaran maklumat DNA di dalam sel polips. Tetapi bukan semua polips berpotensi menjadi kanser malah potensi polips menjadi kanser adalah rendah.

  3. Anonymous says:

    manusia moden mengalami masalah rangkaian darah tinggi, kencing manis, tinggi kolesterol, masalah jantung, sembelit (usus) mana nak dirawat dulu? usus dulu atau bagaimana?

  4. PROF. DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN says:

    Terdapat dua jenis keadaan gangguan kesihatan.

    1. Penyakit
    2. Gejala

    Kencing manis, tinggi kolestrol, masalah jantung dan sembelit adalah penyakit kerana ia kelemahan di sesuatu organ.

    Darah tinggi ialah gejala kerana ia gabungan daripada beberapa kelemahan pada sesuatu organ dan sistem.

    Sama ada penyakit atau gejala, rawatan ialah kepada punca.

    Untuk menentukan bahagian mana yang perlu dirawat dahulu, berikut ialah kaedah yang digunakan;

    1. Applied Kinesiology: mengentahui punca serta merta.

    2. Melihat kepada sejarah penyakit, yang mana datang dahulu dan yang mana kemudian. Punca ialah yang datang dahulu.

    Biasanya kaedah Applied Kinesiology yang paling lazim digunakan kerana mengesan sejarah adalah rumit dan mungkin terdapat ralat.

  5. eas says:

    bagaimana saya ingin tahu yang saya sudah menghidapi buasir atau tidak? ini kerana sesetengah doktor mempunyai pendapat yg berbeza! ada yg kata buasir peringkat pertama dan ada yg kata bukan. sedang saya rasa sakit apa bila berdiri lama tetapi lega ketika duduk

  6. PROF. DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN says:

    Saraf pada bahagian usus berkongsi dengan saraf di bahagian kaki melalui ruas tulang belakang. Buasir pada peringkat yang kronik akan menyebabkan kaki merasa lenguh apabila berdiri lama atau memandu jauh.

    Apabila seseorang mendapatkan rawatan dengan saya, saya akan menjalankan beberapa analisa mudah untuk mengenalpasti sama ada seseorang itu betul-betul mengalami buasir kronik atau tidak.

  7. ilah says:

    salam,
    saya mendapat buasir ketika mengandung anak kedua dan menjadi lebih teruk ketika bersalinkannya.
    sekarang setelah 6 bulan mneghadapinya,saya masih sakit.terutama ketika setiap kali selepas membuang air besar dan setiap kali itu jugakklah ada darah merah cerah yg keluar selepas itu.sakitnya memang teramat perit dan dah byk klinik dan doktor yang saya jumpa tetapi masih belum mendapat ubat yg betul2 menyembuhkan. saya risau kerana rutin harian saya memang tidak membolehkan saya sakit.saya juga masih menyusukan bayi saya.harap prof dpt bantu.terima kasih.

  8. PROF. DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN says:

    Komplikasi akibat bersalin seperti buasir dan berdarah ialah masalah sementara yang boleh dirawat, insya Allah.

    Sementara itu, untuk mengelakkan masalah buasir ini bertambah serius, berikut ialah petua dan langkah yang perlu diambil.

    1. Elakkan makan makanan yang tinggi fiber seperti pisang (kecuali pisang embun), oat, bijirin, buah ciku (atau dalam bahasa Indonesia disebut sawo). Makanan yang tinggi serat ini sekiranya ingin diambil, sebaiknya dalam kuantiti yang sedikit, pada kekerapan yang amat minima dan pada waktu tengah hari yang tidak mendung supaya fiber ini dapat dihadam sepenuhnya dalam sistem penghadaman.

    2. Elakkan makan makanan yang pedas, berempah, bercili, berlada atau sebagainya. Ia termasuk perisa pedas (Mono Sodium Glutumat pedas). Pemakanan ini sekiranya terpaksa atau terambil, cuba sedaya upaya mengelakkan daripada mengambil Vitamin C. Vitamin C yang bertemu dengan kalori tinggi daripada makanan pedas akan menyababkan wujud ikatan semacam fiber yang akan melemahkan usus dan menjadi punca berdarah.

