Terdapat juga tabiat yang tidak sihat punca kepada kurap antaranya ialah;
1. Memakai pakaian yang masih belum kering.
2. Memakai pakaian basah dalam keadaan yang tidak berangin dan tidak terkena cahaya matahari dan berterusan lembab dalam tempoh yang lama.
3. Memakai pakaian yang baru dijemur di dan masih panas.
4. Berada dalam bilik yang lembab, malap dan tidak dimasuki cahaya matahari.
Bakteria yang terdapat pada kurap merebak dalam keadaan yang lembab tetapi hangat.
Bakteria yang terdapat pada kurap dan sopak juga turut boleh dijumpai dalam air panas terutama air yang panas terjemur pada pancaran matahari (air musyammas). Kerap meminum atau menggunakan air musyammas untuk mencuci pakaian atau tubuh juga adalah punca terjadinya kurap sekiranya air tersebut tidak dikeringkan dalam tempoh yang lama. Begitu juga keadaannya sekiranya seseorang itu memakai pakaian yang belum kering air musyammasnya.
Kesihatan kulit dikawal oleh keadaan hempedu. Hempedu mengawal karektor memendam sesuatu. Biasanya perasaan marah yang dipendam akan menyebabkan hempedu mudah lemah seterusnya melemahkan kulit. Sila rujuk post bertajuk Falsafah Punca Penyakit untuk memahami pengaruh karektor terhadap sesuatu organ.
Selagi seseorang itu masih lagi menyimpan dendam atau selalu bersikap marah di dalam hati, maka selagi itulah penyakit kulitnya agak sukar dirawat. Penyakit kulit ini bukan sekadar kurap, malah merangkumi hampir kesemua jenis penyakit kulit secara umumnya.
Antara sikap suka marah dalam hati atau marah yang tidak sampai kepada orang yang dimarahi ialah seperti marah pemandu lain ketika di dalam kenderaan sendiri. Ketika itu marah yang diluahkan tidak didengari oleh pemandu yang dimarahi. Sebaliknya penumpang lain di dalam kenderaan sendiri itu yang merasa ketakutan. Keadaan ini adalah antara punca gangguan karektor yang tidak disedari dan meninggalkan kesan kesihatan terhadap kulit sekurang-kurangnya jerawat yang sukar sembuh.
Kurap pada peringkat awal boleh dikenali dengan melalui rupa ruam yang berbentuk bulat atau cincin. Pada peringkat yang kronik ia boleh membengkak, berkudis atau gatal bernanah.
Pengaruh Karektor
Untuk penyakit kulit yang terlalu kronik seperti wart, eksema dan psorisis, mereka biasanya memendam kisah silam yang terlalu lama berserta kesan trouma (ketakutan terhadap peristiwa tersebut). Untuk mengatasi masalah ini, cuma untuk memaafkan mereka yang didendam atau maafkan semua orang setiap hari. Biasanya perkara yang didendamkan itu sudah tidak dapat diingati lagi. Keupayaan untuk mengimbas atau memfokuskan orang yang didendam akan memudahkan proses untuk memaafkannya.
Rawatan Hempedu
Rawatan masalah kulit perlu kekuatan daripada organ hempedu yang mengawal tenaga sel-sel kulit serta usaha untuk membasmi bakteria yang menjagkiti di bahagian kulit. Kulit yang sihat mampu mengawal kewujudan parasit dan kehadiran biotik asing yang tidak diperlukan di kulit. Penyakit seperti kurap tidak mampu bertahan lama di kawasan kulit yang mempunyai frekuensi kulit yang asal.
Detoksifikasi
Kulit yang lemah mudah menjadi tempat pengumpulan toksik serta liang utama untuk proses perkumuhan. Keadaan ini akan lebih memburukkan lagi keadaan kulit yang tersedia lemah serta menjadikan kulit sebagai habitat terbaik untuk perkembangan bakteria. Detoksifikasi ialah kaedah yang paling lazim dilakukan oleh mana-mana rawatan alternatif. Tubuh yang bersih daripada toksik akan menyelamatkan kulit daripada pencemaran toksik dari dalam tubuh akibat daripada perkumuhan melalui perpeluhan.
Melalui kaedah rawatan Colour Vibration Therapy, mencari punca dendam untuk dimaafkan atau diselesaikan supaya karektor negatif tidak tertanam pada kulit boleh dijalankan melalui beberapa teknik proses rawatan dan kaunseling.







Categories:
doktor.betulke lepas kita maafkan orang yang berkenaan,kita takkan ingat lagi kesalahan yang dia dah buat kat kita?
Selagi kita masih terkenangkan kesalahannya, ia menunjukkan maaf yang diucapkan itu tidak ikhlas.
