Organ Pembersih Dan Tanda Nazak

Sistem log saiz tubuh genetik ditentukan oleh jenis organ pembersih seseorang. Dalam satu serkulasi pusingan darah, organ pembersih memainkan peranan penting untuk melengkapkan sistem. Ciri-ciri organ pembersih ialah;

  1. Organ terawal menerima darah dari jantung (untuk log 1 dan log 2).
  2. Organ yang terakhir mengalirkan darah ke jantung (untuk log 4).
  3. Organ umum kerana injap jantung lemah di bahagian yang normal (untuk log 3)

Kesan kelemahan injap jantung mengoptimumkan fungsi organ yang berhampiran

Kesan kelemahan daripada injap jantung akan menjadikan darah banyak mengalir di kawasan organ pertama yang terlibat dengannya. Ia mengoptimumkan organ tersebut dan organ itu digelar “Organ Pembersih”.

INJAP ORGAN PEMBERSIH SAIZ BADAN
Log 1 Hati Kurus
Log 2 Paru-paru Sangat kurus
Log 3 Buah pinggang Sederhana
Log 5 Usus Sangat gempal

Untuk maklumat lanjut sila rujuk post bertajuk Sistem Log.

Memandangkan organ pembersih merupakan organ yang paling optimum fungsinya dalam sistem tubuh, maka kelemahan organ ini menunjukkan keseluruhan tubuh adalah jauh lebih lemah. Organ pembersih ini menjadi penyukat untuk mengetahui sama ada seseorang itu masih nazak atau masih ada harapan untuk sembuh seperti sedia kala.

Hilang Sistem Log dan Personaliti

Apabila anda membaca post bertajuk Warna Diri, terdapat keadaan seseorang itu hilang warna diri.

Berdasarkan sistem log, mereka yang sistem peredaran darahnya mengambil masa melebihi 18 minit untuk kembali ke jantung menunjukkan terdapat kepincangan sistem yang serius. Mereka yang mendapat masalah penyakit kronik seperti gangguan sistem limpatik (biasanya didakwa sebagai sihir atau saka), kanser, menukar jantina dan sebagainya boleh mencapai tempoh 30 minit untuk melengkapkan sesuatu serkulasi darah dari jantung, organ tubuh dan kembali semula ke jantung.

Pengistilahan Organ Pembersih

Jantung yang dapat meneruskan proses pengemaman secara berterusan amat perlu untuk berada dalam keadaan lemah salah satu daripada empat injapnya. Organ yang paling rapat kedudukannya dengan jantung ialah Hati, Paru-paru dan Usus. Peranan orang yang terpenting ini bergantung kepada kelemahan pada sesuatu injap. Kawasan injap yang lemah akan mengoptimumkan fungsi organ pembersih disebabkan darah paling banyak beredar dalam organ tersebut. Injap yang lemah menjadikan organ yang berhubung dengan injap tersebut menerima pengaliran darah yang cukup, rata, banyak dan menyeluruh.

Satu keadaan pengecualian ialah untuk injap jantung yang ketiga atau Log 3. Log 3 menerima darah beroksigen daripada paru-paru bukan bermaksud paru-paru sebagai organ pembersih kepada mereka yang Log 3. Mereka yang Log 3 juga tidak boleh dianggap sangat sempurna kerana dalam konsep rawatan Colour Vibration Therapy, tidak boleh membuat perbandingan sesuatu log itu lebih baik dengan log yang lain. Log 3 menjadikan buah pinggang terpaksa bekerja dengan keras kerana kesemua organ pembersih asal iaitu Hati, Paru-paru dan Usus menerima darah sama rata. Akibatnya buah pinggang mereka yang Log 3 menerima lebih banyak darah. Oleh itu, telah ditetapkan bahawa organ pemberih bagi mereka yang Log 3 ialah Buah Pinggang. Berikut ialah kesimpulan organ pembersih bagi setiap log

  1. Log 1 – Hati
  2. Log 2 – Paru-paru
  3. Log 3 – Buah pinggang
  4. Log 4 – Usus

Organ pembersih berperanan untuk membersihkan sistem tubuh. Darah yang melaluinya dibersihkan malah organ itu sendiri menjalankan peranan melengkapkan sistem fisiolologi tubuh sebagai pembersih sistem.

Tanpa organ pembersih, berlaku gangguan terhadap sistem tubuh keseluruhan dan darah akan tercemar pada tahap yang sangat kritikal kerana jantung (yang dikatakan tidak akan berhenti) akan terus mengepam darah.

Daripada keseluruhan organ pada tubuh manusia, hanya akan ada satu sahaja yang akan menjalankan fungsinya secara optimum. Organ pembersih adalah organ yang paling optimum tugasnya sepanjang hayat seseorang. Keadaan ini menjadikan organ ini diistilahkan sebagai “Organ Pembersih”.

Jantung Tidak Pernah Lemah

Jantung bukan penentu keupayaan tubuh atau jangka hayat seseorang. Apabila seseorang itu didakwa mengidap penyakit jantung atau “lemah jantung”, bukan bermakna seseorang itu mengidap penyakit kronik dan diramalkan sebagai pendek umur.

