Faktor luaran sebenarnya amat mempengaruhi keadaan dan aktiviti sel-sel sama ada stabil atau sebaliknya. Frekuensi rendah adalah bersifat sejuk. Halaju bunyi dalam ais akan merendahkan suhu pada bahagian tekanan rendah. Suhu tubuh pula ditetapkan oleh faktor luaran yang berkadar terus dengan punca tenaga atau kuasa yang wujud pada sistem penghadaman iaitu perut.
Apabila kaki sejuk dan tengkuk menjadi panas, maka ketika itu berlaku pemindahan haba yang menyebabkan keadaaan suhu yang tidak stabil. Untuk itu, air sejuk diperlukan dan suhu badan akan kembali stabil.
Daya Atau Bunyi Dalam Rahsia Garam
Proses penurunan dalam gerakan bunyi dalam rahsia garam adalah suatu cara mempercepatkan atau menggerakkan sesuatu tenaga yang telah pegun. Daya atau bunyi akan bergerak dalam pelbagai arah. Ada pelbagai jenis daya dalam kehidupan harian. CVT mengambil langkah semula jadi menggunakan daya tekanan dalam konsep rawatan menggunakan air atau hidroterapi.
Daya Atau Tenaga
Daya tidak boleh dilihat tetapi kita percaya bahawa terdapat daya yang bertindak ke atas sesuatu objek kerana tindakan daya itu menyebabkan beberapa perubahan yang boleh diperhatikan pada objek. Daya juga boleh menyebabkan perubahan pada bentuk atau gerakan sesuatu objek. Daya boleh mempercepatkan dan juga melambatkan. Daya boleh mengubah bentuk dan juga boleh mengubah arah sesuatu objek.
- Manusia yang stabil atau sihat mempunyai daya graviti.
- Manusia yang ingin mempunyai pengaruh harus mempunyai daya magnet.
- Manusia yang ingin menarik minat seseorang harus mempunyai daya elektrostatik.
- Manusia yang ingin mencari kekuatan harus mempunyai daya nuclear.
- Manusia yang ingin berjaya harus mempunyai daya geseran.
Aktiviti Tenaga Dan Hukum Tenaga Pada Tubuh
Tubuh badan kita sebenarnya saling memerlukan dan mengeluarkan tenaga hampir sepanjang masa. Tenaga paling banyak digunakan ketika berfikir atau kreatif ketika mencari penyalesaian. Aktiviti-aktiviti tenaga berlaku mengikut keadaan masa dan perubahan gelombang. Tenaga air sebenarnya paling banyak menguasai tubuh badan kita.
Perut sebenarnya adalah pusat tenaga (solar plexus) di dalam tubuh kita. Di waktu siang (tengah hari) perut kita berada dalam keadaan gelap gelita dan wujud segi tiga di luar badan kita dengan elektron-elektron akan lebih agresif disebabkan aktiviti-aktiviti luar. Nitrogen, hidrogen dan oksigen juga akan aktif. Apabila kita makan di waktu tengah hari, kita perlu sedikit masa untuk tidur selepas itu supaya kegelapan dalam perut bertukar menjadi cahaya pada perut agar tiada kesan keracunan berlaku. Cas-cas proton dalam perut akan menjadi aktif dan berlakulah perubahan tenaga iaitu tenaga cahaya ditukar kepada tenaga kimia.
Di malam hari apabila kita tidur dalaman tubuh bercahaya, proton aktif, perut akan bekerja dan menghasilkan tenaga apabila wujudnya spectrum cahaya. Pengambilan madu atau Seri Wajah sebelum tidur akan mewujudkan tenaga cahaya. Ia menukarkan pusat tenaga kepada gelombang magnetic iaitu tenaga warna putih akan wujud bagi mengimbangkan tenaga. Malam mencipta banyak tenaga untuk menghasilkan tenaga pada siang hari keesokannya. Waktu tidur malam yang paling sesuai ialah di antara 9.00 hingga 1.00 pagi dan selepas itu haruslah bangun untuk melakukan aktiviti supaya penggunaan tenaga akan berlaku.


Categories:
Komen Terkini