Menguatkan Sistem Kederiaan
Formula SINAR mempunyai frekuensi yang paling laju iaitu bacaan yang paling rendah pada range yang tinggi. Pada bacaan frekuensi di bawah 300 nanometer atau di bawah 20Hertz, getaran formula sinar adalah sangat laju. Ciri-ciri ini menjadikan sinar dapat merangsang semua keadaan saraf dan sistem kederiaan untuk walau sebarang keadaan sekali pun. Formula ini hampir diperlukan oleh semua orang dan boleh diambil walaupun ketika dalam keadaan sihat sebagai perangsang utama untuk mendapatkan manfaat tenaga persekitaran. Tenaga persekitaran dapat diperoleh daripada sumber pemakanan, rawatan ubat-ubatan semula jadi, mandi air sejuk, tidur yang lena atau sebagainya. Dengan mengamalkan formula SINAR, semua manfaat persekitaran dan amalan harian dapat dirasai kesannya dengan ketara.
Berikut ialah jenis keadaan yang tinggi range;
- Kerunsingan / Stress / Kekeliruan – boleh terjadi akibat kesakitan atau bebanan kerja dalam keadaan kesihatan tubuh yang kurang baik.
- Panas baran / Kemurungan – akibat gangguan sistem hormon (biasanya kerana faktor pemakanan dan pengambilan makanan berkolesterol tepu). Boleh menyebabkan kekeliruan, kerunsingan, stress dan mencetuskan keganasan.
- Kegelisahan / Cemas – berpunca daripada gangguan sistem emosi, menunjukkan kelemahan sistem jantung dan paru-paru. Ia boleh menurunkan kadar oksigen dalam darah. Menyebabkan peluh berlebihan dan menurunkan kadar asid folik serta meneral dalam tubuh. Ia boleh melemahkan kekonduksian sistem koordinasi tubuh disebabkan kelemahan sistem saraf yang kekurangan mineral sehingga mengakibatkan keseluruhan tubuh berada pada range tinggi yang berlanjutan.
- Kejutan / Trauma – berlaku akibat kemalangan, perubahan budaya, dicederakan secara fizikal mental dan emosi, hentakkan atau terjatuh, diserang penyakit secara mengejut seperti demam panas tiba-tiba, keracunan makanan, jangkitan kuman secara tiba-tiba seperti cirit-birit atau denggi.
- Kemalangan, Kecederaan, Kesakitan yang pedih – keadaan ini terjadi semasa range tinggi resonance dengan Hukum Keseimbangan contohnya orang yang cemas memandu kereta bertembung dengan orang yang sedang panas baran.
Keadaan range tinggi yang disenaraikan di atas akan menyebabkan gelombang otak dan keseluruhan sel terutama sistem saraf berada pada bacaan frekuensi yang sangat tinggi range nya. Semasa dalam keadaan range yang tinggi, rawatan pemulihan yang bersifat range rendah amat sukar mencapai resonance atau keserasian untuk tujuan terapi kepada kecederaan atau masalah yang disenaraikan di atas. Hanya rawatan renge tinggi sahaja yang sesuai untuk memberikan kelegaan terhadap masalah renge tinggi di atas. Antaranya ialah tuaman panas, pengambilan steroid atau morfin (yang diberi oleh rawatan alopati di hospital). Kesemua kaedah rawatan bersifat range rendah jenis ini (iaitu panas atau bersifat kimia atau mengandungi steroid) tetap akan menjejaskan tubuh kerana mengambil masa yang lama untuk dineutralkan.
Meraka yang berterusan berada dalam keadaan kehidupan yang tinggi range nya seperti mudah cemas, suka merungut, cerewet, banyak soal, tergesa-gesa, bertindak melulu dan sebagainya akan berterusan mengambil minuman panas, mandi air panas, mengambil aspirin atau parasetamol (Panadol) sekiranya mendapat kesakitan.