Jantung sebenarnya tidak akan berhenti berdenyut disebabkan tenaga infrasonik terpendam didalamnya. Sistem binaan organ jantung akan terus mengepam darah tanpa henti disebabkan oleh kelemahan salah satu daripada injapnya dalam keadaan semulajadi dan ini adalah fenomena normal. Jantung hanya akan berhenti mengepam darah apabila lebih daripada satu injap menjadi lemah atau kemusnahan fungsi organ pembersih.

Hakikat sebenarnya organ pembersih yang menentukan keadaan seseorang itu kronik atau tidak. Malah keadaan organ pembersih adalah penentu sama ada seseorang itu berada dalam keadaan nazak atau masih ada harapan untuk kembali sembuh. Memandangkan kaitannya dengan jantung sebagai organ terawal dan organ terakhir terlibat dalam serkulasi darah, maka gangguan terhadap organ pembersih memberikan kesan ketara terhadap jantung.

Tanda Nazak

Ada pesakit yang mendapat kemalangan yang amat parah dan berada dalam keadaan koma. Selagi organ pembersihnya berada dalam keadaan sihat dan tidak tercedera, maka selagi itu usaha tidak harus dihentikan untuk mengembalikan kesedaran pesakit (sedar dari koma).

Dalam keadah rawatan klasik (allopathic medicine), tidak ada keilmuan atau pengistilahan “Organ Pembersih”. Di hospital (wad kecemasan atau paramedik), sekiranya seseorang itu telah dikesan terhenti nafas dan nadinya, sedangkan keadaan organ tubuh berada dalam keadaan baik, tubuh akan dikenakan renjatan elektrik atau Electrical Cardioversion dan jantung akan kembali mengepam darah serta pernafasan (inspirasi dan ekspresi) berlaku secara normal secara semulajadi.

Dalam kaedah rawatan Colour Vibration Therapy, terdapat beberapa formula sebagai alternatif yang jauh lebih pantas kesannya untuk menggantikan peranan Electrical Cardioversion, antaranya;

  1. Aromatherapy Seri Wajah – mempunyai elektron yang paling resonan dan mengembalikan tenaga infrasonik jantung secara serta merta.
  2. Liquid Chlorophyll – membantu respirasi (penyerapan oksigen oleh tubuh) dan menyebabkan inspirasi semulajadi (penarikan nafas) tanpa bantuan oksigen (sebenarnya oksigen telah berada di persekitaran, maka tangki oksigen tidak perlu diwajibkan).
  3. Formula 99 (ES99) – alternatif kepada Electrical Cardioversion dengan cara mempertenagakan jisim otot jantung.

Apabila organ pembersih berada dalam keadaan yang lemah, maka keseluruhan tubuh juga akan turut lemah. Ketika itu seseorang yang lemah organ pembersih ini hanya akan terlantar dan hilang keupayaan untuk bangun atau bangkit walaupun untuk duduk.

Nazak ialah penyakit kematian yang tidak dapat dirawat lagi. Nazak ialah keadaan organ pembersih telah gagal berfungsi sepenuhnya. Pesakit boleh jadi masih ada ingatan atau hilang sedar atau koma. Sepanjang tempoh nazak, jantung dan nafas masih berterusan.

Tanda-tanda jelas di bawah ialah simptom yang menunjukkan organ pembersih telah berada dalam keadaan “mati” atau gagal berfungsi atau keadaan penyakit kronik seseorang telah berada pada peringkat nazak.

Log 1 – Hati

Hati yang lemah mengganggu sistem log 1

Peringkat Awal

  1. Beberapa bulan mengalami masalah gangguan atau kelemahan organ hati. Seperti jangkitan kuman, mata kabur, sakit belakang yang berlanjutan.
  2. Najis seperti lumpur, berwarna pucat atau gelap, tidak berbau seperti najis.
  3. Antara penyakit kronik yang dihidapi ialah liver cirrhosis, hepatitis atau biliary atresia.
Pada peringkat akhir

  1. Perut membusung dengan ketara. Perut keras dan membesar dengan pantas. Kelihatan seperti belon, kulit perut tegang dan menipis.
  2. Tidak mahu makan dan tidak boleh menelan. Kemungkinan kerap sendawa tanpa henti. Tidak boleh hadas angin.
  3. Bagi kanak-kanak – simptom atau penyakit biliari atrasia.
Peringkat penghabisan

  1. Apabila hati gagal berfungsi sepenuhnya, pesakit serta-merta berada dalam keadaan koma atau hilang ingatan. Ketika itu jantung dan nafas masih berlanjutan. Ketika ini pesakit tidak dapat diselamatkan lagi. Keadaan ini dipanggil nazak kerana jantung dan pernafasan masih berlaku sedangkan tubuh keseluruhan telah “mati”. Keadaan ini boleh berlanjutan dalam tempoh beberapa minit atau jam hingga ke beberapa hari.
Log 2 – Paru-paru

Paru-paru yang lemah menjejaskan sistem log 2

Peringkat Awal

  1. Biasanya mengalami masalah berkaitan dengan pernafasan yang kronik.
  2. Sama ada lelah, asma atau sebagainya.
  3. Alveolus mengalami emfisema (emphysema alveoli).
Pada peringkat akhir

