Organ Pembersih Dan Tanda Nazak

Sistem log saiz tubuh genetik ditentukan oleh jenis organ pembersih seseorang. Dalam satu serkulasi pusingan darah, organ pembersih memainkan peranan penting untuk melengkapkan sistem. Ciri-ciri organ pembersih ialah;

  1. Organ terawal menerima darah dari jantung (untuk log 1 dan log 2).
  2. Organ yang terakhir mengalirkan darah ke jantung (untuk log 4).
  3. Organ umum kerana injap jantung lemah di bahagian yang normal (untuk log 3)

Kesan kelemahan injap jantung mengoptimumkan fungsi organ yang berhampiran

Kesan kelemahan daripada injap jantung akan menjadikan darah banyak mengalir di kawasan organ pertama yang terlibat dengannya. Ia mengoptimumkan organ tersebut dan organ itu digelar “Organ Pembersih”.

INJAP ORGAN PEMBERSIH SAIZ BADAN
Log 1 Hati Kurus
Log 2 Paru-paru Sangat kurus
Log 3 Buah pinggang Sederhana
Log 5 Usus Sangat gempal

Untuk maklumat lanjut sila rujuk post bertajuk Sistem Log.

Memandangkan organ pembersih merupakan organ yang paling optimum fungsinya dalam sistem tubuh, maka kelemahan organ ini menunjukkan keseluruhan tubuh adalah jauh lebih lemah. Organ pembersih ini menjadi penyukat untuk mengetahui sama ada seseorang itu masih nazak atau masih ada harapan untuk sembuh seperti sedia kala.

Hilang Sistem Log dan Personaliti

Apabila anda membaca post bertajuk Warna Diri, terdapat keadaan seseorang itu hilang warna diri.

Berdasarkan sistem log, mereka yang sistem peredaran darahnya mengambil masa melebihi 18 minit untuk kembali ke jantung menunjukkan terdapat kepincangan sistem yang serius. Mereka yang mendapat masalah penyakit kronik seperti gangguan sistem limpatik (biasanya didakwa sebagai sihir atau saka), kanser, menukar jantina dan sebagainya boleh mencapai tempoh 30 minit untuk melengkapkan sesuatu serkulasi darah dari jantung, organ tubuh dan kembali semula ke jantung.

Pengistilahan Organ Pembersih

Jantung yang dapat meneruskan proses pengemaman secara berterusan amat perlu untuk berada dalam keadaan lemah salah satu daripada empat injapnya. Organ yang paling rapat kedudukannya dengan jantung ialah Hati, Paru-paru dan Usus. Peranan orang yang terpenting ini bergantung kepada kelemahan pada sesuatu injap. Kawasan injap yang lemah akan mengoptimumkan fungsi organ pembersih disebabkan darah paling banyak beredar dalam organ tersebut. Injap yang lemah menjadikan organ yang berhubung dengan injap tersebut menerima pengaliran darah yang cukup, rata, banyak dan menyeluruh.

Satu keadaan pengecualian ialah untuk injap jantung yang ketiga atau Log 3. Log 3 menerima darah beroksigen daripada paru-paru bukan bermaksud paru-paru sebagai organ pembersih kepada mereka yang Log 3. Mereka yang Log 3 juga tidak boleh dianggap sangat sempurna kerana dalam konsep rawatan Colour Vibration Therapy, tidak boleh membuat perbandingan sesuatu log itu lebih baik dengan log yang lain. Log 3 menjadikan buah pinggang terpaksa bekerja dengan keras kerana kesemua organ pembersih asal iaitu Hati, Paru-paru dan Usus menerima darah sama rata. Akibatnya buah pinggang mereka yang Log 3 menerima lebih banyak darah. Oleh itu, telah ditetapkan bahawa organ pemberih bagi mereka yang Log 3 ialah Buah Pinggang. Berikut ialah kesimpulan organ pembersih bagi setiap log

  1. Log 1 – Hati
  2. Log 2 – Paru-paru
  3. Log 3 – Buah pinggang
  4. Log 4 – Usus

Organ pembersih berperanan untuk membersihkan sistem tubuh. Darah yang melaluinya dibersihkan malah organ itu sendiri menjalankan peranan melengkapkan sistem fisiolologi tubuh sebagai pembersih sistem.

