Frequency bunyi ada di mana-mana ruangan dan ia bergerak bebas dalam ruangan udara. Maka di sini kita mencari ketetapan tenaga bunyi untuk mengimbangi keadaan perenggangan (zarah yang merenggang) yang telah dicerobohi oleh haba, tekanan yang rendah dan keadaan rencam terutama pada waktu maghrib. Ia juga satu kaedah mencari ‘kemampatan’ semula dalam halaju bunyi yang tinggi.
Halaju bunyi juga bergantung kepada keadaan kerana ada kalanya ia tidak dapat dinilai, hanya ‘sifar’ tiada ukuran maka tiadalah formula tercipta. Sebagai contoh, halaju bunyi pada tulang kaki mungkin dapat diukur tetapi tidak pada bahagian atas seperti di kelenjar pineal kerana ia bersifat sejuk dan bertekanan tinggi.
Adalah suatu pembuktian kepada dunia perubatan iaitu pemecahan sel-sel atom pada penyakit telah dapat dipulihkan dengan gelombang tenaga bunyi yang sebenarnya dan diyakini suci dan tidak mungkin berlaku pencemaran. Gelombang bunyi mempunyai level atau tahap-tahapnya iaitu pada julat-julat yang selari dengan spectrum atau lapisan warna yang tujuh itu.
Begitulah kehebatannya rahsia tenaga bunyi yang sentiasa ada di dalam kehidupan, samada disedari atau tidak. Perlu juga dilihat bahawa pada ruang yang kecil suatu bunyi adalah pada nada rendah atau perlahan. Sebaliknya ruang besar akan mewujudkan bunyi yang kuat.



Categories:
Komen Terkini