    3. Mereka yang mengalami masalah buasir akan mengalami masalah kesukaran tidur lena, lewat tidur atau terlalu mengantuk, tidur waktu siang berlebihan atau rasa tidak puas tidur. Untuk mengatasi masalah ini, cuba intuk tidur awal, mandi atau berwuduk sebelum tidur, minum air berais sebelum tidur dan berdoa atau berniat untuk tidur lena. Otak yang mengawal tidur (Hipothalamus) adalah otak yang sama mengawal tenaga usus. Oleh itu, tidur yang lena akan memberi tenaga yang cukup kepada usus supaya kuat dan dapat menghadapi masalah buasir, insya Allah.

  9. Anonymous says:

    salam….
    sy fina (22tahun) blum berkahwin dan baru memulakan kerjaya setelah tamat blajar.sy telah 2 thun mhidap buasir tetapi ini merupakan kali ke2 sy terkena penyakit ini setelah hampir setahun penyakit ini tidak mnyerang sy.
    sy mpunyai masalah buasir dimana ia bermula apabila sy makan buah durian agak banyak dan sebelum ini sy tiada sebarang masalah apabila memakan durian.keesokan harinya sy mngalami mabuk durian di mana perut sy kmbung dan terasa ingin muntah.selepas minum air kelapa muda perut sy tidak lg sakit tetapi keesokan harinya sy mngalami ciritbirit yg agak teruk selama beberapa hari.kemudian sy terasa sakit apabila membuang air besar.
    bermacam2 jenis ubat pernah sy cuba tetapi ia tidak berkurangan.
    sy rasa sakit dn pedih apabila membuang air besar beserta dgn darah merah yg byk..apabila sy berjalan atau duduk juga,sy berasa amt sakit di bhagian dubur dan berdenyut2 dimana sy rasa kemungkinan besar dubur sy telah mngalami luka. tetapi sy mndapati buasir tersebut tidak terkeluar..

    *setelah itu sy juga mendapati kitaran haid sy tidak teratur.adakah ini berpunca darpd pnyakit buasir sy ini??
    *adakah ini jenis buasir dalaman? *adakah buasir sy berada di tahap kritikal?
    *apakah yang harus sy lakukan sekarang dan bagaimana cara untuk memulihkan penyakit sy ini?
    *apakah jenis ubat yg paling berkesan untuk menangani masalah buasir sy ini..

    sy amat berharap prof dpt membantu sy dalam msalah ini kerana sy perlu bekerja dan mempunyai tanggungjawab yang lain..
    sekian,terima kasih..wsalam..

  10. PROF. DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN says:

    waalaikum salam. Fina (22)

    Mereka yang mengalami masalah buasir, biasanya mereka mempunyai kadar kalori yang tinggi.

    Sebagai langkah untuk mendapatkan kelegaan dan mengelakkan masalah ini berulang, harap dapat elakkan daripada mengambil makanan berkalori tinggi seperti

    1. Cili, lada, kari (makanan pedas)
    2. Teh, termasuh teh susu atau lemon atau semua jenis teh.
    3. Vitamin C daripada limau, jambu batu atau buah-buahan lain. Vitamin C bukan kalori, tetapi mengaktifkan kalori yang sedikit serta menggumpalkan protein untuk dijaikan kalori.

    Selain kalori tinggi, fiber boleh menjadikan tindak balas otot usus terlalu akif dan melemahkan semula usus. Usus yang lemah tidak boleh berhadapan dengan kalori yang tinggi. Oleh itu, elakkan makanan yang berfiber tinggi seperti;

    1. Pisang
    2. Ciku
    3. Oat

    Simptom yang diceritakan menunjukkan cik/puan ada kelamahan yang melibatkan sistem tubuh. Mengurangkan makanan insya Allah dapat membantu, tetapi cara terbaik, pantas, murah dan berkesan ialah dengan mendapatkan rawatan.

    Saya harap cik/puan dapat mengisi borang analisa untuk memulakan rawatan. Insya Allah pihak kami akan memberikan komitmen untuk membantu merawat masapah cik/puan.