  1. Proses pernafasan tidak berlaku lagi. Pernafasan dibantu dengan alat bantuan pernafasan.
  2. Respirasi masih berlaku, tetapi inspirasi dan ekspresi (penarikan dan hembusan nafas) tidak dapat dilakukan dengan sendiri.
Peringkat penghabisan

  1. Apabila paru-paru gagal berfungsi sepenuhnya, respirasi juga tidak berlaku. Jantung masih berdenyut.
  2. Otak tidak menerima oksigen dengan cukup mengakibatkan kematian sel-sel otak.
  3. Tubuh menjadi reput, mudah melecet dan pucat atau gelap warnanya kerana ketiadaan oksigen.
  4. Sebaik sahaja alat bantuan pernafasan dihentikan, jantung akan turut berhenti selepas beberapa minit.
Log 3 – Buah pinggang

Kelemahan buah pinggang menggangu sistem log 3

Peringkat Awal

  1. Kerap mendapat masalah sembab pada wajah dan kaki. Biasa digelar bengkak air. Kaki kelihatan mengelembung dan lembik seperti agar-agar.
  2. Keadaan buah pinggang adalah seperti polycystic kidney (kecut berkematu dan dipenuhi bakteria).
  3. Antara penyakit yang berisiko bagi mereka yang log 3 ialah stroke (angin ahmar).
Pada peringkat akhir

  1. Pesakit hilang keupayaan untuk bangun dari pembaringan. Pesakit akan terlantar dalam tempoh yang lama.
  2. Darah mulai tercemar dan sakit kepala ketika duduk.
Peringkat penghabisan

  1. Apabila buah pinggang gagal berfungsi sepenuhnya, pesakit tidak membuang air kecil selama beberapa hari dan diserang stroke secara mengejut. Sebenarnya ini ialah peringkat awal, akhir dan penghabisan yang pantas dan serentak. Oleh itu, ia tidak dikesan pada peringkat awal.
  2. Sekiranya tidak diserang stroke, pesakit yang terlantar ini sudah tidak membuang air kecil selama beberapa hari. Ketika itu darah telah tercemar dengan teruk. Bengkak air menjadi semakin kelihatan ketara di seluruh tubuh.
  3. Tangan dan kaki menjadi sejuk terutama mereka yang bersistem (level) Emosi.
  4. Apabila buah pinggang tidak berfungsi sepenuhnya, pesakit ini serta merta tidak boleh bangun, tidak buang air kecil, bengkak air meningkat dan tidak sedarkan diri (koma) atau hilang ingatan. Sebenarnya ini ialah tanda nazak atau tubuh telah pun mati walaupun degupan jantung dan nafas masih ada. Keadaan ini boleh berlanjutan antara beberapa minit, jam atau beberapa hari.
Log 4 – Usus

Kelemahan Usus mengganggu sistem log 4

Peringkat Awal

  1. Tubuh sangat obes.
  2. Mata kemerahan.
  3. Boleh juga terjadi tubuh terlalu kurus kering sekiranya pesakit mengalami masalah kolestrol tinggi atau penyakit berkaitan injap jantung.
  4. Kerap mendapat simptom berkaitan dengan usus seperti buasir, sembelit, cirit birit.
  5. Beberapa kombinasi masalah usus terjadi serentak seperti usus terhimpit, usus jatuh, diverticulitis (jangkitan bakteria), colonic polyps (ketumbuhan), ulcerative colitis (punca berak berdarah), irritable bowel syndrome (struktur usus musnah).
  6. Boleh juga terjadi masalah hernia (testis membengkak) akibat dipenuhi oleh tisu usus yang roboh masuk ke dalam scrotum.
Pada peringkat akhir

  1. Pesakit hilang keupayaan untuk bangun dari pembaringan. Pesakit akan terlantar dalam tempoh yang lama.
  2. Pesakit tidak boleh membuang air besar atau hadas aingin beberapa hari atau beberapa bulan. Darah mulai tercemar.
  3. Perpeluhan berbau masam.
Peringkat penghabisan

  1. Apabila usus gagal berfungsi sepenuhnya, pesakit tidak dapat tidur atau terus tidur berterusan. Tubuh sebenarnya telah mati tetapi jantung dan nafas masih berterusan untuk beberapa minit atau jam atau beberapa hari.
  2. Sebenarnya sebaik sahaja usus tidak berfungsi, ia menjadi sejuk. Perut menjadi naik membukit. Sebenarnya dalam usus telah terdapat bakteria dan larva (berulat).
  3. Cuba letakkan tangan pesakit menindih perut supaya pembesaran perut tidak berlaku.
  4. Perut yang besar ini lembik. Ia dapat dibezakan dengan mereka yang log 1 melalui saiz tubuh. Log 4 mempunyai saiz tubuh yang besar. Log 1 mengalami perut busung yang keras, kuning dan licin seperti belon.
  5. Sekiranya pesakit telah meninggal dunia, cuba letakkan objek sederhana berat di atas perut sebagai memberi tekanan untuk mengelakkan larva membiak dengan cepat. Jika tidak, ia boleh menyebabkan perut mudah pecah terutama jika lewat dikebumikan.