Orang yang ikhlas memaafkan ialah orang yang tidak menganggap kesalahan orang itu sebagai sebuah kesalahan.
Keikhlasan tidak boleh dibuat-buat, ia lahir daripada rasa kasih. Kasih menjadikan apa yang dilakukan itu tidak mengharapkan balasan. Kasih menjadikan apa yang dilakukan bukan seperti yang dianggap oleh orang lain seperti akal logiknya. Pemikiran yang positif menjadikan niat dan perbuatan itu ikhlas.
Memaafkan dengan ikhlas ialah beranggapan perlakuan orang yang melakukan kesalahan itu seperti tidak pernah dilakukannya sebelum ini. Sesuatu yang tidak pernah dilakukan ialah sesuatu yang tidak akan dikenang lagi.
saya telah dijangkiti kurap. saya menjaga kesihatan sepenuhnya.saya yakin dijangkiti daripada bju rakan saya. ini kerana rakan saya mempunyai kurap setelah diselidiki rakan saya yang lain.rakan saya yang mempunyai penyakit ini sering meminjam baju saya, kemudian saya meminjam bajunya pula semata2 untuk adil kerana asyik2 dia yang pinjam jadi saya pinjam pula. saya rasa menyesal kerana bertindak sedemikian. rakan saya sering menyangkut pakaiannya yang tidak dibasuh setalah diselidiki. Bagaimanapun saya telah dijangkiti. DR. bolehkah doctor beritahu saya ubat apakah yg sesuai? saya harap doktor bantu saya segara.
dr,
saya mengalami kulit kurap dibahagian celah peha.
saya sudah mencuba pelbagai jenis ubat-ubatan, krim tetapi masih belum sembuh.
bila berada dalam keadaan berpeluh, saya akan lebih terasa gatal.
saya menderita penyakit ini sejak dr thn 2003 sehingga kini.
ianya berpunca akibat berkongsi tuala dengan adik.
jadi apakah yg perlu saya lakukan?
sekarang saya sudahpun berkahwin.saya tak gemar untuk mengadakan sebarang hubungan intin dengan suami kerana bimbang dia akan dijangkiti kurap.
Assalamualaikum.
Sekiranya masalah ini masih berlanjutan, ia masih boleh dirawat dan diatasi. Cuba amalkan petua berikut:
1. Kurangkan atau berhenti terus makan daging ayam dan telur ayam
2. Kurangkan makanan yang berasid tinggi seperti minuman ringan, makanan ringan, makanan segera atau sebagainya.
3. Berhenti minum air Neskefe
4. Kurangkan makan buah yang berwarna kuning seperti limau, oren, mangga, belimbing, durian dan sebagainya.
Insya Allah
Assalamualaikum.
Kulit yang bermasalah di bahagian celah peha menunjukkan ia berpunca daripada gangguan memendam emosi yang perpanjangan. Cuba hilangkan atau selesaikan masalah emosi ini untuk menguatkan semula struktur kulit terutama di bahagian peha.
Jangkitan bukan faktor utama. Oleh itu, puan boleh mengadakan hubungan dengan suami seperti biasa tanpa sebarang keraguan.
Untuk mengakkan masalah daripada berlanjutan, cuba amalkan petua seperti berikut;
1. Kurangkan atau berhenti terus makan daging ayam dan telur ayam
2. Kurangkan makanan yang berasid tinggi seperti minuman ringan, makanan ringan, makanan segera atau sebagainya.
3. Berhenti minum air Neskefe
4. Kurangkan makan buah yang berwarna kuning seperti limau, oren, mangga, belimbing, durian dan sebagainya.
5. Berhenti daripada mengambil makanan yang diperam seperti jeruk, ikan kering, ikan bilis, pekasam, tempoyak, budu, cincalok, belacan dan sebagainya.
Insya Allah masalah ini boleh diatasi dan dipulihkan sepenuhnya lebih-lebih lagi dengan mengambil rawatan melalui kaedah Attitude Therapy
Assalmualaikum doktor,
sy mengalami panau yang banyak dibahagian tangan dan sopak dibahgian celah kaki dan badan sehingga menyukarkan saya untuk membuka baju dihadapan kawan-kawan..selepas mandi pula,ketika mengelap air dibadan,badan sy seakan tidak kering..sudah puas sy mngelap shinggakan ketika meletakan bedak dibadan,bedak tersebut menjadi lembab kerana badan saya tidak kering..Dan badan saya kerap gatal…apa perlu saya buat doktor??adakan mandi dikolam air panas membantu mengilangkan penyakit tersebut?? sudah 5 tahun saya menderita penyakit ini..Dan sekarang ini pula semakin banyak kurap dan sopak ada dibadan saya..tolonglaaaa doktor..saya berasa tekanan sekarang ini..
salam doktor….