  11. lan says:

    prof..sy mmpunyai mslh yg hmpr sama dgn fina(22),buang air besar berdarah dan amat pedih skali.
    tersa sakit dan pedih di dubur ketika berjalan atau duduk.
    sy malu untuk mndapatkan rawatan di klinik dan sy hnya mngambil ubat2an di klinik dan farmasi.

    adakah buasir sy di tahap kronik?

    klu sy ingin mendptkan rawatan dr prof,apakh yg harus saya lakukan dan dimanakah sy boleh mndapatkan rawatan?

  12. PROF. DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN says:

    lan, untuk mendapatkan rawatan cuma perlu hubungi saya seperti nombor yang terteran 012-4008972. Atau untuk urusan yang lebih sistematik, isikan borang analisa yang disediakan di bahagian bawah blog ini http://www.rawatankesihatan.com

  13. Nor. says:

    Saya mengalami masalah buasir pd bulan 12 tahun lepas..sy pnh dpt rawatan di sbuah klinik kerajaan,doktor tu kata di peringkat awal lg,sy diberi ubat terkawal yg mlembutkn najis sy yg dimakan dlm tempoh 1bulan,serta ubat 'roket'..skrg juga sy akan kena skali skala samada darah pd dubur atau najis,kdg kala terasa panas pd dubur..jd,ada rawatan lain x Prof.?supaya sy xkena buasir lg..samada operate ke?agak2 mahal ke kos utk operate?

  14. anis says:

    salam..
    sy sedang mngalami masalah buasir. terasa sakit dan bdenyut2 apabila mbuang air besar dan berdarah. setelah sy makan beberapa jenis ubat,sy mndapati ia semakin pulih dan terasa gatal di dubur.tetapi baru2 ini,sakit itu datang kmbali dan ketika mbuang air besar,sy mndapati terdapat ketulan darah seperti darah beku telah keluar.tetapi tidak banyak.adakah masalah buasir sy berada ditahap bahaya??
    adakah masalah buasir boleh membawa kepada kanser rektum??
    sekian.trm kasih.

  15. PROF. DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN says:

    Masalah buasir walau seteruk mana sekali pun, rawatannya tidak lah perlu kepada pembedahan.

    Usus boleh menjadi lemah sekiranya bekerja terlalu berat untuk memproses makanan yang berkalori tinggi, pejal atau rangup dan berfiber tinggi.

    Makanan berkalori tinggi biasanya makanan pedas seperti cili, lada, kari, rempah dan sebagainya.

    Makanan pejal ialah tepung yang digoreng rangup, keropok, kerepek, meruku, kekacang dan sebagainya.

    Makanan yang berfiber tinggi ialah seperti pisang, ciku, oat dan sebagainya.

    Pendarahan di dalam usus disebabkan oleh kewujudan jisim tajam akibat proses penumpalan protein oleh vitamin C. Mengurangkan pengambilan vitamin C lebih digalakkan. Cara lain ialah jarakkan pengambilan makanan berprotein dengan vitamin C. Jangan perah limau dalam masakan berdaging, elakkan mengambil buah-buahan seperti limau dan jambu bersama dengan sumber vitamin C seperti soya dan kobis.

  16. PROF. DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN says:

    Otak yang mengawal tenaga usus adalah otak yang sama mengawal fokus dan tidur. Otak ini dinamakan Hipothalamus.

    Hipothalamus boleh menjadi lemah sekiranya seseorang itu lewat tidur, tidak tidur mengikut waktu yang betul, tidur terganggu akibat tertidur dalam keadaan tertekan dan sebagainya.

    Mengamalkan tidur awal insya Allah akan membantu mengatasi masalah ini. Cara terpantas dan terbaik ialah dengan menguhubungi saya untuk mendapatkan rawatan.

  17. maya says:

    saya menghidap buasir tahap kronik..
    dimana sewaktu membuang air besar ada sesuatu yang keluar bersama-sama najis dan panjangnya adalah sejengkal..
    saya telah pergi ke klinik, dan ubat yang diberikan daflon 500 mg dan pilex ointment..
    selang sehari, kaki saya menjadi teramat amat lenguh…
    sehingga skarang saya masih belum mampu utk berdiri lama…
    pada pendapat dr. apa yg perlu saya lakukan utk mengatasi masalah ini..?
    adakah pembedahan perlu dilakukan????