Kesimpulan

  1. Log 1 – busung keras.
  2. Log 2 – tidak boleh bernafas (bergantung dengan alat bantuan pernafasan).
  3. Log 3 – bengkak air / kulit lembik seperti agar-agar
  4. Log 4 – tidak buang air besar, perut membesar

Keheningan

Kebanyakkan waris akan segera merujuk kepada pengamal-pengamal alternatif sekiranya mendapati keadaan pesakit agak kritikal. Dalam kebanyakkan kes, pesakit ini telah discaj daripada hospital atau pihak hospital menolak daripada menerima pesakit ini dimasukkan ke wad.

Setiap kali rawatan hendak dijalankan terhadap pesakit, perkara pertama yang akan didiagnos ialah sistem log untuk mengetahui sama ada organ pembersih masih ada potensi atau telah gagal sepenuhnya.

Sekiranya didapati ada potensi, sebenarnya pesakit tidak nazak dan masih boleh dijalankan ikhtiar sepenuhnya untuk membantu memulihkan pesakit. Selagi masih ada tisu yang sihat pada organ pembersih, maka organ tersebut masih ada harapan untuk menerima rangsangan terapi vibration yang akan diberikan sehigga boleh membina semula struktur asal.

Antara pesakit yang biasanya akan didiagnos sistem log terlebih dahulu ialah;

  1. Orang tua yang telah terlantar.
  2. Pesakit kanser kronik.
  3. Penyakit-penyakit kronik seperti denggi, AIDS atau sebagainya.
  4. Mangsa kemalangan parah.

Sekiranya didapati organ pembersih telah gagal sepenuhnya, ia akan dimaklumkan kepada waris. Tetapi rawatan diteruskan untuk cuba mengembalikan semula keterangan dan ketenteraman pesakit daripada masalah gangguan ketika saat akhir hayat seperti meracau, tidak mengenali orang sekeliling, koma dalam tempoh yang lama dan sebagainya.

Kes kematian misteri seperti meninggal secara tiba-tiba adalah akibat kegagalan organ pembersih yang disebabkan oleh faktor kehilangan gelombang infrasonik. Antara faktornya ialah kerana kekurangan gula yang banyak (kesan psikologi terlalu perihatin atau terlalu berkorban untuk kebahagian orang lain – menyukai warna coklat berlebihan – perkara ini akan diterangkan dalam post yang lain, insya Allah). Akibatnya jantung terhenti secara mengejut walaupun otot jantung masih kuat dan sihat.

Kepada mereka yang telah membuka fail dengan saya tetapi belum mengetahui sistem log dan warna diri, sila rujuk semula dengan saya Dr. Ariffaizal, Tel atau SMS ke 012-4008972 atau email saya seperti alamat yang tertera di bawah.

Warna Diri

Di India sekumpulan ahli sains telah menjalankan satu ujikaji untuk mengenalpasti sistem tubuh manusia berdasarkan sistem beredaran darah yang unik dan berbeza antara satu manusia dengan manusia yang lain.

Kaedah yang digunakan ialah;

  1. Mengambil ratusan mayat yang tidak dituntut sebagai bahan.
  2. Menyuntik isotop radioaktif Fluorodeoxiglucose (FDG) ke dalam jantung dan dipam. FDG membolehkan pengaliran darah mudah kelihatan semasa diskan (menggunakan PET/CT).
  3. Organ yang menerima darah direkodkan.

Organ yang menerima darah terlebih dahulu adalah berbeza antara setiap manusia. Setelah diasingkan dan dikumpulkan berdasarkan sistem yang sama, hasil kajian mendapati keseluruhan manusia mempunyai 16 kumpulan sistem.

Sistem tubuh dapat dikenalpasti melalui ujikaji suntikan FDG ke jantung

Terdapat beberapa pola pengaliran darah yang berbeza. Pola yang diambil adalah seperti berkut;

  1. Darah dari jantung ke organ.
  2. Darah dari organ ke jantung.
  3. Darah dari jantung dan kembali ke organ itu semula dalam satu pusingan.
  4. Tempoh masa pengaliran darah yang lengkap.

Bermaksud, “darah yang mengalir ke sesuatu organ sebanyak dua kali dalam satu pusingan darah yang lengkap dikira sebagai organ yang terlibat dalam sesuatu sistem”.

Berdasarkan catatan, berikut ialah hasil pembahagian sistem mengikut kumpulan.