Berikut ialah tiga keadaan range dan pengaruhnya terhadap sel dan maklumat DNA
- Range Tinggi – rangsangan saraf untuk kelegaan
- Range Sederhana – rawatan dan pemulihan kepada keadaan asal dan semula jadi
- Range Rendah – Pencegahan dan pertahanan
Alternatif Range Tinggi Yang Bermanfaat
Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan rawatan range tinggi yang tidak memudaratkan, tidak tersimpan dalam tubuh sebagai toksik dan boleh dicernakan oleh tubuh secara semula jadi walaupun diambil secara berlebihan. Antaranya ialah
- Sifat hening, ikhlas, sabar, redho – memerlukan kawalan minda yang rasional, keimanan yang tinggi (ketinggian tahap spiritual), dan kewarakan (rajin beribadat).
- Berada di tempat yang hening dan berelektron tinggi – seperti dalam gua yang tidak dihuni kelawar, berada di taman bunga, berada di kawasan air terjun.
- Bau-bauan semula jadi – didapati daripada bunga-bungaan semula jadi.
Formula SINAR merupakan gelombang bau-bauan yang sangat harum yang hanya boleh dihidu oleh otak. Bau-bauan ini berada pada range yang tinggi dan menterapikan masalah yang berkaitan dengan range tinggi yang disenaraikan di atas.
Di bawah ini ialah ringkasan penjelasan mengenai manfaat yang diperolehi daripada ikhtiar mengambil formula SINAR.
Keberkesanan Mengamalkan Petua
Di bawah ini ialah link ke post-post yang telah diterbitkan sebagai panduan dan petua yang bermanfaat. Antaranya ialah Tidur Sebagai Rawatan, Terapi Kambing, Petua Pengambilan Pemakanan, Rahsia Kelebihan Ais
Dan banyak lagi petua-petua lain yang diselitkan ke dalam setiap post yang diterbitkan. Keberkesanan petua yang disarankan ini bergantung pada tahap range seseorang. Mereka yang berada pada range yang rendah, amat mudah mendapat kesan petua-petua ini dan hampir tidak memerlukan ubat untuk sembuh, insya Allah. Dengan mengamalkan Formula SINAR, kesan manfaat daripada petua-petua ini dapat dirasai.
Meredakan kecederaan baru dengan segera
Kecederaan baru berpunca daripada range yang tinggi. Rasa mengeluh, tercakap perkataan “aduh!” atau seumpamanya, menghina memaki atau menyumpah punca kecederaan menunjukkan tahap range amat tinggi.
Kecederaan ini kemungkinan akan meninggalkan parut atau kesan trauma sekiranya dibiarkan berterusan. Dengan cara mengambil terus formula SINAR sejurus setelah mengalami sesuatu kecederaan, insya Allah ia boleh mengelakkan trauma akibat kecederaan, kesan parut di samping meredakan kesakitan secara semula jadi.
Meredakan stress dan rasa kelam kabut
Adakah anda pernah terlihat atau mengalami seperti sindrom Mr. Bean atau seperti watak Goofy (watak karton disney) yang gelojoh, cuai dan kelam kabut?
Ini ialah sejenis fenomena yang terjadi akibat ketidakseimbangan antara karakter dan organ yang terhalang oleh sistem kederiaan iaitu kelemahan pada organ-organ spiritual (NW 1 hingga NW8). Akibatnya seseorang membuat sesuatu perkara tanpa berhati-hati, terburu-buru, tidak ada hubungan dengan alam sehingga menyebabkan kecuaian dan boleh mencetus kemalangan atau kecederaan.
Menenangkan pemikiran yang keliru
Dalam keadaan yang tertekan, kelam kabut, ia boleh menyebabkan pemikiran terkeliru. Kekeliruan ini akan menghalang keputusan yang rasional. Ia juga boleh menyebabkan pemikiran terbantut atau buntu.
Merawat dengan formula SINAR ialah ikhtiar untuk meredakan kekeliruan dan membantu seseorang membuat keputusan dan pilihan yang rasional.