  18. Prof. Dr. Ariffaizal Mohd Nor Ariffin says:

    maya,

    untuk mendapatkan kelegaan daripada masalah buasir yang kronik ini, cuba elakkan makanan ini;

    1. Elakkan makanan yang tinggi fiber seperti pisang, ciku, oat.
    2. Elakkan makanan yang tinggi kalori dan pedas seperti cili, lada, kari, rempah.
    3. Elakkan minuman bersteroid seperti kafen (daripada kopi dan koko) dan tanin (daripada teh dan koko).

    Tenaga usus dikawal oleh otak Hipothalamus yang juga mengawal waktu tidur. Amalkan tidur awal dan bangun awal untuk menjaga tenaga usus.

  19. siti says:

    salam, saya mempunyai masalah buasir tahap 3, persoalan saya, jika pesakit buasir tidak digalakkan untuk mengambil makanan yang mempunyai kandungan tinggi fiber, apakah gantian kepada makanan bagi melancarkan sistem penghadaman. bagi pesakit tahap 3 apakah rawatan yang terbaik untuk mengubati masalah buasir dan kosnya. Terima kasih

  20. zianasalmi says:

    samekum.
    Saya mula mengalami berak berdarah tahun lepas. Saya berdiet utk kuruskan badan, mengamal kan pemakanan yg di sarankan doktor. Alhamdulillah nampak berkesan TETAPI masalah buasir mula menyerang saya. Mungkin kurang kuantiti makanan yang di makan maka proses membuang kurang dan segala makanan yg masuk tidak membuat saya untuk membuangnya. Ni lah bermula saya buasir. Dan saya tlh masuk kamera di hukm untuk kenalpasti masalahnya, dan mmg bkn kanser dan takkan jd kanser kata doktor. Hanya buasir. Slps saya hentikan diet buasir hilang. Dan tahun baru ni saya cuba diet semula, buasir segera datang, teruk. Apakah org mengidap buasir tak blh berdiet? Tolonglah saya untuk bebaskan diri dr buasir.

  21. pat says:

    slmt mlm prof.saya juga mengalami masalah yang sama.saya mengalami penyakit buasir sejak 5 bulan yang lepas bermula dari masalah cirit birit pada mulanya dan kemudian selalu sembelit.apabila membuang air besar terasa amat perit kerana sembelit.dan setiap pagi saya mesti akan masuk tandas untuk membuang.selain daripada menghindari makanan yangtinggi serat apakah saranan dari prof untuk mengatasi masalah saya ini…terima kasih

  22. jack says:

    salam doc…saya berumur 20 tahun dan masih tidak pasti dengan apa yang saya alami sekarang ini dimana setiap kali say membuang air besar,isi dubur sya akan terkeluar menjadi seperti kelopak bunga,dan keadaan ini TIDAKLAH menyakitkan saya..boleh doc tolong uraikan tak apa masalah yang dialami dan kaedah rawatannya..???? tq..

  23. liza says:

    salam prof…sy berumur 28 thun…saya mengalami sembelit semasa sy mengandung sehingga sekarang..lbh krang 2 thn..sy buang air besar 2-3 hari sekali..sy tak tahu nak buat macam ne untuk buang air besar setiap hari…setiap kali sy buang air besar mesti sembelit kadang-kadang sampai 1 jam dalam tandas…selepas tu sy akan rasa sakit, pedih, perit, panas, gatal,berdenyut2. kadang-2 sampai nak jalan nak duduk pun sakit…bila sy nak buang air besar sy jadi takut..skarang dah ada 2 lebihan isi pada dubur….adakah disebabkan badan sy yg panas dan tidak dapat tidur dgn lena mjd penyebabnya dan boleh dikatakan semua makan yg prof cakap tu semuanya makan rutin sy.boleh prof bantu sy untuk sembuhkan penyakit ini.

