Percakapan ada yang memberi kesan atau pengaruh. Ada juga percakapan yang tidak mempengarui percakapan. Ada yang menggelar fenomana ini sebagai “Komunikasi Berkesan”. Sebenarnya terdapat beberapa rahsia dalam komunikasi berkesan ini. Ada orang yang sememangnya mempunyai pengaruh dalam percakapan tetapi tidak menyedari rahsia yang lahir secara semulajadi. Bagi mereka yang sememangnya amat perlu untuk bercakap dan berkomunikasi tetapi tidak memberikan kesan, di sini didedahkan beberapa rahsia komunikasi berkesan.
Hukum Keseimbangan
Melalui Hukum Keseimbangan iaitu aliran tenaga timbal balik, maka dapat kita fahami bagaimana untuk memanupulasi tenaga untuk menjadikan setiap yang dipertuturkan itu masuk ke telinga atau diberi perhatian oleh orang yang mendengar (sila rujuk tagori Hukum Keseimbangan untuk memahami asasnya dengan lebih terpeinci).
Ada orang yang membebel sepanjang masa tetapi setiap yang diperkatakan itu tidak diendahkan oleh orang yang mendengarnya walaupun ia sangat penting. Keadaan ini boleh menimbulkan masalah kerana mesej dan hasrat tidak dapat disampaikan.
Hukum Keseimbangan dalam komunikasi berkesan terjadi seperti berikut;
- Sebenarnya percakapan itu terjadi setelah hati terlebih dahulu berbicara melalui niat. Niat terjadi daripada instinct dan intuisi yang menggetarkan minda. Dalam aliran yang mudah seperti ini: Instinct – Niat – Akal – Percakapan. Maksudnya sebelum bercakap, tenaga komunikasi telah pun berlaku pada peringkat instinct (sila rujuk post bertajuk asas Teori Ruang dan Masa untuk memahami aliran ini).
- Apa yang hendak disampaikan ialah seperti apa yang hendak didengari. Memandangkan pada peringkat instinct telah berlaku komunikasi, maka hasrat yang nyata dan zahir akhirnya akan dilafaskan secara nyata sebagai perbuatan berbentuk percakapan. Kelebihan percakapan ialah apabila ia telah diucapkan, ia adalah hasrat yang benar-benar nyata. Kebanyakkan kita beranggapan instinct adalah sesuatu di peringkat pertimbangan. Tanggapan ini tidak benar kerana ia menghilangkan keyakinan dan instinct tidak akan datang lagi.
- Apa yang hendak dicakapkan ialah perkara yang difikirkan oleh pendengar itu juga. Maksudnya sama, tetapi bentuk berlainan. Misalnya kita hendak cakap tentang mentaati ibu bapa. Pendengar sebenarnya juga terfikirkan yang dia sayang ibu bapanya tetapi dalam bentuk kasih sayang dan menyesal kerana tidak patuh kepada mereka suatu ketika dahulu. Dua bentuk berbeza ini sebenarnya sama tenaganya iaitu “sayang ibu bapa” dan “taat ibu bapa”. Taat itu lahir daripada sayang. Di sini, komunikasi berkesan itu boleh dihasilkan apabila orang yang menyampikan itu bercakap terus kepada tajuk “kasih sayang”. Ketika itu pendengar akan mendengar dengan fokus.
- Orang yang menyampaikan seperti diminta disampaikan, orang yang mendengar seperti diminta mendengar. Keadaan ini seperti orang yang bercakap atau yang menyampaikan itu seoalah-olah seperti boleh mengetahui pertanyaan orang yang ingin mendengar. Orang yang mendengar pula seperti telah menemui jawapan bagi apa yang dicari.
Aura Komunikasi
Aura ialah istilah kepada lingkaran elektromagnetik yang berada di sekitar tubuh. Untuk memahami aura secara saintifik sila rujuk post bertajuk Elektromagnetik Tulang Belakang.
Orang yang besar auranya ialah orang yang besar pengaruh komunikasinya. Dalam komunikasi, orang yang besar auranya mempunyai kombinasi ciri-ciri seperti berikut;
- Bercakap mengikut hasrat hatinya.
