Untuk keterangan lanjut sila rujuk kategori Applied Kinesiology dalam blog ini.
Bentuk Tenaga Tekanan Rendah
Tenaga yang bertekanan randah (penyakit) mempunyai sifat asas tenaga iaitu berkeupayaannya berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain dan mempunyai keadaan jisim yang berbeza.
Secara kimia, tenaga bertekanan rendah adalah bersifat nyah elektron (berasid), mempunyai pergerakan yang rawak (tidak tentu hala dan liar), mempunyai ikatan molekul yang menjarak (panas).
Sifat kimia ini menjadikan keadaan jisim tenaga bertekanan rendah boleh berubah-ubah kepada empat bentuk seperti berikut
- Pepejal
- Cecair
- Gas
- Plasma
Jadual di bawah menunjukkan contoh keadaan jisim.
|
KEADAAN JISIM |
KETERANGAN |
| PEPEJAL |
Contoh keadaan pepejal adalah seperti batu karang, kristal gout, kanser, ketumbuhan, cyst dan sebagainya. |
| CECAIR |
Contoh keadaan cecair adalah seperti penyakit pneumonia (paru-paru berair), biliari atarasia (perut berair), hidrocephalus (kepala membesar) atau sebagainya. |
| GAS |
Contoh keadaan gas ialah seperti masalah ulser di perut yang menyebabkan sendawa sedu (sendawa pelik yang berturutan tanpa henti seolah-olah seperti sedu tetapi sedunya ialah sendawa). Biasanya wap tidak dapat dilihat kerana peringkat ini sungguh halus dan amat rawak. Tanda lain tenaga bertekanan rendah dalam bentuk wap ialah bersin, batuk, menguap dan tersedak. |
| PLASMA |
Contoh keadaan plasma ialah seperti hadas angin. Semasa tidur, akan terbentuk gas-gas adi dalam keadaan plasma di bahagian rongga hidung. |
Disebabkan titik bertekanan rendah sentiasa berubah tempat dari satu organ ke satu organ yang lain, maka sesuatu rawatan perlu kepada susulan untuk memberikan tenaga kepada mana-mana titik bertekanan randah supaya tenaga bertekanan rendah dapat diberikan tenaga.
Tubuh yang mendapat tekanan tenaga yang tinggi akan kembali menjalankan fungsinya seperti biasa seperti berikut;
- Membina dan menumbuhkan sel dan tisu sesuatu organ.
- Merembeskan hormon dan enzim.
- Berkeupayaan menentang dan mengawal biotik atau antibiotik semula jadi.
- Nyah toksik, karbon dioksida atau berkumuh dengan sempurna.
- Berkeupayaan menghadamkan dan mencerna nutrien.
Oleh itu, sesuatu rawatan sama ada Colour Vibration Therapy atau mana-mana rawatan alternatif yang berbentuk “mempertenagakan”, kaedah rawatan yang berbaik ialah rawatan yang mempunyai kekerapan bertukar formula rawatan yang tinggi. Semakin kerap rawatan ditukar dalam tempoh rawatan, maka semakin tinggi dan pantas peluang untuk sembuh.
Dalam kes ini, antara punca rawatan kepada pesakit Diabetes atau Penyakit Darah Tinggi yang tidak dapat sembuh sepenuhnya melalui rawatan klasik (rawatan hospital) adalah disebabkan oleh penggunaan ubat-ubatan yang sama dalam tempoh yang terlalu panjang tanpa ditukar atau melalui proses rawatan susulan yang kerap. Misalnya seseorang pesakit diabetes diberikan ubat pada kadar 500mg untuk bekalan sehingga temu janji seterusnya yang memakan masa hingga 6 bulan. Sedangkan rawatan alternatif akan membekalkan ubat untuk tempoh hingga 6 hari dan perlu mendapatkan rawatan susulan selepas tempoh tersebut.
Kawalan Bentuk Masa
Semakin rawak dan semakin panas tenaga bertekanan rendah, maka semakin tinggi kepantasan untuk menghambat masa. Bermaksud semakin tingkat tempoh kekerapan untuk sesuatu ubat atau formula rawatan perlu ditukar.
Manakala semakin tinggi level pada tubuh manusia, maka semakin rawak dan rumit tekanan tenaga rendah yang perlu dihambat. Pada level spiritual, tenaga bertekanan rendah adalah sungguh rawak. Manakala pada level fizikal, tenaga bertekana rendah mudah dihambat dan tidak mudah bergerak ke organ yang lain.