  24. Taufik says:

    Salam Prof. saya mengalami masalah buasir lebih kurang 4 tahun . Bila buang air besar taklah ketara bengkak ke, tapi memang rasa sakit dan bila malam pulak kawasan buang air besar tu rasa gatal sangat , sampai tak dapat tidur… saya pernah mandapatkan rawatan doktor, sapu krim doktor bagi tapi masalah rasa gatal yang teramat sangat dan masalah sakit tu masih berlarutan…..saya harap prof dapat bantu saya dalam masalah nie, sekiranya ada ubat atau sebarang rawatan ……….

  25. rina says:

    salam prof,…saya berumur 28thn dan telah berkahwin.saya mengalami masalah sukar membuang air besar sejak 2002 dan kadang-kadang berdarah. saya juga mengidap gastrik, tapi sejak akhir2 ini perut saya terasa sangat sakit bila meniarap dan bila ingin membuang air besar. apakah gastrik ataupun buasir punca perut saya sakit dan bolehkah sekiranya saya ingin mengandung dengan selamat sekiranya menghadapi masalah buasir ini. harap pihak prof dapat membantu kemusykilan saya ini.

  26. Prof. Dr. Ariffaizal Mohd Nor Ariffin says:

    Assalamualaikum… siti (rozitazulaiman),

    Terdapat dua jenis fiber iaitu faiber kasar dan fiber lembut.

    Antara fiber kasar ialah pisang, oat, ciku. Makanan ini tidak digalakkan kepada mereka yang mengalami masalah buasir kerana ia mengaktifkan otot usus sehingga mudah lawas pada peringakt pertama dan sembelit pada peringkat seterusnya ia menyebabkan sembelit dan memudaratkan keadaan buasir.

    Fiber penting untuk keperluan tubuh. Oleh itu ia boleh diamalkan dan tidak menjejaskan usus. Antara contoh fiber lembut ialah;
    1. Timun
    2. Labu
    3. Tembikai

    Dalam sayur-sayuran hijau dan buah-buahan yang lain juga terdapat sedikit tiber. Tetapi fiber lembut seperti timun, labu dan tembikai adalah sangat digalakkan.

  27. Prof. Dr. Ariffaizal Mohd Nor Ariffin says:

    Assalamualaikum… zianasalmi (rdsalmah),

    Tenaga usu di kawal oleh otak Hipothalamus. Hipothalamus megnawal aktiviti usus, daya tumpuan dan tidur. Selain menjaga pemakanan seperti mengelakkan fiber kasar dan makanan yang pedas dan berempah, mengelakkan pengambilan air teh dan kopi, cara lain untuk mengatasi buasir dan meredakannya ialah menjaga waktu tidur.

    Waktu tidur yang baik ialah bermula sejam selepas isyak hingga kira-kira pukul 2 pagi. Selain itu waktu tidur yang terbaik ialah pada waktu sejam sebelum zohor. Seseorang yang boleh mendisiplinkan diri untuk tidur dalam keadaan nyaman. selesa dan lena pada waktu ini, insya Allah Hipothalamusnya akan kembali mendapat tenaga daripada kerehatan yang betul. Hipothalamus yang sihat akan menjaga aktiviti usus dengan cekap dan dapat memastikan usus dapat menjalankan fungsinya dengan baik.

  28. Prof. Dr. Ariffaizal Mohd Nor Ariffin says:

    Assalamualaikum… pat (honeyez212)

    Tanda usus yang lemah pada mulanya ia terlalu lawas kemudian diikuti oleh cirit-birit dan sembelit pada peringkat seterusnya. Lama-kelamaan sekiranya pembuangan ini dipaksa, ia boleh menyebabkan buasir.

    Keadaan ini memerlukan rawatan untuk menguatkan semula usus. Secara semulajadi usus boleh dikuatkan dengan cara mendapatkan tidur yang awal.

    Dalam rawatan Attitude Therapy, rawatan untuk masalah usus yang lemah (hingga menyebabkan sembelit dan buasir) ialah dengan memberikan formula yang boleh menguatkan semula otak yang mengawal tenaga usus (yang juga berfungsi mengawal tidur dan tumpuan) serta memberi tenaga kepada usus itu sendiri. Usus yang mendapat sedikit tenaga akan serta-merata kembali sihat seperti biasa, insya Allah.