- Bercakap seperti keperluan pendengar.
- Hanya bercakap apabila difikirkan benar-benar perlu sahaja.
Bercakap seperti “membaca skrip” atau “ikut buku” ialah contoh yang hilang ciri-ciri tersebut. Bercakap dengan cara membaca akan menyebabkan orang bosan mendegnarnya. Berlakun dan menyanyai dengan penuh perasaan akan menjadikan lakunannya hebat atau watak yang dibawa benar-benar hidup tetapi pelakun atau penyanyi tersebut akan hilan identiti diri hingga terjebak dalam banyak masalah akibat kelemahan personaliti diri.
Oleh itu, bagi mereka yang berhasrat untuk tampil berceramah, tidak perlu menyiapkan teks ucapan melainkan ia adalah perutusan yang ingin dibacakan. Tetapi cukup sekadar menyediakan isi penting kemudian ucapan hendaklah secara spontan. Ucapan spontan adalah secara ucapan yang hidup dan mempunyai kuasa Hukum Keseimbangan antara orang yang bercakap dengan orang yang mendengar.
Bercakap Berserta Hati
Suara daripada kata-kata boleh dimanipulasi oleh minda. Ia juga boleh Apabila hati bercakap, maka tubuh keseluruhan juga akan bercakap. Ketika itu suara yang keluar ialah hasrat daripada hati dan ia akan seimbang dengan orang yang mendengar seterusnya ia akan didengari dan diberi perhatian.
Setiap makhluk mempunyai bahasa atau kalam walaupun ketika sedang dalam minda separa sedar seperti tidur atau bayi. Bayi atau orang yang sedang tidur boleh berkomunikasi atau memberikan reaksi terhadap komunikasi yang disampaikan.
Kita boleh buat satu ujian ringkas. Cuba anda panggil anak kecil anda cara bersahaja. Lihat kepantasan reaksi anak itu. Kemudian kali kedua cuba panggil dengan niat di dalam hati supaya dia memberikan reaksi. Lihat perbezaan tindak balas yang diberikan.
Ujian yang kedua boleh dibuat ketika mengejutkan anak dari tidur. Cuba kejutkan dengan cara memanggil namanya. Kali kedua pula cuba kejutkan berserta niat supaya dia bangun betul-betul. Kemudian lihat kesannya.
Daripada kedua-dua ujian ini, didapati panggilan berserta niat dalam hati lebih memberi kesan tindak balas yang ketara.
Salah satu aplikasi dalam rawatan Colour Vibration Therapy terhadap anak yang ingin diberikan rawatan untuk meningkatkan Emotional Quotient ialah dengan menyemburkannya dengan spray formula berserta niat untuk kebaikan anak tersebut ketika dia sedang tidur. Otak boleh memberikan reaksi berdasarkan komunikasi melalui niat ibu bapa.
Petua Komunikasi
Berikut ialah petua supaya orang boleh menerima kata-kata kita;
- Pandang wajah orang yang ingin disampaikan kata-kata. Jika dia tiada, bayangkan diri orang tersebut.
- Bercakap seperti anda yang mendengarnya semula.
- Bercakap juga di dalam hati terutama sekiranya berucap dengan teks atau panduan isi ringkas.
- Telah memikirkan perkara yang ingin dicakapkan itu secara berulang-ulang. Atau cakap perkara yang sememangnya telah lama berlegar di fikiran.
Faktor Keberkesanan Komunikasi
Komunikasi melibatkan keseluruhan sistem tubuh. Tanpa salah satu akan mengurakankan keberkesanan percakapan.
- Hening – niat yang mendalam akan menguatkan aura atau aliran elektromagnetik sehingga hasrat boleh dicapai walaupun sekadar menggunakan suara yang kecil atau perlahan. Tanpa keheningan, bercakap cara menjerit sekali pun tidak akan diendahkan.
- Sabar – pastikan percakapan dilancarkan ketika tidak ada persilangan (interference) atau menyampuk atau memotong percakapan.