Tanpa organ pembersih, berlaku gangguan terhadap sistem tubuh keseluruhan dan darah akan tercemar pada tahap yang sangat kritikal kerana jantung (yang dikatakan tidak akan berhenti) akan terus mengepam darah.

Daripada keseluruhan organ pada tubuh manusia, hanya akan ada satu sahaja yang akan menjalankan fungsinya secara optimum. Organ pembersih adalah organ yang paling optimum tugasnya sepanjang hayat seseorang. Keadaan ini menjadikan organ ini diistilahkan sebagai “Organ Pembersih”.

Jantung Tidak Pernah Lemah

Jantung bukan penentu keupayaan tubuh atau jangka hayat seseorang. Apabila seseorang itu didakwa mengidap penyakit jantung atau “lemah jantung”, bukan bermakna seseorang itu mengidap penyakit kronik dan diramalkan sebagai pendek umur.

Jantung sebenarnya tidak akan berhenti berdenyut disebabkan tenaga infrasonik terpendam didalamnya. Sistem binaan organ jantung akan terus mengepam darah tanpa henti disebabkan oleh kelemahan salah satu daripada injapnya dalam keadaan semulajadi dan ini adalah fenomena normal. Jantung hanya akan berhenti mengepam darah apabila lebih daripada satu injap menjadi lemah atau kemusnahan fungsi organ pembersih.

Hakikat sebenarnya organ pembersih yang menentukan keadaan seseorang itu kronik atau tidak. Malah keadaan organ pembersih adalah penentu sama ada seseorang itu berada dalam keadaan nazak atau masih ada harapan untuk kembali sembuh. Memandangkan kaitannya dengan jantung sebagai organ terawal dan organ terakhir terlibat dalam serkulasi darah, maka gangguan terhadap organ pembersih memberikan kesan ketara terhadap jantung.

Tanda Nazak

Ada pesakit yang mendapat kemalangan yang amat parah dan berada dalam keadaan koma. Selagi organ pembersihnya berada dalam keadaan sihat dan tidak tercedera, maka selagi itu usaha tidak harus dihentikan untuk mengembalikan kesedaran pesakit (sedar dari koma).

Dalam keadah rawatan klasik (allopathic medicine), tidak ada keilmuan atau pengistilahan “Organ Pembersih”. Di hospital (wad kecemasan atau paramedik), sekiranya seseorang itu telah dikesan terhenti nafas dan nadinya, sedangkan keadaan organ tubuh berada dalam keadaan baik, tubuh akan dikenakan renjatan elektrik atau Electrical Cardioversion dan jantung akan kembali mengepam darah serta pernafasan (inspirasi dan ekspresi) berlaku secara normal secara semulajadi.

Dalam kaedah rawatan Colour Vibration Therapy, terdapat beberapa formula sebagai alternatif yang jauh lebih pantas kesannya untuk menggantikan peranan Electrical Cardioversion, antaranya;

  1. Aromatherapy Seri Wajah – mempunyai elektron yang paling resonan dan mengembalikan tenaga infrasonik jantung secara serta merta.
  2. Liquid Chlorophyll – membantu respirasi (penyerapan oksigen oleh tubuh) dan menyebabkan inspirasi semulajadi (penarikan nafas) tanpa bantuan oksigen (sebenarnya oksigen telah berada di persekitaran, maka tangki oksigen tidak perlu diwajibkan).
  3. Formula 99 (ES99) – alternatif kepada Electrical Cardioversion dengan cara mempertenagakan jisim otot jantung.

Apabila organ pembersih berada dalam keadaan yang lemah, maka keseluruhan tubuh juga akan turut lemah. Ketika itu seseorang yang lemah organ pembersih ini hanya akan terlantar dan hilang keupayaan untuk bangun atau bangkit walaupun untuk duduk.