SPIRITUAL

MENTAL

LOG 1 LOG 3 LOG 1 LOG 3
NW 1 Pineal
NW 2 Pituitary
NW 3 Thalamus
NW 4 Hipothalamus
NW 1 Pineal
NW 2 Pituitary
NW 6 Sinus
NW 7 Serebrum
NW 8 Medulla
NW 4 Hipothalamus
NW 12 Hati,perut
NW 13 Ginjal
NW 15 Pankreas
NW 7 Serebrum
NW 12 Hati,perut
NW 13 Ginjal
NW 15 Pankreas
LOG 2 LOG 4 LOG 2 LOG 4
NW 1 Pineal
NW 2 Pituitary
NW 3 Thalamus
NW 10 Paru-paru
NW 20 Tulang
NW 1 Pineal
NW 2 Pituitary
NW 5 Antibiotik
NW 18 Darah,otot
NW 10 Paru-paru
NW 14 Hempedu
NW 17 Alat kelamin
NW 5 Antibiotik
NW 16 Ovari,testis
NW 18 Darah,otot

EMOSI

FIZIKAL

LOG 1 LOG 3 LOG 1 LOG 3
NW 1 Pineal
NW 2 Pituitary
NW 4 Hipothalamus
NW 11 Jantung
NW 13 Ginjal
NW 2 Pituitary
NW 6 Sinus
NW 7 Serebrum
NW 8 Medulla
NW 9 Thyroid
NW 11 Jantung
NW 15 Pankreas
NW 17 Alat kelamin
NW 18 Darah,otot
NW 19 Usus
NW 20 Tulang
NW 5 Antibiotik
NW 16 Ovari,testis
NW 18 Darah,otot
NW 19 Usus
LOG 2 LOG 4 LOG 2 LOG 4
NW 1 Pineal
NW 9 Thyroid
NW 10 Paru-paru
NW 1 Pineal
NW 5 Antibiotik
NW 13 Ginjal
NW 18 Darah,otot
NW 19 Usus
NW 20 Tulang
NW 18 Darah,otot
NW 19 Usus
NW 20 Tulang

Tempoh serkulasi

Tempoh untuk darah melengkapkan satu pusingan bermula dari jantung – ke organ – kembali ke jantung adalah berbeza dan terdapat 4 kumpulan tempoh masa. Kumpulan tempoh masa berbeza ini telah dikenalpasti mempengaruhi zon level tubuh atau personaliti. Berikut ialah tempoh masa pusingan darah dan kaitannya dengan personaliti;

  1. Spiritual - 13 minit
  2. Emosi – 14 ke 15 minit
  3. Mental – 15 ke 16 minit
  4. Fizikal – 17 minit

Empat Personaliti dan Empat Log. 4 x 4 = 16

Setiap tempoh masa ini terdapat 4 lagi kelainan organ yang menerima darah disebabkan oleh kelemahan pada sesuatu injap jantung.

Setiap tempoh masa pusingan darah yang masing-masing dipengaruhi oleh kelemahan 4 injap jantung yang berbeza manjadikan dalam empat ada lagi empat pecahan sistem serkulasi. Kememuanya menjadikan 16 sistem tubuh manusia.

Warna diri

Daripada kajian dan penemuan saintifik yang hebat ini, maka Colour Vibration Therapy telah merumuskan dua bidang kelimuan yang besar iaitu;

  1. Konsep Warna Diri
  2. Sistem log

Warna diri ialah pengenalpasitan organ yang aktif disebabkan oleh pengaliran darah sebanyak dua kali kepada organ tersebut dalam satu serkulasi. Nama yang diberikan kepada sistem ini adalah releven dengan karektor keseluruhan kombinasi bagi organ-organ yang terlibat di kawasan berkenaan.

Merujuk kepada jadual 16 sistem tubuh di atas, cara darah mengalir ialah JANTUNG – ORGAN SISTEM – SELURUH BADAN – ORGAN SISTEM SEMULA – KEMBALI KE JANTUNG. Sila lihat gambar rajah di bawah bagi contoh Personaliti Fizikal Log Tiga.

Serkulasi dari jantung, organ log, tubuh, organ log semula dan kembali ke jantung

Spiritual; organ-organ yang telibat adalah organ di kawasan kepala yang hampir keseluruhannya menjalankan fungsi-fungsi kederiaan. Saraf sensor amat peka kerana tiada rintangan disebabkan darah mengalir pantas. Kepekaan dalam merasai dan mengesan sesuatu yang tinggi. Maka istilah “Spiritual” adalah yang paling tepat untuk mereka yang serkulasi darahnya mengalir secara dominan ke kawasan kepala. Untuk lebih lanjut sila baca post bertajuk SPIRITUAL

Emosi; darah tidak banyak mengalir ke seluruh badan. Tangan dan kaki selalunya lebih sejuk. Kuatan dalaman tinggi kerana kurang pergerakan fizikal. Keupayaan untuk memperoleh ilham yang banyak. Darah hanya cenderung beredar di kawasan jantung dan paru-paru itu sendiri. Organ paru-paru dan jantung lebih aktif. Kekuatan perasaan dan rasa tersentuh yang tinggi. Maka istilah “Emosi” sesuai digelar kepada mereka yang bersistem tubuh seperti ini. Untuk lebih lanjut sila baca post bertajuk EMOSI

Mental; darah banyak digunakan untuk organ-organ penghadaman. Kawasan perut agak hangat. Keupayaan memproses makanan menjadi tenaga. Keupayaan memproses keracunan atau makanan yang sukar dihadam. Kewaspadaan mental yang tinggi sehingga tidak mengalami masalah berkenaan pemilihan makanan sehingga tidak perlu ambil berat mengenai pantang sesuatu jenis makanan. Organ-organ penghadaman berkaitan dengan keupayaan berfikir secara kreatif, berfikir dengan tajam, ciratasa dan keperihatinan. Oleh itu, istilah “Mental” sesuai untuk gelaran kepada level tubuh seumpama ini. Untuk lebih lanjut sila baca post bertajuk MENTAL

