Wangi-wangian itu sebenarnya pemakanan kepada otak anda. Pendapat Sains Fizik terhadap wango-wangian ke atas kulit atau dekat pada diri anda secara menyeluruh sebenarnya akan menyerlahkan atau menghampirkan diri anda kepada unsur-unsur tenaga yang positif dan menguntungkan. Wangi-wangian yang ditambah dengan tenaga amat memberi kesan yang sangat sempurna. Wangi-wangian yang menyegerkan otak anda akan membenarkan otak bekerja secara optimum untuk memperbaiki berbagai keadaan negatif kepada positif.
Wangi-wangian dengan pengimbang getaran warna menyeimbangkan tahap lapisan tenaga atau lingkaran elektromagnetik tubuh yang selalu mengalami perubahan yang halus tanpa disedari. Maklum balas yang negatif seperti ini jika dibiarkan berterusan akan mempercepatkan kejadian penyakit genetik yang memang ada pada diri seseorang. Pada masa ini sesuatu yang sebenarnya sangat rasional dan telah diterima pakai bahawa banyak masalah gangguan mental yang dicerminkan seperti di atas sebenarnya akan menular ke mana-mana bahagian fisiologi tubuh dan menimbulkan bebanan toksik untuk penjadi penyakit.
Inilah dikatakan perawatan secara gerak hati, penambahan ilmu dan peningkatan naluri yang positif. Merawat otak dengan oksigen yang menyegarkan atau memberi tenaga kepada otak akan menaikkan tahap tenaga getaran di dalam otak. Sel-sel akan terbina semula, pertahanan semaik kebal kepada serangan virus.
Formula Sinar
Sinar ialah formula getaran wangian-wangian untuk makanan otak. Kecederaan akut (kecederaan baru sama ada kecil atau parah) menunjukkan kehilangan wangi-wangian otak yang banyak. Formula sinar ialah ikhtiar membantu mengembalikan semangat, kededaran (daripada mai-mai) atau trouma akibat kemalangan secara serta-merta.



Categories:
Komen Terkini