  29. Prof. Dr. Ariffaizal Mohd Nor Ariffin says:

    Assalamualaikum… jack (vicro_child)

    Buasir sehingga terkeluar sesuatu seperti kelopak bunga adalah simptm pile hemorrhoid. Kelopak bunga itu ialah kebengkakan usus yang dijangkiti bakteria dan ia menjadi terkeluar kerana kesan ditolak oleh otot rektum. Semakin lama ia semakin mengebeh kereka ditolak oleh rektum hingga ke tahap maksimum.

    Buasir seperti ini cara terbaik untuk mengatasinya ialah dengan mendapatkan rawatan. Di dalam “kelopak bunga” tesebut terdapat jangkitan bakteria dan tisu usus menjadi sangat lemah. Attitude Therapy merawat buasir ini dengan cara menguatkan semula tisu usus dan mengatasi masalah jankitan di tempat tersebut dengan cara menguatkan semula sistem kawalan biotik semulajadi atau antibiotik semulajadi supaya kebengkakan yang menyebabkan terjadinya kelopak tersebut terhenti dan tisu usus kembali seperti asal.

    Membuang atau memotong hemorrhoid (kelopak bunga) tersebut tidak membantu menyelasikan masalah. Malah ia sebenarnya menjejaskan fungsi rektum kerana hemorrhoid terjadi di bahagian rectum column yang membantu fungsi hujung rektum agar sentiasa tertutup kemas. Membuang hemorrhoid bermaksud membuang otot racrum column.

    Untuk mengelakkan keadaan bertambah serius, ikuti petua menguatkan usus yang telah banyak ditulis dalam blog ini melalui post di atas atau maklum balas komen-komen di sini serta elakkan daripada meneran dengan kuat ketika membuang air besar. Gunakan tandas cangkung lebih baik daripada tandas duduk kerana dengan bercangkung pembuangan boleh dilakukan tanpa perlu meneran kuat.

  30. Prof. Dr. Ariffaizal Mohd Nor Ariffin says:

    Assalamualaikum… liza (alongja_cute)

    Cuba elakkan minum air teh dan amalkan tidur awal.

    Sekiranya kita menyukai makanan yang tinggi fiber, tinggi kolestrol, makanan pedas dan sebagainya… ia menunjukkan kekuatan tumpuan lemah dan tenaga rohani juga lemah. Berdoa adalah cara terbaik untuk mengelakkan pengambilan makanan yang tidak seimbang secara tidak sengaja. Cara terbaik ialah mendapatkan rawatan kerana simptom yang diceritakan menunjukkan rawatan amat diperlukan.

  31. Prof. Dr. Ariffaizal Mohd Nor Ariffin says:

    Assalamualaikum… Taufik (insyirahafnan)

    Buasir ialah keadaa usus yang lemah dan hilang tenaganya. Attitude Therapy merawat masalah buasir dengan cara mempertenagakan semula usus supaya membaiki strukturnya dan mencegah jangkitan bakteria.

    Sebenarnya cara yang paling mudah, pantas dan berkesan untuk merawat masalh buasir ialah dengan mendapatkan rawatan Attitude Therapy.

  32. Prof. Dr. Ariffaizal Mohd Nor Ariffin says:

    Assalamualaikum… rina (s21_auchs),

    Semua penyakit yang dihidapi oleh ibu mengandung boleh diwarisi oleh bayi melalui maklumat DNA atau kod genetik. Masalah buasir juga tidak terkecuali, tetapi ia bukan perkara yang serius jika dibandingkan dengan jangkitan darah seperti HIV, telesemia, rubella dan sebagainya.

    Puan boleh mengandung dengan selamat dan masih sempat untuk mendapatkan rawatan untuk megelakkan bayi mendapat masalah yang sama. Antara tanda bayi mendapat masalah buasir ialah kelewatan membuang air besar pertama. Biasanya hospital akan membenarkan ibu dan bayi pulang (discharge) setelah bayi membuang air besar pertama.

    Puan teruskan amalan penjagaan kesihatan yang sihat dan segera mendapatkan rawatan yang selamat dan semulajadi terutama daripada kaedah Attitude Therapy.