- Ikhlas – bercakap seperti yang dihasratkan oleh hati secara telus, tidak bercakap perkara yang sebalik daripada hasrat hati. Bercakap secara kiasan atau selindung masih boleh menyampaikan komunikasi. Tetapi bercakap secara sebalik adalah satu penipuan. Bercakap tanpa ikhlas adalah umpama tidak berkomunikasi apa-apa.
- Redho – mereka yang redho akan sama ada bercakap kerana penting atau benar-benar perlu, bercakap perkara benar; Atau tidak cakap apa-apa sekiranya tidak ada perkara penting yang hendak dicakap.
Fakta Salah Mengenai Komunikasi Berkesan
Sebenarnya keboleh bercakap adalah bakat semulajadi. Kebolehan seseorang untuk berkomunikasi boleh dikenali melalui indeks pernomboran fibonacci pada nombor dua (2) (insya Allah tajuk ini akan ditulis dalam post akan datang).
Terdapat beberapa fakta logik yang didakwa memberikan keberkesanan dalam komunikasi, tetapi pada hakikatnya ia adalah lagho atau sesuatu yang mensia-siakan tenaga.
Antaranyanya ialah
- Mewujudkan suasana jenaka, bergurau, usik-mengusik.
- Meninggikan suara dalam sesuatu ayat penyata. Biasanya terjadi dalam ucapan kemudian pendengar menepuk tangan tanpa faham kenapa mereka perlu berbuat demikian. Pendengar sebenarnya tersentak kerana ketika orang yang memberikan ucapan secara membaca teks berniat untuk menarik perhatian pendengar – sememangnya pendengar tertarik.

- Bercakap secara menjerit dan berulang-ulang. Tahukan anda, alat komunikasi seperti radio amator menggunakan frekuensi yang tinggi bacaannya (tetapi lemah tenaganya). Komunikasi suara dipindahkan dalam bentuk medium frekuensi jarak tinggi hingga tahap Mega Heartz. Oleh itu, percakapan perlu diulang beberapa kali dan suara perlu ditinggikan.
Tetapi, bercakap dalam keadaan berselindung seperti kiasan atau memperli tidak termasuk dalam katagori ini kerana ia disampaikan dengan niat. Ketika itu mesej tetap akan dapat disampaikan.
Di bawah ini ialah jadual vibration komunikasi;
| Jenis Medium Komunikasi | Frekuensi | Warna Frekuensi |
| Niat yang ikhlas | bawah 0 Heartz (Hz) atau point zaro | Luar spektrum warna |
| Bercakap Dalam Hati | bawah 20 Hz | Sinar |
| Bisikan | 20 Hz ke 100 Hz | Putih, pink |
| Suara percakapan biasa | 100 Hz ke 10,000 Hz | Violet, indigo, biru, hijau |
| Suara nyaring | 100,00 Hz ke 20,000 Hz | Kuning, oren, merah |
| Radio amatur | 100 Kilo Hz ke 30 Mega Hz | Infra merah |
| Radio berfrekuensi tinggi | 100 Mega Hz ke atas (Dalam bacaan Giga Hz) | Luar spektrum warna |
Formula Vocal Modulator
Keupayaan untuk menukarkan (tranformasi) antara niat kepada suara bergantung kepada kekuatan larynx (peti suara). Tanpa kekuatan larynx, kawalan minda sedar secara fokus amat penting supaya niat yang ikhlas dapat tukarkan sepenuhkan dalam bentuk suara.
Untuk mengoptimumkan kawalan larynx supaya keheningan, sabar, ikhlas dan redho dapat ditejemahkan dalam bentuk suara semasa proses komunikasi, satu formula khas untuk suara telah dihasilkan oleh Colour Vibration Therapy iaitu Vocal Modulator.
Untuk mengoptimumkan kawalan larynx supaya keheningan, sabar, ikhlas dan redho dapat ditejemahkan dalam bentuk suara semasa proses komunikasi, satu formula khas untuk suara telah dihasilkan oleh Colour Vibration Therapy iaitu Vocal Modulator.
Dengan formula ini, insya Allah ia adalah rumus yang menyimpulkan keseluruhan kemahiran semulajadi komunikasi berkesan.





Categories:
Komen Terkini