Fizikal; darah menglir ke seluruh badan. Kecekapan fizikal tangan dan kaki dan menguasi perkara-perkara teknikal serta tidak kekok mengendalikan sesuatu secara spontan. Organ-organ yang besar dan jauh dari jantung serta organ-organ bawahan mempunyai keupayaan yang optimum. Kebanyakkan organ-organ yang besar ialah otot, tulang, usus, sistem darah keseluruhan tubuh hingga ke peringkat kapilari yang sangat halus di bawah lapisan kulit serta sistem saraf mendapat tenaga yang paling optimum dan berfungsi dengan lebih cekap. Tubuh badan ini lebih sesuai digeler sebagai “Fizikal”. Untuk lebih lanjut sila baca post bertajuk FIZIKAL

Level personaliti dinamakan berdasarkan kombinasi karektor organ dalam kumpulannya

Sistem Log

Kelemahan sesuatu injap memberikan kesan ketara terhadap pola mengaliran darah. Sistem Log dan kesannya terhadap saiz tubuh serta kesan terhadap organ pembersihnya memberkan satu skop keilmuan yang cukup besar dalam konsep perawatan Colour Vibration Therapy. Untuk pencerahan lanjut, sila baca post bertajuk Sistem Log.

Berikut ialah sistem log dan kaitannya denga saiz tubuh:

SISTEM LOG GENETIK ORGAN PEMBERSIH SAIZ TUBUH
Log 1 Hati Kurus
Log 2 Paru-paru Sangat kurus
Log 3 Buah pinggang Sederhana
Log 4 Usus Sangat gempal

Pembuktian Warna Kristal Tulang Sulbi

Tulang subi merupakan tulang yang paling padat, mengandungi maklumat kod genetik yang paling tetap. Tulang sulbi tidak akan hancur kerana mempunyai ikatan struktur yang sungguh kukuh dan tersusun. Dikatakan nanti pada hari kiamat manusia akan dibangkitkan daripada tulang sulbi seperti tumbuhan tumbuh daripada biji benih.

Tulang sulbi yang padat mempunyai ikan molekul daripada bahan mineral yang tertentu. Dominasi sesuatu mineral menunjukkan sistem tubuh yang secara genetik mempunyai ketetapan DNA tertentu. Mineral yang dominan ini juga menentukan warna tulang sulbi.

Mayat yang dibakar sehingga menjadi abu dalam tekanan tinggi akan tetap meinggalkan tulang sulbi yang masih tidak boleh dihancurkan. Tulang sulbi yang diasah (dipotong) akan menyerlahkan warna sebenarnya. Keseluruhan tulang sulbi bagi setiap manusia hanya terdapat 4 warna utama dan 1 warna umum. Warna tersebut dan kaitannya dengan sistem tubuh adalah seperti berikut;

  1. Putih – Spiritual
  2. Pink – Emosi
  3. Hijau – Mental
  4. Biru – Fizikal

Satu warna yang dikatakan “umum” ialah kepunyaan tulang sulbi yang telah rosak segala unsur personalitinya atas akibat tertentu (tajuk ini akan dibincangkan kemudian, insya Allah). Antara sebabnya ialah pertukaran jantina, perlakuan seks luar tabii dan perkara-perkara yang luar biasa yang pernah dilakukan oleh seseorang (atau melanggar hukum alam) atau dengan bahasa mudah melakukan perbuatan yang “berdosa”. Tulang sulbi akan hilang ikatan struktur molekul tulang sebenar yang sepatutnya menggambarkan personaliti sebenar. Akibatnya personaliti menjadi musnah dan tulang sulbinya akan berwana oren.

Warna sulbi adalah sangat berkait rapat dengan Warna Diri

Gambar di atas menunjukkan 4 jenis warna tulang sulbi yang dijadikan “berlian” atau “human kristal” atau human diamond memorial ash.

Warna sulbi kuning

Kristal warna kuning ini ialah warna tulang sulbi daripada individu yang telah “rosak” maklumat DNA kehidupannya sehingga mempengaruhi ikatan molekul pada struktur binaan tulang sulbi. Kristal / diamond ini berwarna kuning atau perang atau oren dan tidak bersinar.

Warna sulbi oren, perang dan kuing lebih banyak dihasilkan berbanding warna asal

[Anda boleh ke laman web ini http://www.lifegem.com/ untuk melihat contoh perkhidmatan menyediakan human diamond memorial ash. Memandangkan scientist telah terlebih dahulu mengkaji warna tulang sulbi, maka dapat dikesan laman tersebut melakukan perkara "penipuan" apabila menyediakan pilihan warna kristal yang dikehendaki pelanggan. Sebenarnya hampir kesemua kristal yang mereka hasilkan adalah perang atau kuning. Hanya kristal daripada haiwan yang masih kekal warna diri asalnya]

Warna daripada kristal ini mempengaruhi warna aura (lingkaran elektromagnetik tulang belakang) seseorang.