Nazak ialah penyakit kematian yang tidak dapat dirawat lagi. Nazak ialah keadaan organ pembersih telah gagal berfungsi sepenuhnya. Pesakit boleh jadi masih ada ingatan atau hilang sedar atau koma. Sepanjang tempoh nazak, jantung dan nafas masih berterusan.

Tanda-tanda jelas di bawah ialah simptom yang menunjukkan organ pembersih telah berada dalam keadaan “mati” atau gagal berfungsi atau keadaan penyakit kronik seseorang telah berada pada peringkat nazak.

Log 1 – Hati

Hati yang lemah mengganggu sistem log 1

Peringkat Awal

  1. Beberapa bulan mengalami masalah gangguan atau kelemahan organ hati. Seperti jangkitan kuman, mata kabur, sakit belakang yang berlanjutan.
  2. Najis seperti lumpur, berwarna pucat atau gelap, tidak berbau seperti najis.
  3. Antara penyakit kronik yang dihidapi ialah liver cirrhosis, hepatitis atau biliary atresia.
Pada peringkat akhir

  1. Perut membusung dengan ketara. Perut keras dan membesar dengan pantas. Kelihatan seperti belon, kulit perut tegang dan menipis.
  2. Tidak mahu makan dan tidak boleh menelan. Kemungkinan kerap sendawa tanpa henti. Tidak boleh hadas angin.
  3. Bagi kanak-kanak – simptom atau penyakit biliari atrasia.
Peringkat penghabisan

  1. Apabila hati gagal berfungsi sepenuhnya, pesakit serta-merta berada dalam keadaan koma atau hilang ingatan. Ketika itu jantung dan nafas masih berlanjutan. Ketika ini pesakit tidak dapat diselamatkan lagi. Keadaan ini dipanggil nazak kerana jantung dan pernafasan masih berlaku sedangkan tubuh keseluruhan telah “mati”. Keadaan ini boleh berlanjutan dalam tempoh beberapa minit atau jam hingga ke beberapa hari.
Log 2 – Paru-paru

Paru-paru yang lemah menjejaskan sistem log 2

Peringkat Awal

  1. Biasanya mengalami masalah berkaitan dengan pernafasan yang kronik.
  2. Sama ada lelah, asma atau sebagainya.
  3. Alveolus mengalami emfisema (emphysema alveoli).
Pada peringkat akhir

  1. Proses pernafasan tidak berlaku lagi. Pernafasan dibantu dengan alat bantuan pernafasan.
  2. Respirasi masih berlaku, tetapi inspirasi dan ekspresi (penarikan dan hembusan nafas) tidak dapat dilakukan dengan sendiri.
Peringkat penghabisan

  1. Apabila paru-paru gagal berfungsi sepenuhnya, respirasi juga tidak berlaku. Jantung masih berdenyut.
  2. Otak tidak menerima oksigen dengan cukup mengakibatkan kematian sel-sel otak.
  3. Tubuh menjadi reput, mudah melecet dan pucat atau gelap warnanya kerana ketiadaan oksigen.
  4. Sebaik sahaja alat bantuan pernafasan dihentikan, jantung akan turut berhenti selepas beberapa minit.
Log 3 – Buah pinggang

Kelemahan buah pinggang menggangu sistem log 3

Peringkat Awal

  1. Kerap mendapat masalah sembab pada wajah dan kaki. Biasa digelar bengkak air. Kaki kelihatan mengelembung dan lembik seperti agar-agar.
  2. Keadaan buah pinggang adalah seperti polycystic kidney (kecut berkematu dan dipenuhi bakteria).
  3. Antara penyakit yang berisiko bagi mereka yang log 3 ialah stroke (angin ahmar).
Pada peringkat akhir

  1. Pesakit hilang keupayaan untuk bangun dari pembaringan. Pesakit akan terlantar dalam tempoh yang lama.
  2. Darah mulai tercemar dan sakit kepala ketika duduk.
Peringkat penghabisan