saya mengalami gatal-gatal yg teruk pada celah peha,sekitar kulit atas kemaluan dan pada kulit bahagian punggung…
sudah macam ubat saya guna termasuklah ubat tradisional…tetapi gatal2 pada bahagian tersebut masih jugak tidak sembuh…malahan sudah bertahun saya hadapi penyakit ini…kalau sembuh, hanya sementara..lepas itu, penyakit gatal2 ni timbul balik….bila saya terasa panas..bahagian gatal2 tersebut akan menjadi lagi gatal….saya sendiri tak pasti penyakit apakah ini..adakah ia penyakit kurap?kerana penyakit ini bila gatal dan digaru ia menyerupai bentuk cincin…
apakah cara yang lebih berkesan untuk saya amalkan doktor?
salam doc, saya dah membuang hempedu saya 10 tahun lepas.
Apakah cara terbaik mennyahkan toxin? Saya juga mengalami masalah kulit di dada, belakang dan kekadang hingga ke kaki.
Masalh obesiti dan sukar turun berat badan walaupun berdiet.
salam doc, saya mengidap penyakit sopak selama 14 thn adakah cara2 untuk menyembuhkan nya dan adakah ubat2 yang perlu diambil terima kasih
salam doc…bru2 ni sy syak sy dpt kurap kt area dri siku ke atas tp x terlalu truk..
bleh doctor suggest pe yg sy kena lakukan utk elak kurap ni merayap terus kat seluruh badan saya
pleaz doc,thanks
salam doc..sy nak tanye kurap ni boleh berjangkit ke melalui ciuman…..
macam ne mode of transmission dia yer doc
thanks
Saya sudah menghidapi penyakit kurap ini sejak sekian lama iaitu dari tahun 2004. Pada mulanya kurap saya berada di tapak tangan. Alhamdulillah sekarang sudah sembuh walaupun ada juga kadang2 tumbuh. Tetapi sejak saya memasuki kawad kaki, jari kaki dan tapak kaki saya melecet pada 2009. Tempat yang melecet itu menjadi kurap dan ada sampai sekarang. Keadaan kulit saya amat buruk dan boleh menghilangkan keyakinan saya. Kurap saya ini juga amatlah gatal beserta rasa pedih2. Selain itu, tumbuh pula kurap di tempat lain iaitu di kedua dua siku. Saya amat bingung dan amat risau dengan keadaan ini. Pelbagai ubat saya sudah cuba tetapi ubat itu hanya beri kesan baik yang sekejap sahaja. Saya seorang yang bersih iaitu kerap mandi dan sabun di seluruh tubuh saya. Tetapi mengapa ya kurap saya ini tetap semakin membesar dan tumbuh di daerah yang baru? Apa cara penyelesaian masalah yang afdal untuk mengatasi masalah yang saya tanggung selama enam tahun ini. Harap doktor dapat membantu. Terima kasih.
saya mengalami penyakit kurap yang lama masih belum sembuh apakah cara teradisinal bolih merawatkan
Assalamualaikum.
Masalah penyakit kulit yang berpanjangan disebabkan kelemahan di bahagian kulit yang mendapat banyak bekalan enzim daripada hempedu. Dengan membarikan tenaga dan mengeluarkan potensi tenaga hempedu, insya Allah penyakit kurap yang lama akan dapat dirawat dengan segera dan sepenuhnya sembuh.
doktor sayewww mempunyai penyakit kurap………………. mengapa ia terlalu gatal?????? sampai sayeww kenewww marah ngan ibu n ayah sayeww………………… bolehkah ia nya sembuh?????? sayeww sangattt x tahan……………… dokotrrr tolong sayeww…………….. sayeww x nk sampai ke besar badan sayewww penuh dengan parut……………………. sayeww x nk keturunann sayeww mempunyai penyakit ini………… sayeww hrp sngt………………………….
Assalamualaikum
Sebaiknya awak dapatkan rawatan segera dgn saya
Sementara itu, untuk mengurangkan masalah kurap, kurangkan atau berhenti sama sekali mengambil ayam atau telur ayam
Assalamualaikum doc,
Saya menghadapi masalah kurap pada waktu kecil dan sekarang parut-parut kurap masih kelihatan. Kadang kala saya berasa gatal pada parut-parut ini. Adakah ini bermakna masalah kurap saya ini belum sembuh? Dan adakah cara untuk menghilangkan parut kurap?
doktor, sye x tau la… kat kaki sye sllu gatal2.. sye x tau yg tu kurap atau bkn… mumule ingat gatal2 biase jerk.. pas2 titiba bende tu membesar… pas2 menanah.. ade drh sekli… kdang2 die ok, kdang2 benda tu dtng blik.. menanah blik….
dulu mase saye sekolah rendah pernah jadi mcm ni… tempat yg sme juga…
pastu sekarang kene balik.. knape ye?