Mengembalikan tenaga akibat kelesuan
Kelesuan dan kehilangan tenaga mengambil masa yang lama untuk dipulihkan. Pemulihan memerlukan seseorang mendapatkan mandi air sejuk, makan makanan yang segar, minum air sejuk dan tidur yang delta. Kesan pemulihan ini pula boleh jadi mengambil masa satu malam, atau satu hari atau boleh jadi berhari-hari. Misalnya seseorang yang baru pulang daripada program perkhemahan mengambil masa seminggu untuk mengembalikan tenaganya yang hilang.
Dengan Formula SINAR, proses rawatan semula jadi menjadi lebih cepat. Formula SINAR membantu terapi semula jadi seperti mandi air sejuk, makan makanan yang segar, minum air sejuk dan tidur yang delta menjadi lebih resonan.
Mengheningkan keadaan yang kalut, cuai atau dungu
Satu keadaan yang terjadi akibat pemikiran yang pasif, kerap cuai hingga menjadikan seseorang itu dungu akan menjadikan seseorang itu seperti ditimpa malang berturut-turut dalam sesuatu masa.
Contohnya seseorang itu ingin melakukan urusan kerja lawatan ke luar negara, bermula dari dalam perjalanan teringatkan barang yang tertinggal. Kemudian setibanya di lapangan terbang telah diragut beg. Turun di lapangan terbang, berhadapan dengan kehilangan bagasi. Seterusnya berhadapan dengan urusan dan prosedur birokrasi yang rumit akibat kehilangan, tercicir dan sebagainya. Sebagai orang Islam, jika berlaku ujian demi ujian begini, kita hendaklah segera melalukan solat sunat taubat.
Dalam keadaan kerumitan dan kekalutan ini, ia adalah satu fenomena terikat dengan “jisim dan graviti”. Sila rujuk post bertajuk Asas Teori Ruang dan Masa untuk memahaminya.
Persediaan kepada tubuh sebelum menerima sesuatu nutrient (zat makanan) atau rawatan vibration (formula-formula CVT).
Segala bentuk getaran yang memberi kesan rawatan dan terapi perlu berada dalam keadaan range yang rendah. Tubuh yang berada dalam keadaan renge yang tinggi perlu direndahkan supaya lebih mudah mendapat resonan dengan mana-mana rawatan terapi semula jadi sama ada formula-formula rawatan CVT, atau herba, atau nutrien dan sumber pemakanan, alam sekitar semula jadi yang bersih seperti kawasan air terjun, taman bunga, gua batu kapur, gua garam dan sebagainya.
Pengambilan Formula SINAR ialah ikhtiar terbaik untuk mendapatkan pemulihan kepada keadaan range tinggi dengan cara yang pantas dan serta-merta.
Kesimpulan
Selain Formula SINAR, antara cara untuk mendapatkan kesan rawatan renge rendah yang cepat dan jauh lebih baik antaranya ialah solat sunat Tahajud. Iltizam dan mujahadah melawan nafsu akan meningkatkan kadar rembesan melatonin yang menjadi terapi sinar semulajadi tubuh.
Cara Penggunaan Formula
Terdapat dua cara penggunaan;
- Untuk kesan rawatan serta-merata, sila ambil 4 ke 7 biji dan kemam setiap 15 minit. Ulangi sepanjang hari.
- Untuk rawatan kesan jangka panjang, sila ambil sebiji dan kemam setiap 1 minit sepanjang hari atau sekurang-kurangnya selama 1 jam.
Formula ini hendaklah diambil untuk sehari sahaja. Tidak perlu diambil pada hari yang berikutnya. Simpan baki formula ini untuk rawatan range tinggi pada masa akan datang. Ia boleh dimakan pada bila-bila masa siang atau malam.
Tawaran Kepada Pelanggan Blog
Mereka yang telah melanggan blog ini layak menerima formula ini secara percuma. Sila lengkapkan Borang Tuntutan di bawah dan penuhi syarat yang dikehendaki. Borang Tuntutan ini cuma muncul di dalam blog yang sebenar sahaja sebaliknya tidak muncul melalui email atau “RSS Feed Reader” anda. Sila klik tajuk post ini untuk terus masuk ke blog.