  1. Apabila buah pinggang gagal berfungsi sepenuhnya, pesakit tidak membuang air kecil selama beberapa hari dan diserang stroke secara mengejut. Sebenarnya ini ialah peringkat awal, akhir dan penghabisan yang pantas dan serentak. Oleh itu, ia tidak dikesan pada peringkat awal.
  2. Sekiranya tidak diserang stroke, pesakit yang terlantar ini sudah tidak membuang air kecil selama beberapa hari. Ketika itu darah telah tercemar dengan teruk. Bengkak air menjadi semakin kelihatan ketara di seluruh tubuh.
  3. Tangan dan kaki menjadi sejuk terutama mereka yang bersistem (level) Emosi.
  4. Apabila buah pinggang tidak berfungsi sepenuhnya, pesakit ini serta merta tidak boleh bangun, tidak buang air kecil, bengkak air meningkat dan tidak sedarkan diri (koma) atau hilang ingatan. Sebenarnya ini ialah tanda nazak atau tubuh telah pun mati walaupun degupan jantung dan nafas masih ada. Keadaan ini boleh berlanjutan antara beberapa minit, jam atau beberapa hari.
Log 4 – Usus

Kelemahan Usus mengganggu sistem log 4

Peringkat Awal

  1. Tubuh sangat obes.
  2. Mata kemerahan.
  3. Boleh juga terjadi tubuh terlalu kurus kering sekiranya pesakit mengalami masalah kolestrol tinggi atau penyakit berkaitan injap jantung.
  4. Kerap mendapat simptom berkaitan dengan usus seperti buasir, sembelit, cirit birit.
  5. Beberapa kombinasi masalah usus terjadi serentak seperti usus terhimpit, usus jatuh, diverticulitis (jangkitan bakteria), colonic polyps (ketumbuhan), ulcerative colitis (punca berak berdarah), irritable bowel syndrome (struktur usus musnah).
  6. Boleh juga terjadi masalah hernia (testis membengkak) akibat dipenuhi oleh tisu usus yang roboh masuk ke dalam scrotum.
Pada peringkat akhir

  1. Pesakit hilang keupayaan untuk bangun dari pembaringan. Pesakit akan terlantar dalam tempoh yang lama.
  2. Pesakit tidak boleh membuang air besar atau hadas aingin beberapa hari atau beberapa bulan. Darah mulai tercemar.
  3. Perpeluhan berbau masam.
Peringkat penghabisan

  1. Apabila usus gagal berfungsi sepenuhnya, pesakit tidak dapat tidur atau terus tidur berterusan. Tubuh sebenarnya telah mati tetapi jantung dan nafas masih berterusan untuk beberapa minit atau jam atau beberapa hari.
  2. Sebenarnya sebaik sahaja usus tidak berfungsi, ia menjadi sejuk. Perut menjadi naik membukit. Sebenarnya dalam usus telah terdapat bakteria dan larva (berulat).
  3. Cuba letakkan tangan pesakit menindih perut supaya pembesaran perut tidak berlaku.
  4. Perut yang besar ini lembik. Ia dapat dibezakan dengan mereka yang log 1 melalui saiz tubuh. Log 4 mempunyai saiz tubuh yang besar. Log 1 mengalami perut busung yang keras, kuning dan licin seperti belon.
  5. Sekiranya pesakit telah meninggal dunia, cuba letakkan objek sederhana berat di atas perut sebagai memberi tekanan untuk mengelakkan larva membiak dengan cepat. Jika tidak, ia boleh menyebabkan perut mudah pecah terutama jika lewat dikebumikan.

Kesimpulan

  1. Log 1 – busung keras.
  2. Log 2 – tidak boleh bernafas (bergantung dengan alat bantuan pernafasan).
  3. Log 3 – bengkak air / kulit lembik seperti agar-agar
  4. Log 4 – tidak buang air besar, perut membesar

Keheningan

Kebanyakkan waris akan segera merujuk kepada pengamal-pengamal alternatif sekiranya mendapati keadaan pesakit agak kritikal. Dalam kebanyakkan kes, pesakit ini telah discaj daripada hospital atau pihak hospital menolak daripada menerima pesakit ini dimasukkan ke wad.

Setiap kali rawatan hendak dijalankan terhadap pesakit, perkara pertama yang akan didiagnos ialah sistem log untuk mengetahui sama ada organ pembersih masih ada potensi atau telah gagal sepenuhnya.

