World Congrass of Integrated Medicine

Faculty of Universial Science of Colours bersama The Open International University for Complementary Medicine akan menganjurkan World Congress of Intergrated Medicine (Persidangan Sedunia Rawatan Bersepadu ).

Maklumat persidangan adalah seperti berikut.

TARIKH 26 April 2009
TEMPAT Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
MASA 8.00 pagi hingga 11.00 malam
PAKAIAN Lelaki– Baju Melayu warna hitam, samping dan songkok.
Wanita – Baju Kurung warna hitam atau bertudung hitam.
YURAN RM200 termasuk minum pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam

Atur cara majlis seperti berikut;

MASA

ATURCARA MAJLIS

8.00- 9.00 pagi Pendaftaran peserta
9.00- 10.30 pagi Perarakan masuk VVIP
- Persembahan DVD (OIUCM)
- Ucapan Chairman OIUCM – Prof Sir G. Mendis
- Ucapan Prof Em. Dr. Sir Norhisham (CVT)
- Ucapan daripada wakil / delegate luar negara
10.30- 11.00 pagi Rehat dan minum pagi
11.00- 1.00 pagi Presentation dari setiap negara
1.00- 2.00 petang Rehat makan tengah hari
- Media Press Conference (1.30 petang)
2.00- 5.00 petang Presentation dari setiap negara
2.00- 4.00 petang Kelas Lanjutan Fakulti CVT
5.00- 5.30 petang Rehat dan minum petang
5.30- 7.00 malam Persembahan kesenian
- Pemberian sijil dan anugerah
- Knigh Ceremony
7.00- 8.30 malam Rehat
8.30- 11.00 malam Gala Dinner
11.00 malam Majlis bersurai
Persidangan ini adalah persidangan yang julung-julung diadakan setiap dua tahun sekali. Setiap kali persidangan, turut diadakan beberapa majlis serentak seperti;

  1. Majlis Kemasyhuran Konvokesyen. Beberapa fakulti akan menghantar wakil pelajar yang telah menamatkan pengajian.
  2. Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran Khas Universiti atau Knighthood Ceromony. Ini ialah majlis kemuncak persidangan ini.
  3. Kelas Lanjutan Khas Fakulti. Ia adalah kelas keilmuan Colour Vibration Therapy yang diadakan khas kepada pelajar-pelajar fakulti tetapi terbuka untuk umum.
  4. Pembentangan dari setiap negara. Hanya negara yang terpilih oleh pihak pentadbiran universiti sahaja yang layak untuk membuat pembentangan. Pada persidangan kali ini, Fakulti of Universial Science of Colours (Fakulti CVT) diberi kesempatan untuk membuat pembentangan. Insya Allah tiga orang wakil akan mewakili Fakulti CVT.
  5. Gala Dinner. Majlis makan malam khas untuk meraikan peserta dan pelajar yang terlibat dalam persidangan. Majlis ini biasanya akan dibuat beberapa kejutan seperti penganugerahan kepada seseorang, jualan cenderamata, pameran CVT yang julung-julung kali diadakan. Antara agenda dalam Gala Dinner kali ini ialah jualan jubah Konvokesyen Fakulti CVT (yang asalnya berharga RM400) dijual dengan harga RM100 kepada pelajar dan bekas pelajar Fakulti CVT. Jubah ini pertama kali digunakan pada tahun 2004 sempena majlis Konvokesyen Fakulti CVT yang pertama, kini dijual sebagai cenderamata.

Mereka yang berminat untuk menghadiri persidangan, sila hubungi saya Dr. Ariffaizal 012-4008972.

Leave a Reply