Bagi yang belum melanggan blog ini, sila berbuat demikian dengan 3 langkah mudah seperti berikut;
- Masukkan email anda di bahagian “Subscribe For Free” yang terdapat di bahagian atas kiri side bar blog ini. Anda perlu membuat “verification” iaitu pengecaman abjad sebagai prosedur anti-spam dan pengenalpastian sama ada anda telah melanggannya atau belum.
- Anda akan menerima email yang meminta anda mengesahkan email anda. Pengesahan ini bertujuan untuk memastikan email yang dimasukkan di peringkat 1 tadi adalah benar dan wujud dan untuk memastikan email yang dimasukkan tadi adalah sahih kepunyaan anda. Untuk mengesahkannya, cuma perlu klik link yang ditunjukkan.
- Setelah pengesahan email, maka proses langganan telah selesai. Setiap kali blog ini ditulis post yang baru, anda akan dapat membacanya terus melalui email.
- Kemudian anda boleh menuntut hadiah Formula SINAR ini dengan cara melengkapkan Borang Tuntutan di bawah.
Butiran pada borang yang diberikan akan dirahsiakan dengan penuh rasa tanggung jawab serta selamat daripada spam. Sila beri tempoh dalam lingkungan 30 hari untuk proses tuntutan. Untuk mereka yang tinggal di luar negara Malaysia, sila hubungi saya untuk perbincangan proses tuntutan.
Harga sebenar Formula SINAR ialah RM30. Maklumat lain mengenai Formula SINAR sila rujuk kategori Sinar
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada mereka yang melanggan. Diharapkan anda meneruskan langganan ini untuk manfaat diri dan keluarga disamping berpeluang mendapat pelbagai tawaran istimewa pada masa yang akan datang, insya Allah.
Penerima: Majuba Enterprise
Jumlah Bayaran: $2 USD
Pembayaran melalui Maybank2u atau bank in, sila rujuk di bahagian bawah blog ini




Categories:
Salam doktor..saya memilih untuk mendapatkan formula Sinar percuma ini melalui pos..jadi bolehkah saya dapatkan alamat doktor agar saya boleh mengirimkan bayaran penghantaran kepada doktor?
Alamat Dr. Arif kan ada kat bawah, siap dengan peta lokasi sekali.
owh..tk prasan..thanks ye
Salam
Bagaimana seseorang itu boleh terikat dgn “jisim dan graviti” sehingga menimbulkan keadaan yg bertimpa-timpa dalam masa yg serentak?
Kita tidak terlepas daripada pengaruh jisim berat yang mempengaruhi pemikiran dan tindakan seseorang supaya tidak mahu berganjak untuk maju.
Contoh yang menyebabkan tubuh kita berjisim berat ialah dengan mengambil fiber kasar. Misalnya memakan pisang goreng yang digoreng dalam minyak masak kelapa sawit secara berulang-ulang. Minyak masak tersebut telah menjadi logam berat. Pisang Goreng tersebut telah menjadi fiber yang diselaputi oleh logam berat. Mereka yang memakan makanan ini menjadikan sikapnya takut untuk berusaha dan maju atau tidak mahu berganjak daripada sesuatu prinsip atau pandangan peribadi. Ini terjadi kerana ususnya terbeban dengan fiber kasar dan otak pituitari nya lemah akibat terbeban dengan logam berat. Akibatnya kehidupannya seolah-oleh terikat dengan graviti.
Dari contoh yang sama juga kita lihat peniaga pisang goreng yang juga pemakan pisang yang digorengnya masih meneruskan perniagaannya itu walaupun telah lebih 10 tahun sedangkan rakan-rakan sekeling telah jauh berubah.
Jisim berat selain boleh menjejaskan lingkaran elektromagnetik atau aura, ia juga menjadikan seseorang itu tidak bergerak daripada kedudukannya. Selain aura yang tercemar dan menarik perkara yang dapat menyeimbangkannya (iaitu pekara yang boleh menjejaskannya), tempat kedudukannya pula terdedah kepada arus tenaga yang berubah-ubah. Sekiranya dia dilanda arus tenaga yang memudaratkan sedangkan dia tidak berganjak, dia akan ditimpa keseimbangan-keseimbangan ini secara berturutan.