  33. ZARINA BT HANIF says:

    masalah rambut ada uban (pra uban) diatas kepala

  34. Prof. Dr. Ariffaizal Mohd Nor Ariffin says:

    Salam, cik Zarina bt Hanif.

    Uban bukan masalah. Ia tanda kematangan sel terutama peningkatan tahap pemikiran yang menyeluruh dan ketepatan dalam membuat keputusan yang harmoni.

    Masalah ialah kematangan dan ketepatan ini jika terlalu awal, ia tidak sesuai bagi mereka yang baru hendak memulakan perniagaan atau memulakan sesuatu aktiviti penting. Ini kerana, kematangan membuat keputusan harmoni menghalang keaktifan dan getaran keinginan yang tinggi dalam memulakan sesuatu perkara.

    Rambut yang beruban ini jika tidak dirawat pun tidak mendatangkan masalah. Cuma ia boleh dirawat dari segi membetulkan tahap hormon supaya uban ini tidak terlalu cepat merebak.

    Mereka yang mempunyai uban yang banyak sejak umur 20 tahun menunjukkan tahap spiritual qoutient sangat tinggi. Ia baik cuma kurang stabil kerana telah banyak mengabaikan faktor logik atau intelektual qoutient (IQ). Sememangnya logik itu tidak penting, tetapi sekurang-kurangnya ia diperlukan sebanyak 20% dalam kehidupan seharian.

  35. nurul's says:

    salam prof… nak bertanya masalah buasir

    sy berusia 21 thn dan belum berkahwin, sy tak sedar sejak dri bila tp dah lama mmg sy hdpi masalah sembelit ttp kadang2 saja…smpi satu masa sy dapati apabila buang air besar terdapat darah mulanya sy ingat mgkin cuma luka saja…ttp tidak merasa gatal..atau terlalu sakit..

    kemudian timbul pula sebesar kacang hijau terkeluar dr dubur, sy tidak thu pula itu buasir..
    sejak 2 thn ini sy mmg amalkan diet dan diberi ubat utk melawas memudahkan pembuangan air besar dan ianya tiada masalah..sy tak perlu utk terlalu meneran,

    ttp sejak 3 hari ini, sy dapati ketulan sebesar kacang hijau tadi menjadi sebesar kismis slps membuang air besar..dan ia tidak masuk ke dlm semula…sy juga merasa sakit slps membuang air bsr pd hari berikutnya..sakit utk duduk dan pedih juga berdenyut2…

    penyakit nih sangat menganggu kerja harian sy kerana sering duduk….
    adakah buasir tahap ini memerlukan pembedahan n berapa kosnya??

  36. yana says:

    sy rase sy mengalami maslh buasir…selain mengamalkan mknn yg seimbang, sihat serta tdo yg cukup, ape lg yg perlu sy lakukan…untuk pengatahuan prof, sy telah mndapt kan rawatan di klinik dan diberi ubat selama sminggu sahaja…namun, tiada ape2 perubahan..ape yg perlu sy lakukan??..

  37. Nanie says:

    Sy sedang mengandung 35 minggu iaitu hnya bbrpa minggu sahaja utk melahirkan bayi sulung saya. Masalhnya sekarang saya tak pernah berterus terang dgn dr pakar mengenai Buasir yg telah sy alami. Dan sekarang buasir itu sudah menjadi perit kpada diri sy sendiri dgn sukar utk duduk dan juga utk melawas. Mmg ada sembelit & sy juga tak pernah terfikir yg akan jadi begini. Kemusykilan sy skrg dapatkah sy melahirkan anak sulung secara normal dan bukan caesaeran..? Menurut dr d sebuah klinik mungkin sy tidak dbenarkan melahir normal kerana khuatir akan memudaratkan lagi slpas ini. Apa pendapat Prof.?

  38. jaja says:

    Salam Prof Dr.
    saya mengalami masalah membuang air besar sejak saya berusia 13 tahun lagi….masalah ini berlarutan sehingga kini…setiap kali selepas saya membuang air besar saya terpaksa memasukkan semula otot dibahagian dubur saya menggunakan jari…adakah masalah ini dinamakan buasir? mohon penjelasan daripada dr.

Leave a Reply