Graf di bawah menunjukkan tahap kekerapan berbanding dengan level dan bentuk jisim.
Kepungan Tekanan Rendah
Menghambat titik bertekanan rendah adalah cara yang memakan masa, rumit dan memerlukan kemahiran dan pengalaman yang luas untuk mencapai matlamat. Cara terbaik, pantas dan berkesan untuk menghambat titik bertekanan rendah ialah dengan mengepung dan mengenakan tekanan yang tinggi ke semua arah.
Matlamat ini hanya dapat dicapai melalui teknologi rendaman ais atau kaedah rawatan Hidrotherapy Ice.
Kesan ini menunjukkan tenaga bertekanan rendah atau penyakit telah bertukar atau terzahir dalam bentuk yang boleh dilihat dengan mata kasar.
Setakat ini, kaedah ini sentiasa memberikan kejayaan dan keputusan yang resonan sejak diamalkan secara terbuka kepada umum atau konvensional oleh rawatan Colour Vibration Therapy lebih 10 tahun yang lalu.
Petua Hambatan Masa
Tenaga bertekanan rendah sentiasa terikat dengan sesuatu amalan yang menghalang pengaliran keseimbangan tenaga tubuh. Antaranya ialah;
- Bersangka buruk terhadap sesuatu keadaan atau peristiwa. Merasa hampa dan mudah putus asa, suka mengatakan “mengapa diri jadi begini”, “saya tidak mint dilahirkan begini” atau seumpamanya adalah termasuk dalam kategori ini.
- Pemikiran negatif terhadap sesuatu. Mempunyai sifat cerewat, suka mengeluh, iri hati, hasad, dendam adalah termasuk dalam kategori ini.
- Bernafsu dan berkeinginan yang tidak terkawal termasuk rasa ingin menunjukkan keinginan. Ketagihan adalah termasuk dalam kategori ini.
- Tamak, kedekut, takut mati atau takut miskin. Seseorang yang suka minta potongan harga ketika membeli tetapi orang yang sama ini juga meletakkan harga yang tinggi ketika menjual adalah termasuk dalam kategori ini.
-
Meningkatkan amal ibadat. Amal ibadat akan meningkatkan rasa keyakinan dan sangka yang baik terhadap Allah.
-
Mengambil makanan yang halal dan suci (toyyibah). Halal dan suci adalah berbeza. Tidak semestinya sesuatu yang halal itu suci. Ada juga yang suci itu tidak selamat atau digelar “syubahah” misalnya kilang penyediaan air minuman yang mengikut peraturan kebersihan tetapi memasukkan bahan penahan dari sumber kimia yang menjejaskan kesihatan, maka minuman ini halal tetapi kesuciannya digelar “syubahah”. Makanan yang halal dan toyyib akan memastikan pemikiran seseorang itu positif.
-
Secara umumnya nafsu yang dikawal oleh otak Hipothalamus ialah ketagihan terhadap rokok atau tembakau, arak atau alhohol, dadah dan seks. Melakukan amalan sunat seperti berpuasa atau sekurang-kurangnya mengurangkan makan (sila rujuk Petua Pengambilan Nutrien untuk maklumat lanjut)
Mengamalkan solat malam atau sekurang-kurangnya kurangkan tidur berlebihan atau tidur dengan cara yang betul (sila rujuk post bertajuk Tidur Sebagai Rawatan)
Amalan ini adalah contoh amalan terbaik untuk mengatasi kelemahan otak Hipothalamus yang mengawal nafsu, keinginan, kebosanan. Oleh itu, nafsu dan keinginan tanpa batasan boleh diatasi.
-
Mengeluarkan sedekah dan berzakat. Kita diwajibkan berusaha mencari rezeki, tetapi setiap yang diperoleh tidak ada kaitan dengan usaha yang dilakukan. Oleh itu, mengeluarkan sedekah dan berzakat akan menghapuskan sifat tamak, kedekut, rasa takut rugi atau sebagainya. Sifat ini adalah faktor kepada penyakit-penyakit di bahagian fizikal seperti usus, tulang, saraf, otot dan sistem darah.
Di sini dapatlah kita fahami kewajaran kekerapan rawatan berbentuk tenaga dipertingkatkan. Semakin kerap rawatan diambil atau pertukaran formula rawatan atau rawatan susulan dilakukan, maka semakin cepat proses penyembuhan akan berlaku, insya Allah.
Semoga anda berbahagia dan gembira dengan post ini.








Categories:
Komen Terkini