Salam
Jadi adakah ini juga menjelaskan perkara seperti perceraian yg dilalui oleh org tua akan berulang kembali pada si anak dan keturunan seterusnya sedangkan si anak tidak mahu keadaan seperti itu berlaku? Adakah ini juga bermaksud bahawa si anak juga terperangkap dalam tarikan graviti?
Terdapat tiga keadaan fenomena penyakit yang telah lama dijumpai sejak dahulu. Ia lebih mudah difahami sekiranya diterangkan secara saintifik dan lebih mudah disebut sekiranya disebut dalam istilah tradisional.
Perkara itu ialah;
Saka = Secara saintifik ia adalah bawaan genetik.
Sihir = Secara saintifik ia adalah gangguan karektor yang sangat cenderung kepada pemikiran negatif yang konsisten.
Tumpangan = Secara saintifik ialah gangguna spiritual dan pemindahan tenaga yang lemah.
Setiap satu mempunyai penjelasan yang sangat mendalam. Sebagai ringkasan, perceraian yang diwarisi oleh anak adalah akibat maklumat genetik (saka) yang masih belum dipulihkan. Akibatnya generasi baru masih mempunyai karektor dan tabiat atau kecenderungan yang sama.
Ia boleh dirawat dengan beberapa perkara antaranya
1. Solat hajat, berdoa kepada Allah.
2. Mengeluarkan sedekah dan beristighfar (memohon ampun kepada Allah).
3. Ikhtiar mencari penawar.
Kita tidak digalakkan membuat andaian kepada seseorang hanya dengan melihat latar belakang keturunannya. Ini kerana kemungkinan orang yang diandaikan itu sedang pulih atau terlepas daripada bawaan genetik tersebut.
Dear Sir,
I am Cahyana, a Sundanese descendant who live among the Javanese people in Yogyakarta, Indonesia.
I am very proud of your creative thought on alternative medication that have also been practiced widely in Indonesia. I believe also that human being has been created wholistically by the Creator, the Almighty God, that everyone should think back on how to live wisely within God’s creative environmental setting in order to get the best condition of health need. How to make it revealed widely is now laid also in your heart, head and hand.
assalamualaikum..dr saya pernah menagmbil produk EQ ni semasa umur saya 16 tahun..dan sekarang 21 tahun..saya x pasti apa yang saya alami ini berpunca dr EQ ni atau tidak..tetapi selepas penggunaan EQ saya rasa diri saya mengalami banyak perubahan..saya dah x boleh minum minuman yang berkafien spt teh,kopi nescafe,dan juga kadang2 minuman berkarbonat..jika saya mengambil minuman tersebut badan saya terasa sejuk dan menggeletar..adakah ini effect dr EQ tersebut.
Cahyana; Thank for your support. How to make it revealed widely is laid on God Willing.
EQ; EQ dihasilkan daripada air Zam-zam dan Gingko Biloba. Ia mempunyai tahap mineral ringan yang mempunyai kealkalian yang mantap dan seimbang.
Kekuatan imnune dan sistem kawalan biotik tubuh mempengaruhi kebolehan seseorang untuk menerima sesuatu makanan terutamanya makanan yang tinggi kolestrol tepu dan berasid.
Makanan seperti teh, kopi nescafe,dan minuman berkarbonat adalah bersifat tinggi asid. Sekiranya pankreas lemah diikuti dengan kelemahan pada sistem kawalan biotik (NW5), maka kita tidak ada daya ketahanan untuk menghadam makanan yang berasid.
Cuba perhatikan sejak akhir-akhir ini atau satu tahun kebelakangan sama ada kerap mengambil ubat-ubatan di hospital, panadol, ubat batuk atau sebagainya. Jika ada, ia akan melemahkan Sistem Kawalan Biotik Semula Jadi (NW5).