Sekiranya didapati ada potensi, sebenarnya pesakit tidak nazak dan masih boleh dijalankan ikhtiar sepenuhnya untuk membantu memulihkan pesakit. Selagi masih ada tisu yang sihat pada organ pembersih, maka organ tersebut masih ada harapan untuk menerima rangsangan terapi vibration yang akan diberikan sehigga boleh membina semula struktur asal.

Antara pesakit yang biasanya akan didiagnos sistem log terlebih dahulu ialah;

  1. Orang tua yang telah terlantar.
  2. Pesakit kanser kronik.
  3. Penyakit-penyakit kronik seperti denggi, AIDS atau sebagainya.
  4. Mangsa kemalangan parah.

Sekiranya didapati organ pembersih telah gagal sepenuhnya, ia akan dimaklumkan kepada waris. Tetapi rawatan diteruskan untuk cuba mengembalikan semula keterangan dan ketenteraman pesakit daripada masalah gangguan ketika saat akhir hayat seperti meracau, tidak mengenali orang sekeliling, koma dalam tempoh yang lama dan sebagainya.

Kes kematian misteri seperti meninggal secara tiba-tiba adalah akibat kegagalan organ pembersih yang disebabkan oleh faktor kehilangan gelombang infrasonik. Antara faktornya ialah kerana kekurangan gula yang banyak (kesan psikologi terlalu perihatin atau terlalu berkorban untuk kebahagian orang lain – menyukai warna coklat berlebihan – perkara ini akan diterangkan dalam post yang lain, insya Allah). Akibatnya jantung terhenti secara mengejut walaupun otot jantung masih kuat dan sihat.

Kepada mereka yang telah membuka fail dengan saya tetapi belum mengetahui sistem log dan warna diri, sila rujuk semula dengan saya Dr. Ariffaizal, Tel atau SMS ke 012-4008972 atau email saya seperti alamat yang tertera di bawah.

6 comments

  1. Anonymous says:

    Aromaterapi seri wajah ni macam kotak first aid le atau semua rumah perlu simpan produk CVT

  2. OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) says:

    salam

    http://aberamly.wordpress.com

    http://ramlyotai.blogspot.com

    http://awanggedeber.blogspot.com

    abe anok kelong jati
    salam buat dinasti pok su loh

    dr.. tk kerana maklumat yang amat bernilai

  3. aMirah says:

    Assalammualaikum,

    Doktor,
    Saya mempunyai seorg kwn yg menghidap lemah paru-paru.Bagaimana ia berlaku & mengapa?
    Apakah kaedah rwtn yg boleh dilakukan. Apakah kesan jika mengabaikan penyakit lemah paru-paru ini..?

    Sekian, terima kasih.

  4. Prof. Dr. Ariffaizal Mohd Nor Ariffin says:

    aMirah, waalaikum salam.

    Peru-paru mengawal karektor emosi, kecintaan, kesedihan dan kelapangan jiwa.

    Jika soalan ini berbentuk umum dan ingin mengetahui punca penyakit yang paling dasar, penyakit paru-paru terjadi apabila seseorang itu gagal mengawal emosi dan kesedihan. Apabila paru-paru gagal mengawal emosi, maka sel alveolus mulai menjadi terlalu panas dan gagal menjalankan respirasi (pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida) dengan berkesan. Tisu-tisu alveolus yang lemah akan menyebabkan bakteria sukar dibendung dan memudaratkan lagi keadaan paru-paru.

    Sama ada sesuatu kesan itu bertambah mudarat atau tidak adalah bergantung kepada kekuatan emosinya dikawal.

  5. I really liked reading your post!. Quallity content

  6. julia says:

    perut saya buncit, badan sering sakit dan penat.perut selalu kembung dan susah nak kentut. saya juga ada hiv. dah 10 tahun saya mendapat rawatan di hospital dan mengatakan kesihatatn saya baik. saya juga tak puas bila buang air besar seolah ada lagi. doktor adakah caranya untuk saya..
    buat pengetahuan dulu saya tidak suka warna coklat tetapi sekrang saya ama suka..

Leave a Reply