Warna tulang sulbi penentu warna diri atau aura latar belakang

Sila rujuk post bertajuk Elektromagnetik Tulang Belakang untuk memahami konsep Aura dari sudut saintifik.

Aura Warna Diri

Daripada warna teras tulang sulbi ini maka setiap seseorang mempunyai satu warna diri daripada empat warna keseluruhan iaitu sama ada Putih atau Pink atau Hijau atau Biru.

Setiap manusia adalah sempurna. Oleh itu, setiap warna ini tidak boleh dibuat perbandingan mengatasi warna yang lain. Misalnya orang Putih lebih baik daripada orang Hijau atau mana-mana kombinasi perbandingan yang lain.

Secara semulajadi dalam keadaan normal setiap manusia mempunyai keempat-empat unsur, tetapi istilah “Warna Diri” merujuk kepada dominasi seseorang terhadap satu kecenderungan unsur atau level warna diri sahaja.

Setiap manusia pula tidak boleh mendakwa boleh menguasai keseluruhan warna diri. Misalnya ada yang mendakwa dirinya ada kesemua keempat-empat warna diri ini atau mana-mana lebih daripada satu warna diri. Setiap warna adalah mewakiti kecenderungan. Amat sukar seseorang itu boleh menguasai kecenderungan yang tidak berkaitan. Misalnya seorang Doktor perubatan yang komitmennya merawat pesakit mendawa dirinya juga seorang Peguam yang komitmennya mengendalikan kes di mahkamah. Begitu juga seorang pemimpin yang komitmennya menjaga, mentadbir dan memerintah untuk kesejahteraan sistem masyarakat tentu kurang arif kerja-kerja bioteknologi pertanian yang komitmennya sepenuh masa mengkaji mengenai tumbuhan dan pendebungaan untuk mendapatkan hasil buah yang berkualiti.

Kepakaran seseorang dalam sesuatu bidang ialah sebenarnya hasil dari minat akibat potensi diri yang telah dikenalpasi atau digelar “Warna Diri”. Kebolehan mengenal potensi diri atau warna diri boleh terjadi secara sendiri hasil fokus dan penghayatan yang tinggi (Emotional Quotient) sejak dari kecil. Semakin tinggi tahap fokus dan penghayatan, maka semakin potensi diri akan lebih terserlah, insya Allah.

Dengan adanya keempat-empat warna diri ini, maka alam ini menjadi harmoni dan dapat ditakbirkan oleh manusia dengan seimbang. Dengan keunikan warna diri yang berbeza ini menjadikan manusia layak menjadi khalifah di muka bumi.

Rajah di bawah menunjukkan hubungan antara satu warna diri dengan warna diri yang lain.

Hubungan antara personaliti akan membentuk kemajuan dan keseimbangan

Mengenalpasti Sistem Warna Diri

Antara kaedah terbaik, cepat, tepat dan pantas untuk mengesan warna diri seseorang ialah dengan menggunakan kaedah Applied Kinesiology (AK).

Sistem tubuh yang telah dikenalpasti akan memudahkan proses mengenal punca penyakit serta potensi penyembuhan. Penemuan dan kajian Warna Diri ialah rahsia penyembuhan yang pantas melalui kaedah rawatan alternatif Colour Vibration Therapy.

Selain itu, potensi personaliti dan kerjaya serta permasalahan berkaitan dengan emosi, mental dan spiritual dapat diserlahkan, insya Allah. Topik ini akan dikembangkan lagi dalam post-post yang akan datang, insya Allah.

Sistem Log

Jantung ialah organ yang mempunyai otot yang paling kuat dan tidak akan lemah. Oleh itu, tidak ada istilah “lemah jantung” atau tidak perlu dirisaukan sekiranya seseorang itu didakwa mengidap penyakit jantung. Penyakit jantung bukan merupakan penyakit kronik. Rentaknya terganggu apabila terdapat sistem tubuh yang terganggu yang menyebabkan rasa cepat panik, mudah terkejut / terperanjat atau gementar (darah gemuruh).

Infrasonik dan denyutan jantung

Jantung akan terus berdenyut sejak dalam kandungan ibu lagi. Denyutan ini akan berterusan walaupun seseorang itu telah meninggal dunia. Jantung juga tidak akan berhenti walaupun ia dikeluarkan dari tubuh manusia (semasa proses transplan jantung). Satu persepsi yang mendakwa bahawa denyutan nadi penentu kematian perlu diperbetulkan. Sila ikuti post ini dibawah untuk memahami persepsi kematian berdasarkan sistem log (kaedah ilmu Colour Vibration Therapy).

Otot jantung adalah dari jenis yang menyimpan gelombang infrasonik yang terbaik. Oleh itu, ia sentiasa menendang atau bergerak apabila mendapat rangsangan tenaga (dalam bentuk infrasonik). Keadaan ini sama seperti ekor cicak apabila terputus atau otot kaki katak apabila dikenakan kejutan elektrik. Jantung hanya akan berhenti berdenyut apabila keseluruhan bendalir darah musnah, atau keseluruhan struktur jantung itu musnah.

