Faktor Jenis Makanan
Makanan yang menyebabkan gout ialah makanan yang berasid. Contohnya seperti nescefe, sos, kicap, buah masam dan berwarna kuning, jeruk, minuman bergas, makanan ringan, mee segera dan sebagainya. Merokok juga menyebabkan kandungan urik asid tinggi. Sila rujuk post pertajuk Petua Pengambilan Makanan untuk penjelasan lanjut.
Walaupun makanan yang diambil kurang kandungan urik asid, tetapi amalan pemakanan yang tidak sihat seperti makan ketika memikirkan tekanan atau masalah, makan bersulam air atau makan dalam keadaan tidak fokus akan menukarkan keseluruhan makanan menjadi urik asid.
Faktor Merokok
Selain makanan, bahan yang boleh menyebabkan urik asid bertambah juga adalah penyebab kepada masalah gout seperti tabiat merokok. Merokok akan menyebkan kadar urik asid bertambah di dalam darah serta mengurangkan pengaliran gas oksigen yang mencukupi untuk meneutralkan darah.
Glucagon
Secara semulajadi, tubuh boleh memproses bahan urik asid yang berlebihan. Peranan ini dimainkan oleh organ Pankreas melalui rembesan glucagon. Glucagon sebenarnya akan menukarkan karbohidrat dan lemak menjadi tenaga.
Bahan yang tinggi urik asid semuanya akan ditukarkan menjadi lemak dan kandungannya yang banyak didalam darah menjadikan glucagon tidak dapat dirembeskan secara mencukupi. Akibatanya glucagon tidak dapat dirembeskan sepenuhnya. Percubaan pankreas untuk merembeskan glucagon secara berterusan akan melemahkan pankreas. Baki urik asid yang berlebihan akan terkumpul yang menimbulkan masalah kesihatan termasuk potensi gout.
Pankreas itu sendiri berfungsi dengan baik atau tidak bergantung kepada cara pemikiran seseorang. Pemikiran yang negatif terutama berkaitan dengan “keperihatinan” seperti ambil berat, cemburu, ,dengki, khianat, hasad dan sebagainya. Sifat negatif akan mengganggu proses rembesan semulajadi jus-jus pankreas termasuk glucagon. Sila rujuk post bertajuk Falsafah Punca Penyakit untuk penjelasan lanjut kaitan antara organ dan karektor serta perkara mempengaruhinya.
Tekanan Perasaan
Tenaga Pankreas dikawal oleh bahagian otak Medulla Oblongata. Medulla Oblongata berkaitan dengan karektor tekanan perasaan atau stress. Terlalu stress boleh mengakibatkan tenaga pankreas lemah seterusnya menjejaskan fungsi organ ini. Akibatnya urik asid mudah terbentuk.
Keseluruhannya mereka yang mengalami gout biasanya mengalami ciri-ciri seperti berikut;
- Tidak menjaga amalan pemakanan dengan betul.
- Merokok.
- Mudah stress.
Rawatan Gout
Gout biasanya dapat diatasi dengan mudah melalui kaedah rawatan Colour Vibration Therapy melalui kaedah seperti berikut;
- Merawat dengan formula NW15 – Rawatan Pankreas (sekiranya peringkat awal).
- Merawat dengan formula NW20 – Rawatan Tulang (sekiranya peringkat kronik).
- Rawatan Hidrotherapi Ais – rawatan memecah dan mengurai urik asid dan merawat gout.
Mengamalkan makan timun boleh membantu menguraikan urik asid yang amat degil dan sebati dengan kapilari darah yang sangat halus dan tidak lancar pergerakan darahnya.
Mengamalkan makan minyak zaitun membantu menyeimbangkan kadar keasidan dan kealkalian di dalam darah. Oleh itu, pembentukan urik asid tidak mudah berlaku malah ia mudah diuraikan menjadi tenaga dan menguranakan bebanan di bahagian organ pankreas dan hati.


Categories:
Komen Terkini