Haiwan yang berhibernasi seperti beruang (dalam gua), katak dan belut (dalam lumpur) boleh berterusan berhibernasi tanpa respirasi (bernafas) selama beberapa tahun tanpa tubuh menjadi reput kerana jantung yang masih bergerak. Mumia (mayat yang diawet tetapi mempunyai organ jantung di dalamnya) juga didakwa mempunyi tindak balas terhadap jantungnya apabila diberi rangsangan. Jantung mumia yang tidak diberi rangsangan pula masih berdenyut dalam tempoh tertentu (misalnya setiap satu bulan satu denyutan) secara konsisten.

Fakta Menarik

Gelombang Infrasonik ialah gelombang yang halus tetapi sangat besar dan bertenaga, bersifat menembusi segala ruang serta tidak dapat dikesan oleh sebarang peralatan seperti gelombang gempa bumi. Rentak jantung mempunyai rentak yang sama dengan gelombang infrasonik. Oleh itu hanya manusia dan haiwan melalui instinct dapat mengesan gempa bumi yang bakal berlaku dan menyebabkan rasa keresahan melalui rentak jantung yang resonan dengan gegaran gempa bumi. Setakat ini belum ada ahli sains berjaya mencipta alat yang boleh mengesan kehadiran gempa bumi yang bakal berlaku.

Gelombang Ultrasonik adalah berlawanan dengan gelombang Infrasonik. Ia sangat lemah dan berjarak pendek dan bersifat memantul. Ia digunakan untuk mengesan objek seperti radar dan ultrasound. Kelawar merupakan satu-satunya haiwan yang mempunyai keupayaan ultrasonik untuk mengesan objek bagi menggantikan peranan mata pada waktu malam.

Satu Injap Jantung Lemah

Dalam satu binaan struktur jantung, untuk memastikan ia dapat berfungsi sebagai sebuah pam, maka secara semulajadi terdapat satu bahagian injap telah dilemahkan. Keadaan ini adalah normal bagi setiap manusia. Dengan lemahnya satu injap ini, maka jantung akan terus dapat berdenyut berterusan tanpa henti dan tanpa mengalami kehabisan tenaga (yang mengakibatkan haus / panas / jem / stuck / hang). Berbanding dengan otot jenis lain, tidak terdapat mekanisma seperti jantung yang menyimpan tenaga infrasonik malah menjananya pula dan tidak terdapat sistem binaan yang membolehkan berlakunya “recycle energy” untuk mematikan ia sentiasa berdenyut.

Injap Dan Organ Pembersih

Setiap injap yang lemah akan mempengaruhi arah aliran darah kepada sesuatu organ. Berdasarkan kajian, akhirnya rumusan dapat ditentukan hubungan antara setiap injap dengan organ pembersihnya.

INJAP ORGAN PEMBERSIH

1. Trikuspid (tiga kuspid)
- darah dipam masuk dari tubuh
- tidak beroksigen

Hati
2. Sabit Alteri Pulmunari
- darah dipam keluar ke paru-paru
- tidak beroksigen
Paru-paru
3. Bikuspid (dua kuspid)
- darah dipam masuk dari paru-paru
- beroksigen
Buah pinggang
4. Sabit Aorta
- darah dipam keluar ke seluruh badan
- beroksigen
Usus besar

Organ Pembersih bagi setiap log

Sistem serkulasi darah

Sistem Log dan saiz tubuh genetik.

Berdasarkan kajian fisiologi yang unik ini, maka wujudlah satu istilah dinamakan “Sistem Log”. Secara fizikalnya, kesan pengaruh sistem log terhadap organ menjadikan tubuh mempunyai saiz normal yang digelar “sistem saiz genetik”.

Berbeza sistem log, maka saiz tubuh juga berbeza.

SISTEM LOG SAIZ TUBUH
LOG 1
- injap trikuspid secara semulajadi lemah
- memberi kesan kepada hati dan pembakaran lemak berlaku secara aktif
- darah dibawa dari hati dengan mudah masuk ke jantung
- lemak yang terbentuk mudah dipecahkan

Kurus

LOG 2
- injap sabit alteri pulmunari secara semulajadi lemah
- memberi kesan kepada kadar oksigen dan menghalang pembentukan lemaksama sekali
- darah dari jantung dengan mudahdipam ke paru-paru
- urik asid dan karbohidrat lemak tidak mudah terbentuk

Sangat kurus

LOG 3
- injap bikuspid secara semulajadi lemah,
- tidak memberi sebarang kesan terhadap tubuh
- sistem normal
- buah pinggang dapat menjalankan fungsi seperti biasa dan saiz tubuh sederhana

Sederhana

LOG 4
- darah dipam dengan mudah ke seluruh tubuh
- memberi kesan kepada metabolisma
- darah kurang beroksigen, memudahkan pembentukan lemak
- usus menerima banyak bekalan darah dan menjadi aktif
- keaktifan usus menjadikan fiber mudah dibuang dan urik asid yang tertinggal mudah membentuk lemak

Sangat gempal

Sistem log dan hubungannya dengan saiz tubuh